Monday, December 23, 2013

rindu

aku rindu dia, teramat

betullah, bila kita hilang orang yang paling kita sayang, baru kita faham makna kehilangan
makna rindu

dah sepuluh bulan ayah 'balik kampung', berehat dari duniawi
doa aku, biarlah ayah berehat-rehat sahaja di taman syurga, setelah penat melawan barah bertahun

sungguh, aku rindu

aku boleh bercakap pasal ayah, macam ayah masih hidup
boleh gelak tawa bila bercerita pasal ayah

tapi, tipulah kalau aku kata, kadang-kadang ada malam yang aku berteman air mata
aku masih tak boleh dengar lagu pasal orang yang kematian seseorang
aku sudah pandai menangis bila babak cerita orang kematian seseorang

sebab diri sendiri dah rasa
melihat orang yang tersayang pergi depan mata

dan secara bodohnya, aku gembira bila kadang-kadang mimpi aku disinggah oleh bayangan ayah
mimpi kan mainan tidur..
entah apa akal tanpa sedar bermain dengan kewarasan aku

*senyum

bukan kah aku kata, rasa sedih itu akan bertapak dalam hati buat selamanya
tapi sama ada hidup dibayangi rasa sedih, atau terus hidup dengan membuang rasa sedih, atau meraikan rasa sedih dengan kegembiraan
itu untuk aku yang pilih
dan aku pilih untuk gembira
kan 'kegembiraan' nama tengah aku

hamya doa dan kenangan untuk ayah

Sunday, November 24, 2013

orang baik

masa godek-godek belog kak rnysa, terjumpa ini

"Sesungguhnya lelaki itu pelindung untuk wanita. Syukur alhamdulillah, Allah telah kurniakan lelaki-lelaki yang baik dalam hidup Syah. Ayah, abang dan adik-adik, para guru, teman sekuliah, teman sekerja, suami tercinta, anakanda Arham dan Akram. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang sudi menjaga Syah dengan syurga firdausi yang paling tinggi."

Alhamdulillah,
sekeliling aku pun ramai lelaki yang baik-baik

ayah, atuk, atuk, angah, syawal, syahmi, pakngah, pakngah zai, pak teh, pak uda, etc..

sekarang duduk di lab ni, alhamdulillah, lelaki nya pun baik-baik,
ambil berat dan ada gaya-gaya ayah atau abang
dan rasanya aku terlebih perasan jadi adik bongsu, memandangkan aku lah RA paling muda dalam lab ni

Semoga Allah sentiasa hadirkan orang yang baik disekeliling aku

Sunday, September 22, 2013

pandangan aku

dah lama sebenarnya
takde roomate yang dah ada boyfriend

bila roomate ada boyfriend, macam biasalah,
DRAMA

dapat pula roomate seperti aku yang kurang emosi
roomate menangis bergaduh kuat suara pukul 3 pagi pun tak perasan
tidur mati la katakan..huhuh

and the usual comment will raise
"senang macam nurin, boyfriend takde, takde pening kepala"

aku dengar ayat ni dah bertahuuuun dahulu

aku kadang-kadang bosan juga pakcik (oh yes, my dear uncle) tanya pasal boyfriend lah, kahwin lah

entah, baru 23 tahun (ehem, baru yee)
hidup masih tunggang langgang lagi
ni dah lah ada ura-ura letak jawatan nak lari belajar tempat lain
tarbiyah diri pun sejak dua menjak ke laut

kadang-kadang yang tahu cerita ada tanya "kenapa tak approach orang tu?"

pada aku, lebih baik macam ni
simpan rasa, tak perlu nak bertukar hati (ceh, perasan,macam lah hati orang tu berlagu benda yang sama dengan aku)
aku cuma harap dia akan dapat lebih baik, lebih cantik, lebih muda, lebih alim dari aku
dan mungkin ada yang lebih baik untuk aku
buat masa sekarang, biarkan kejar masa hadapan masing-masing
kalau memang jodoh, insya Allah

sesetengah pasangan, jenuh nak bersatu secara halal sebab jalan selepas belajar tu tak seiring
bukan aku tak tahu cerita cinta putus macam tu sahaja sebab mengejar cita-cita

bak kata cik housemate

"kan bagus tak pernah berjumpa si dia, bila betul cukup sedia nak kahwin baru jumpa si dia"

dah berapa ramai cakap couple tu susah, kan?

p/s: masih menimbal balik keputusan untuk UM


Tuesday, September 3, 2013

sabar

Aku akui, aku agak baran orangnya
kurang sabar
ego

ohoh, kualiti seorang 'jerk'

aku minta Allah, mohon diberikan kesabaran
mohon diri ini kuat mengawal amarah
mohon hati ini sentiasa rendah

Allah hantar aku masuk ke ABEL, UM
sini, selain belajar cloning, culture, farm management, surgery, yada yada
aku belajar untuk tahan marah, sabar, dengar kata, jangan biadap

jangan di kira berapa kali aku bayangkan aku nak terbalikkan meja
atau buat perkara-perkara yang tak sepatutnya dibuat manusia

lama-lama, aku berjaya hilangkan 'the urge to kill people' tu
tahan mulut dari nak membalas kata-kata orang
tahan hati dari maki orang (oh ye, aku sangat teruk sebenarnya)

aku belajar sabar layan karenah orang
walaupun kadang-kadang aku rasa sakit hati
mohon pada Allah jangan sampai aku ke peringkat membenci

ceh, belum register master lagi ni, dah ada butir benci, ye?

p/s: dulu, aku aim kalau aku dah cukup matang untuk bernikah, aku mesti berjaya menahan sabar, menahan amarah, takde nak bayang-bayang belasah orang kalau marah, aku boleh katakan 'i'm working on it'
 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger