Friday, April 24, 2015

1

hai..

dah lama tak menulis.

*********************************************************************************

aku sebenarnya, secretly (secretly lah sangat, padahal aku pernah gurau2 bagitau family dan bestfriends), aku nak jadi suri rumah sahaja.

bukan sebab aku malas kerja

tapi aku nak jaga anak-anak.

aku nak anak-anak aku diasuh dengan baik
makan minum terjaga
hal ehwal sekolah terjaga
yang paling penting, hal penerapan nilai-nilai hidup Islam tu

dunia semakin mencabar,
aku nak anak aku faham dan tahu, apa erti Islam, siapa Allah, dan macam-macam lagi
aku nak pentingkan aqidah
lepas tu baru masuk bab ibadah
sebab aku tak nak anak aku solat, puasa tapi tak faham kenapa dan untuk apa.
nak tekankan bab begini bukan sehari dua, tapi berperingkat

aku sekarang ni, semakin rajin baca ehwal keibubapaan, yelah, walaupun belum ada tanda-tanda nak masuk alam berkahwin
aku rasa ilmu keibubapaan ni bukan untuk didik anak-anak sahaja
memandangkan aku ada adik-adik yang masih fasa kanak-kanak-perasan-dah-matang dan fasa remaja-tapi-suka-membebel-macam-orang dewasa,
aku rasa diorang pun perlukan didikan dari aku juga.

tapi, sebenarnya, aku pun tak yakin aku suka jadi suri rumah sepenuh masa atau tak
aku pun ada cita-cita aku sendiri

ibu pun pesan, jangan tinggalkan kerjaya
yalah, zaman yang mencabar ini, duit itu satu keperluan
ibu pun tahu, aku ni, walaupun jenis low maintenance, tapi aku tak pandai hidup susah
jenis tak makan sebab nak simpan duit, bukan jenis tak makan sebab takde duit.
lagi satu, kita tak tahu suami kita ni baik ke tak
dan baiknya sampai ke mati atau lepas pencen cabut lari.


entahlah.

p.s: aku selalu berangan, dapat suami baik agama akhlak, kerja profesional kerajaan (supaya lepas bersara ada pencen tetap). jadi aku bolehlah sambung phd guna biasiswa, lepas tu jaga anak-anak kat rumah. lepas phd, aku terus jadi suri rumah sambil sibuk dengan kerja volunteer. bila anak dah masuk asrama, baru lah aku sibuk minta jadi pensyarah sambilan, sambil suami pun dah beli rumah banglo..hehhehe

tapi, dunia tak berpusing sedemikian rupa

Monday, February 23, 2015

Mengenang ayah

hari ini, sudah genap dua tahun ayah pulang ke rahmatullah

ayah yang penyayang
ayah yang bertanggungjawab

ayah yang memang ayah

waktu berjalan terlalu pantas
sedar tak sedar, hari-hari aku dengan ayah semakin jauh meninggalkan aku
tapi, aku tetap mengalirkan air mata bila aku sangat-sangat rindu
doa senantiasa dikirim untuknya
aku ini kan hartanya

tapi, aku tak mahu menulis sedih-sedih hari ini
aku ingin coretkan sesuatu yang indah

setelah ayah pergi, aku mengaku, sedikit sebanyak semangat untuk sambung belajar aku terus ranap
kau boleh baca post belog dahulu
kau tanya sahaja sahabat-sahabat rapatku
kau tanya sahaja ibuku
sampai aku harus meminta maaf kepada ibu, sebab aku membuatnya susah hati

tak, aku tak salahkan pemergian ayah
kau tahu, sebenarnya, bila kau hilang seseorang yang kau tak pernah hidup tanpanya
kau kata kau kuat, tapi kau tahu, tiap-tiap cebis hati kau tu, lukanya, hanya Allah sahaja yang tahu

tapi dua tahun ini, aku pulihkan hati aku sedikit demi sedikt
pulihkan semangat yang rapuh tu
aku belajar untuk redha dan bersyukur

Selepas ayah pergi, aku banyak evaluate diri
aku bersyukur, ayah pergi bila aku sudah dewasa
aku sudah faham dan hadam dan hadap apa itu erti positifkan diri dan minda
aku sudah kenal Allah

jadi proses untuk pulih semangat itu, tidaklah selama yang aku sangka

kau tahu, apa yang aku belajar daripada pemergian ayah?

Aku belajar untuk syukur
Aku bertuah, sangat bertuah, sangat-sangat bertuah
Aku dikelilingi insan yang sayang pada aku, yang bagus agama dan akhlaknya

Aku bersyukur, kerana untuk itu, aku sentiasa ingat kepada Allah

p/s: Adakah orang yang kita sayang, betul-betul mati?
Aku tak rasa begitu
Yang disayangi itu hidup dalam doa, dalam kenangan, dalam hati

*Al fatihah


Saturday, February 7, 2015

This is the final year

This year
I need to be more focus.
This year, I'll be 25, there are a lot of things I haven't done

I need to finish my experiments this year
By early next year, I need to sign up for something, I haven't decide yet what cause I want to focus on.
I am planning to take 1 year leave.
I want to do something, something out of acadamia, out of scientific research
PhD can wait


Insha Allah

Tuesday, February 3, 2015

My best friend's wedding

Eceh...Tajuk


Padahal Yg Berbahagia Cik-Bakal-Puan Ekin tu nak nikah bulan 3 ni

Aku sebagai bestfriend bertahun dia mestilah excited.
Kau tahu aku dapat sms ke-confirm-an majlis tu masa aku tengah drive rembau-kl

Excited kau!

My inner mak cik is showing, sampai sahaja UM, makcik nurin ni terus buka airasia dengan malindo tengok flight tiket.

Wohoo, gi kelate naik flight, tak mau naik bas. DIVA sungguh.

Bulan 2 dan 3 ni banyak pula lah aktiviti pada waktu weekend. Aku kena sacrifice  some of the activities for the sake my research!

Yalah, insha Allah nak hantar thesis tahun ni juga kan.

But family matters and bestfriend's wedding is something i could not sacrifice

Barakallahumma, Ekin and Faiz!!

Disclaimer: Post ini dibuat kerana yakin belog ini tiada pembaca.


 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger