Thursday, April 25, 2013

pasal cinta

disebabkan semakin ramai kawan sekolah aku sudah bertunang, menikah, mari bercerita pasal topik yang sudah, er, cliche?

cinta

umur begini, lebih-lebih lagi sudah ada ijazah, dan sudah diberi lampu hijau oleh ibu (er, lebih kurang lah)
tipulah kalau keinginan hendak bernikah tu tiada
tipulah kalau hati tak berbunga-bunga dengar lagu cinta, eh?
tipulah kalau tak terberkenan pada seseorang, lagi satu eh?

prinsip aku senang sahaja pasal cinta ni

premis 1: cinta datang dari hati
premis 2: hati manusia ni tak tetap, berbolak balik
konklusi: cinta bukan sesuatu yang kekal

kita boleh jatuh hati/suka/cinta pada sesiapa sahaja, dengan izin Allah
pada anak jiran sebelah yang rajin teman ibunya ke pasar
pada anak kawan ayah yang selalu jadi muazin dekat surau
pada junior yang rajin jadi imam di surau
pada orang lab berdekatan
atau
pada kekasih kawan baik sendiri
pada suami orang
pada tunang sepupu anda
pada kawan satu pejabat yang bukan islam
or, even,
kawan atuk anda

funny? tak masuk akal?
itulah, siapa suruh tak jaga mata, tak jaga pergaulan

orang kata, bila hati dicuri, mulalah kita ke langkah seterusnya, menuntut hak hati yang dicuri
mulalah nak pamer-pamer hati,
 mulalah bertukar hati
mulalah nak berdua, belakang agama, belakang keluarga
bila dah lama bernikah, mulalah porak peranda

jadi, pada aku yang amatur ni, kita boleh terjatuh hati pada sesiapa pun, pada orang yang salah
atau mungkin pada yang kita pandang betul, tapi sebenarnya salah
yang menentukan sama ada hendak couple dengan pencuri hati tu, anda
bagi aku, kalau tak buka jalan, tak ke mana pun cinta tu
lama-lama hilang juga cinta tu
bercakap dengan pengalaman sendiri

persoalan baru:
kalau jumpa orang yang, er, baik agama dan akhlaknya, jadi boleh buka jalan?

jawapan aku:
dah sedia ke jadi isteri solehah?

p/s: dah sedia ke nak mati muda?

Wednesday, April 3, 2013

the battle

aku, bukanlah seorang yang stabil sebenarnya
dalam diri ini, entah berapa banyak peperangan yang meletus

konflik diri

mungkin kawan terdekat dah penat dengar perkara ini

aku hendak berhenti belajar

ehem
secara teknikalnya, aku ni masih bekerja sebagai pembantu penyelidik lagi
permohonan aku hendak buat sarjana masih ditimbang-timbang pihak pengurusan
kedua-dua mama papa supervisor (rasa seram pulak taip macam ni) dah approve

jadi, mana datang idea nak berhenti ni,
simple, sebab aku rasa bidang ni leceh dan banyak kerja dan susah
aku pun dah jauh dari milestone yang diberi, jauh 2 bulan
aku pun rasa masih belum pandai apa-apa lagi
dan kunci utama masalah ini ialah kemalasan

semangat berkobar-kobar aku dulu entah mana hilangnya
aku tak salahkan pemergian ayah sebagai faktor, cuma mungkin sejak ayah pergi,
aku semakin kuat hendak tinggal di rumah, kerja di negeri sembilan

setiap pagi isnin, sampainya aku di lab dari negeri, aku mesti  cari kerja kosong di internet
tapi, bila aku mula buat kerja, praktis, bila prof wan aku encourage macam-macam, aku jadi semangat nak stay,
tapi, bila prof ramli assign kerja pening kepala kat aku, aku rasa nak berhenti balik

haish, hati dan akal, mohon tetaplah
aku penat berperang rasa ni
aku jadi malas nak bekerja pun ada
 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger