Wednesday, March 5, 2014

kenapa nak ke syurga?

dulu, masa kecik-kecik, kita selalu akan ditanya

"siapa nak masuk syurga?"
semua angkat tangan
"siapa tak nak masuk neraka?"
semua jatuh tangan

ya, zaman bila aku masih lagi bergelar ahli syurga (yalah, belum baligh, kalau mati masuk syurga)

bila dah baligh
bila dah banyak membaca
bila dah, err, nak tahu kenapa aku beragama Islam
hidup untuk apa
kenapa kena tutup aurat, kenapa kena solat, Al Quran ni sebenarnya pasal apa, dan macam-macam lagi soalan termasuklah soalan apa istimewa sangat Islam ni

aku pun bertanya "kenapa nak masuk syurga ya?"

sebab aku tak nak masuk neraka?
hahahahahha...kau dosa bergunung boleh demand tak nak masuk neraka ke?

yang kelakar sekali, bila perempuan demand lelaki boleh dapat ramai bidadari, dia dapat apa dekat syurga?
huiyoo,, sapa kau nak demand macam tu?

and the question haunted my life, quite a long time, not until I suddenly realise:




"Barangsiapa yang mencintai pertemuan dengan Allah, Allah pun mencintai pertemua dengannya, dan barangsiapa yang membenci pertemuan dengan Allah, Allah pun membenci pertemuan dengannya." Maka berkatalah Aisyah atau salah seorang istrinya: "Kita semua membenci kematian." Beliau menjawab: "Bukan begitu, akan tetapi seorang mukmin apabila akan didatangi oleh kematian, dia akan digembirakan dengan keridhaan Allah dan kemulian-Nya, maka tidak ada sesuatupun yang lebih dia cintai daripada masa depannya, lalu dia pun mencintai pertemuan dengan Allah dan Allah pun mencintai pertemuan dengannya. Adapun orang kafir apabila dia akan didatangi kematian, dia diberi kabar tentang adzab Allah dan siksanya, maka tidak ada yang lebih dia benci dibandingkan masa depannya, maka dia pun membenci pertemuan dengan Allah dan Allah pun membenci pertemuan dengannya." (HR. Bukhari 6026)

Cinta, mestilah rindu nak berjumpa
macam aku sayang ayah, rindu dekat ayah kadang-kadang sebut ayah pun rasa sampai nak keluar air mata

kata cinta akan Allah, sudahlah tentu kita hendak bertemu dengan Allah, dalam keadaan yang paling baik, cantik dan sempurna
sudah tentu pertemuan cinta ni masa kat syurga
masa tu nak tengok kecantikan Allah (Subhanallah, sebut pun rasa takjub, belum tengok lagi)

jadi, untuk itu, aku tidak berani mengharap apa-apa ganjaran di syurga
cukuplah aku harap, aku harap sangat aku dapat bertemu Allah dekat akhirat, rasanya itu dah cukup
dan aku harap aku boleh jumpa Nabi Muhammad S.A.W dan nabi-nabi lain

mesti seronok

Saturday, March 1, 2014

random

bukan main lagi sekarang ni,
bukak fb je, jemputan kahwin la, gambar bertunang lah, dah mengandung lah

*ok, jeles sikit

aku tengok gambar sahabat ni, dia dah ada anak dah pun, sekarang dah nampak kematangan muka dia.
kalau tengok gambar aku dengan dia masa 2010 dan sekarang ni
aku: tiada perbezaan
dia: sudah matang


friend: "kau cincin mana?"
me: memang lah aku dah bertunang, bertunang dengan research, heheh



Saturday, February 8, 2014

belasungkawa

dulu, aku pernah cakap dekat budak kechik, bunyinya lebih kurang

'aku bukan jenis yang rajin nak contact kawan-kawan lama, walaupun best friend'

tapi, aku selalu teringatkan kawan-kawan aku, sebab aku tak pernah lupa orang yang sudi berkawan baik dengan aku selama ini, walaupun aku jarang update cerita pasal diorang


aku ada sedikit rasa tak suka pada bulan februari, padahal aku tahu bulan februari tu cuma kebetulan sahaja, bukannya asbab kejadian sedih

tapi, aku tak boleh lah nak tipu kalau aku kata bulan februari bulan duka

aku hilang beberapa orang terdekat pada bulan ini, dan banyak kisah duka berlaku pada bulan dua

ya, kebetulan sahaja...

sebenarnya, aku baru hilang kawan baik aku, setelah 2-3 tahun menderita sakit kanser, arwah raidah kamari pulang menemui Kekasihnya

kawan yang baik, kawan yang rapat masa Munshi dulu
kawan semasa zaman awal remaja, zaman mula membentuk diri dalam keadaan yang keliru dengan identiti sendiri

aku pernah kata pada dia dulu, kalau dia meninggal mestilah aku melawat jenazahnya
itu kata-kata 9 tahun dulu, entah apa kami bergurau entah
tapi, hari ni, maaf, aku mungkir janji.

syukurlah, ada rezeki untuk contact dia sebelum dia tutup mata, tapi aku agak ralat sebab tak rajin nak berhubung lagi...

aku tak tahu hendak coret apa lagi...

Alfatihah


Thursday, February 6, 2014

Aku ada wali



Bila tengok cerita macam ni, mesti terfikir

entah bila lah nak berpakaian, berperwatakan sopan santun sebegini
yang jaga akhlak, yang jaga pergaulan, yang jaga aurat


entah bila nak bergerak ke arah cita-cita ini

p/s: cerita ni ada idea yang bagus, subhanallah, tapi plot cerita ini melompat-lompat, pening aku tengok nak cari kesinambungan setiap scene. ayat cerita ni agak skema.
 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger