assalamualaikum
rasanya dah lebih dua bulan ayah tinggalkan kami
secara jujurnya,
kami (read: aku dan ahli yang lain), alhamdulillah, ok
coping with the loss
kami masih menjalani kehidupan seperti dulu
cuma, tanpa ayah
tanpa ayah
jujur aku cakap
aku paling tak suka bila orang mention berulang kali pasal ayah dah tiada
mengapa?
sebab, pada aku, memanglah secara jasadnya, ayah dah tiada
but he is alive, still,
dalam memori, dalam cerita-cerita kami
dalam diri kami, sebanyak apa yang dididik pada kami
aku tetap rasa ayah masih hidup
cuma terpisah alam sahaja
dan sebab itu, bila sebut pasal ayah, aku tak suka sebut 'arwah'
cuma, ialah, kadang-kadang, kita rasa rindu
aku rasa rindu nak berbual dengan ayah
dengan masakan ayah
dengan nasihat ayah
rindu nak bergaduh dengan ayah (hehe)
dan aku tidak suka dengar lagu teman pengganti tu
dan aku sayu tengok para ayah layan anak diorang
sungguhlah, rindu
0 orang mengutuk:
Post a Comment