Sunday, October 14, 2012

aku bercerita: tanah

sejak duduk menganggur *ehem*  di rumah, aku banyak belajar pasal susur galur aku

aku bukan nak bercerita pasal adat pepatih, tapi lebih kepada kisah kampung aku
ni semua sebab aku baca GADISKU WAN ADNIN lah ni, semangat nak tahu kisah dahulu
aduhai, cerita ini manis sekali, pada jalan ceritanya, pada bahasanya

aku berasal dari daerah rembau, negeri sembilan, baik dari sebelah ayah mahupun ibu
wan belah ayah orang chembong, belah ibu pula bermastautin di sepri (ya, chembong dengan sepri ni satu daerah)
ayah aku suku paya kumbuh, ibu aku pun sama, tapi disebabkan suku dari berlainan kampung, jadi dikira tak langgar adatlah
adat perpatih mementing maternal line, jadi aku cerita dari belah perempuan lah ye
lagipun, keluarga ayah dah bermastautin di seremban

kalau korang datang Sepri (cakap kampung eh Spoghi), korang akan jumpa estet kelapa sawit, lepas tu nampak kawasan gunung-ganang (ke bukit bukau?) saujana indah mata memandang
kat sepri ni lah letak kampung aku: kampung air sekapas
dulu memang banyak pokok kapas kat kampung ni
kampung ni kira baru dibuka jugalah, dalam seratus lebih tahun

mengikut cerita makwan (read: nenek, panggil makwan sebab dia jadi nenek umur 41 tahun, cucu sulung dia tu aku lah), moyang makwan aku ni lah bukak tanah kat situ untuk jadikan tempat tinggal dan tempat bercucuk tanam
asal keluarga aku ni kawasan pedas (salah satu mukim di rembau), dulu tanah tak luas, jadi orang pergi buka tanah kat sepri nak bukak sawah padi
kalau datang sepri, kat kawasan ulu chuai tu ada lah penempatan orang asli
kawasan rumah nenek aku tu ada orang panggil hulu sepri, memang hulu pun

 
kalau tengok kawasan ni masih menghijau siap ada orang asli lagi, cuba bayangkan  lebih seratus tahun dahulu, macam mana keadaannya sepri tu
mesti hutan tebal, banyak harimau, ular dan binatang buas sebagainya
nak buat bendang tu bukannya senang, banyak kerjanya
cuba bayangkan penderitaan tu
kasihan moyang nenek aku tu

sekarang ni,tanah tu terbahagi kepada generasi seterusnya
cuma makwan, atok yang tinggal di situ, yang rumah lain kosong
cuma kadang-kadang menjenguk
kawasan situ jadi sunyi, dah lah banyak drug addict mencuri kat situ
kalau hidup seorang kat situ, agak menakutkan

aku jadi sedih fikirkan apa akan jadi pada tanah tu
sedih, orang semakin meninggalkan tanah tu, ibu pun duduk atas tanah ayah
sedih, bila tanah usaha moyang makwan akhirnya bakal tak berpenghuni
lagi sedih, kalau-kalau tanah itu dijual oleh kalau generasi mendatang



"tamakkan duit,  tanah yang susah payah nenek moyang usahakan dijual, akhirnya merempat harap subsidi nak beli rumah, paling malang akhirnya hidup di rumah flet sahaja"

2 orang mengutuk:

Anonymous said...

sebab tu kalau ada tanah better jaga, jangan jual sebab nenek moyang kita dulu sangat susah nak dapatkan sebidang tanah. kita sebagai pewaris kenalah jaga apa yang dah jadi hak milik keturunan kita.

Nurin Farhanah said...

betul tu

hargailah jerit perih nenek moyang dahulu.masa nak bukak tanaha dulu, mesti diorang fikir untuk berbudi tanah, untuk cari rezeki, tempat berlindung..dan mesti jugak diorang fikir, untuk anak cucu mereka jugak

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger