Tuesday, January 14, 2014

ariana rose

sejak dua menjak ni, asyik tengok drama je...

tapi tengok online jelah, kesibukkan membatas aku nak melayan drama bersiri dekat kaca tv (wah, poyo bunyinya)

dan antara cerita yang aku tengok ialah


entah kenapa aku terasa membuak nak tengok cerita ni, macam lah masa banyak sangat nak bahagi untuk kerja lab, kerja admin, 2 cerita korea dan lain-lain..heheh

aku dah sampai episod 9 (sepanjang entri ini ditulis)

dan yang aku tak faham,

kenapa ariana ni boleh berbaik dengan perogol dia tu
tahulah hensem, kaya, tapi, tapi, tapi

kalau aku, hish, mau plan pembunuhan kejam kat perogol tu


*dengarnya orang tulis novel ni ada PhD. aku bagitau lah kat housemate aku,
boleh pulak housemate aku cakap "PhD tu pizza hut delivery ke?"
huahuahuahauhua..nampak sangat penat otak housemate aku tu

Monday, December 23, 2013

rindu

aku rindu dia, teramat

betullah, bila kita hilang orang yang paling kita sayang, baru kita faham makna kehilangan
makna rindu

dah sepuluh bulan ayah 'balik kampung', berehat dari duniawi
doa aku, biarlah ayah berehat-rehat sahaja di taman syurga, setelah penat melawan barah bertahun

sungguh, aku rindu

aku boleh bercakap pasal ayah, macam ayah masih hidup
boleh gelak tawa bila bercerita pasal ayah

tapi, tipulah kalau aku kata, kadang-kadang ada malam yang aku berteman air mata
aku masih tak boleh dengar lagu pasal orang yang kematian seseorang
aku sudah pandai menangis bila babak cerita orang kematian seseorang

sebab diri sendiri dah rasa
melihat orang yang tersayang pergi depan mata

dan secara bodohnya, aku gembira bila kadang-kadang mimpi aku disinggah oleh bayangan ayah
mimpi kan mainan tidur..
entah apa akal tanpa sedar bermain dengan kewarasan aku

*senyum

bukan kah aku kata, rasa sedih itu akan bertapak dalam hati buat selamanya
tapi sama ada hidup dibayangi rasa sedih, atau terus hidup dengan membuang rasa sedih, atau meraikan rasa sedih dengan kegembiraan
itu untuk aku yang pilih
dan aku pilih untuk gembira
kan 'kegembiraan' nama tengah aku

hamya doa dan kenangan untuk ayah

Sunday, November 24, 2013

orang baik

masa godek-godek belog kak rnysa, terjumpa ini

"Sesungguhnya lelaki itu pelindung untuk wanita. Syukur alhamdulillah, Allah telah kurniakan lelaki-lelaki yang baik dalam hidup Syah. Ayah, abang dan adik-adik, para guru, teman sekuliah, teman sekerja, suami tercinta, anakanda Arham dan Akram. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang sudi menjaga Syah dengan syurga firdausi yang paling tinggi."

Alhamdulillah,
sekeliling aku pun ramai lelaki yang baik-baik

ayah, atuk, atuk, angah, syawal, syahmi, pakngah, pakngah zai, pak teh, pak uda, etc..

sekarang duduk di lab ni, alhamdulillah, lelaki nya pun baik-baik,
ambil berat dan ada gaya-gaya ayah atau abang
dan rasanya aku terlebih perasan jadi adik bongsu, memandangkan aku lah RA paling muda dalam lab ni

Semoga Allah sentiasa hadirkan orang yang baik disekeliling aku

Sunday, September 22, 2013

pandangan aku

dah lama sebenarnya
takde roomate yang dah ada boyfriend

bila roomate ada boyfriend, macam biasalah,
DRAMA

dapat pula roomate seperti aku yang kurang emosi
roomate menangis bergaduh kuat suara pukul 3 pagi pun tak perasan
tidur mati la katakan..huhuh

and the usual comment will raise
"senang macam nurin, boyfriend takde, takde pening kepala"

aku dengar ayat ni dah bertahuuuun dahulu

aku kadang-kadang bosan juga pakcik (oh yes, my dear uncle) tanya pasal boyfriend lah, kahwin lah

entah, baru 23 tahun (ehem, baru yee)
hidup masih tunggang langgang lagi
ni dah lah ada ura-ura letak jawatan nak lari belajar tempat lain
tarbiyah diri pun sejak dua menjak ke laut

kadang-kadang yang tahu cerita ada tanya "kenapa tak approach orang tu?"

pada aku, lebih baik macam ni
simpan rasa, tak perlu nak bertukar hati (ceh, perasan,macam lah hati orang tu berlagu benda yang sama dengan aku)
aku cuma harap dia akan dapat lebih baik, lebih cantik, lebih muda, lebih alim dari aku
dan mungkin ada yang lebih baik untuk aku
buat masa sekarang, biarkan kejar masa hadapan masing-masing
kalau memang jodoh, insya Allah

sesetengah pasangan, jenuh nak bersatu secara halal sebab jalan selepas belajar tu tak seiring
bukan aku tak tahu cerita cinta putus macam tu sahaja sebab mengejar cita-cita

bak kata cik housemate

"kan bagus tak pernah berjumpa si dia, bila betul cukup sedia nak kahwin baru jumpa si dia"

dah berapa ramai cakap couple tu susah, kan?

p/s: masih menimbal balik keputusan untuk UM


 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger