23/2/2013 6.40pm
tarikh yang aku takkan lupa, insya Allah
dah tertulis, ayah pergi 6 bulan sebelum umur genap 55
ayah pergi buat selama-lamanya
aku takkan lupa rupa ayah menghadapi sakitnya sakaratulmaut
luluh hati aku, gugur air mata yang aku empang
dan ini mengingatkan aku akan nasib diri
apa pula bahagian aku nanti saat mengahdapinya sakaratulmaut?
ayah sakit dah lama
kencing manis, seingat aku dari aku kecil lagi
lemah jantung waktu aku 12 tahun
ketumbuhan buah pinggang bila aku di PASUM
dialisis selepas aku graduate
betapa lamanya ayah berjuang menahan sakit
ayah yang baik
pemergiannya disaat dikelilingi keluarga tersayang
masih aku ingat lagi saat ECG menunjukkan sifar, tapi tangan ayah menggenggam tangan ibu
aku mengenggam tangan alang dan syawal, konon memberi kekuatan buat adik
tapi sebenarnya untuk kekuatan sendiri
wajah ayah tenang, macam dia waktu tidur
mata sikit terbuka, rasanya macam senyum
ramainya orang datang untuk baca yasin, solat jenazah
penuh ruang tamu rumah yang besar ibarat badminton court
ramai orang menghantar jenazah
ramai orang datang kenduri tahlil
betapa mudahnya urusan jenazah ayah
alhamdulillah
buat aku terfikir, bagaiman pengakhiranku?
Alfatihah untuk arwah ayah
p/s: terima kasih kepada sahabat yang menitip takziah dan kata semangat
insya Allah kami kuat
1 orang mengutuk:
be strong. Dia berjuang lama, tak pernah sia-sia. Jaga ahli keluarga lepas ni. Kirim salam kat ibu & adik-adik.
Post a Comment