assalamualaikum
situasi sekarang:
tengok news feed facebook : kahwin, cinta
tengok blog : kahwin, cinta
memang betul orang cakap :musim mengawan
tak boleh nak salahkan orang, remaja memang suka cakap bab kahwin
aku pelik,
tiada benda penting lagi ke hendak diutarakan?
memanglah,
kahwin tu sunnah nabi
tapi, boleh tak, JANGAN TERLALU OBSES BERKICAU PASAL KAHWIN
kalau kamu fokus kepada perkara yang lebih penting dalam hidup sekarang
kamu takkan fikir sangat pasal ibadah nikah ni
cuba fikirkan tanggungjawab anda terhadap ilmu
terhadap ibadah wajib, ibadah sunat
malah, rancang masa depan anda untuk berkhidmat kepada masyarakat dunia dan ummah khususnya
cakap pasal kahwin,
tapi
solat wajib tak pernah on time
solat tak pernah nak khusyuk
qiamullail, entah sebulan sekali pun tak lepas
puasa sunat isnin khamis pun tidak pernah
and the list goes on
cakap aku:
hidup kalau terumbang ambing lagi, jangan hendak bising bercakap pasal kahwin
betulkan diri dahulu,
tetapkan prinsip dan matlamat hidup,
kuatkan iman,
gandakan usaha cari ilmu Allah (agama+sains)
jangan sibuk fasal pasangan kamu
pelajaran entah ke mana
ini nak dijadikan contoh kepada anak-anak kamu nanti?
kahwin tu bukan matlamat hidup
tetapi satu keperluan untuk kita mencapai matlamat hidup
p/s: aku paling menyampah orang kata "saya nak pasangan yang boleh membimbing saya"
tapi, pada masa yang sama, langsung tak berusaha nak betulkan diri sendiri
1 orang mengutuk:
wah terbaik r.... nak share buleh???
Post a Comment