masa berlalu sangat pantas
hari ni, ulang tahun kelahiran ayah yang ke 55
hari ni juga, genap 6 bulan ayah berpindah ke alam lain
sekejap dah enam bulan
minggu ni, aku agak, err, emosi yang tidak stabil
entah berapa kali empang air mata pecah
dalam traffic jam aku boleh sedih-sedih
tengah duduk sensorang kat belakang masa otw pergi ladang batang kali pun leleh lagi
aku perasan je tukang drive pusing tengok aku buat apa diam-diam kat belakang
ada kawan aku tanya, aku tengok kau tabah je bila ayah takde
kau memang betul-betul redha ye?
sejujurnya
aku memang redha, ayah pergi
dalam keadaan yang baik, ayah dah tak perlu melawan sakit lagi
harapnya ayah berehat elok-elok sahaja di taman syurga
itu doa aku
tapi lumrah, bila kita sayang orang tu, bila dia hilang
mestilah kita rindu, air mata lah kadang-kadang jadi penterjemahnya
lagi-lagi bila emosi tak stabil
ok, kena kesat air mata, nanti orang meja sebelah perasan pulak
2 orang mengutuk:
tapi apa yg pnting korang sekeluarga dh get ready utk kehilangan arwah ayah ko. cuba bayang kalo yg pergi mengejut (nauzubillah), lagi sedih..
insyaAllah doa anak yg solehah boleh bawak ke syurga. bertabahlah wahai hati nurin farhanah.
*kita jumpa pagi ahad ni. insyaAllah ;)
insya Allah..thanks ^^
Post a Comment