Monday, December 27, 2010

projek kolej??apekah??

assalamualaaikum

wah...tak ramai orang bangun dan online pagi2 subuh ni??mengapakah??? (ececeh, gaya aku macam selalu je online subuh2 begini)

minggu ni, memang busy dengan gerak kerja projek. nak update blog pun kena pagi2 (=.="). sebab sepanjang hari (ofis hour) memang kena taip surat, print surat (dah ada print baru. YEAH!!), diskus itu ini..wohoo..banyak maa kelija!!!!
kelija!!kelija!!kelija!!
ada orang tanya :" walawey paan, yang ko rajin sangat masuk projek tu asal?"

alasan aku???

1. life kat U is nat all abt books after all!!

walaweyh, aku dah lepak2 kat UM is one ni, takkan lah aku nak pagi kuliah, petang lab, malam citer korea tesis..sungguh apekah???aku penah ada life macam ni kat  PASUM dulu, and tell u what, the memories macam tak best sangat, biasa2 je...
aku sebenarnya dah terbiasa involve dalam aktiviti luar (even, i'm not an athlete) sejak sekolah lagi.so, ni kira menyambunglah...
adik chomey mai membaca!!

2.nak markah merit..nak stay kolej

alasan cliche. kolej aku persangan sangat sengit, ditambah orang2 mengampu (terasa?lantaklah!!), so kena aktif. setakat 1 projek tu, kadar survivality tu rendah. jadi atlet pun tak semestinya stay kolej.(kolej aku memanglah)

3.nak "up" aku punya resume
nanti bila interview, bolehlah aku bercerita kelebihan2 aku tu

4.working experience
korang ingat projek ni tahap senang ke? susah woo..kat projek lah aku belajar jadi kuli, dengar dan bangkang cakap boss, dengar pendapat orang lain (even tak suka), kena tekan dengan orang atas, call pejabat menteri (yup), tebal muka cari tajaan (aku penah kena kaw2 tau T-T), jadi ketua,belajar lead orang, membelasah yang tak dengar cakap (ok,tipu)...agak2 kalau kerja part time boleh dapat tak experience macam ni?? tu belum masuk handle VIP, protokol, holding an event yang sangat sukar...dan dicampur dengan tanggungjawab seorang pelajar (even tersengguk dalam kuliah)..tak ke gila tu...but, really, i enjoyed it even aku ak dapat gaji.
walau kdg2 rasa nak mati

5.belajar bahagi masa
sure.no need to elaborate

6.belajar emotional management dan stress
i learn to motivate my own self
walau sekeras mana pun aku, sejauh mana emo-no, heartless android pun aku, bila dah stress, aku kadang2 boleh ter-emo (no nangis2, selalu aku ada urge nak sepak orang)

7...ape lagi ekk..aku malas nak taip

senang cerita, i learnt a lot by involving in project. aku pun rasa tahap matang aku dah sedikit sebanyak bertambah, even aku ni masih berperangai seperti adik2 di tadika cumi ciki...
tapi, projek ni banyak merenggut social lfe aku, sampai kawan2 aku kata aku ni busy macam presiden kolej!!(marah pres kolej aku yg garang tu)...dah korang buat  gath time aku busy, memanglah...

Sunday, December 26, 2010

:hati kita hati orang: [iluvislam.com]

Renungkanlah di antara peringatan daripada ALLAH dalam surah Al-hujurat ini:

Ayat 6:

Pentingnya Menyelidik Sesuatu Berita, Cerita & Gosip

WAHAI  orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa  sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,  supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak  diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan  kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Ayat 10:

Mendamaikan Pihak Yang Bersengketa, Bukan Mengapi-Apikan

SEBENARNYA orang-orang  yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua  saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya  kamu beroleh rahmat.

Ayat 11:

Larangan Meninggi Diri Dan Mengata Orang Lain

WAHAI  orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)  mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus  puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula  sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak  perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik  daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban  setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara  satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang  tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka)  amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia  beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan  fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Ayat 12:
Larangan Berprasangka Dan Mencari Salah Orang

Wahai  orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya  kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya  sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip  atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah  kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka  memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan  mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah  larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;  sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ayat 13:

Allah Memandang Ktawkwaaan, Bukan Keturunan

WAHAI  umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan  perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku  puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan  yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang  yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau  bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam  PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13)

SESUNGGUHNYA  pertelingkahan dan pergeseran yang terjadi berpunca kerana kegagalan  masing-masing menjaga hati. Perasan yang hati masing-masing masih putih  bersih. Kerana itu berani dan konfiden melakukan apa sahaja dosa tanpa  menyedari hati sudah mula dipenuhi titik-titik noda.

Hadis Rasulullah:
"Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada seketul daging,  jika baik daging itu itu maka baiklah keseluruhan jasad dan jika buruk,  maka buruklah jasad keseluruhannya, ingatlah bahawa daging itulah hati".

Bila hati sendiri tidak terjaga, bagaimana hendak menjaga hati orang lain?

Saturday, December 25, 2010

eh, malulah...

waa!!! dah ahad...taknak balik!!! taknak balik!!!!!

okey, tantrum overboard..barang tak pack lagi...alala~

aku nak citer part2 taruk gambar ni. terima kasih kepada yang tolong tag contest...sejak dua menjak ramai yang tag..tapi, aku tak berkesempatan nak buat semua..paan in her real life, busy..dah masuk semester 2 nanti tak taulah, entah2 bersarang blog ni...

sebenarnya, paan tak nak join contest gambar-gambar ni...malulah...iyalah, muka tak lawa, taknak lah tayang..

"eh, paan, ko kan ada masuk contest deqlis tu?"

haah, memanglah, siap ada gambar aku sendiri. tapi korang semua tak tau kan cik paan yang mana satu kan??gambar pun ramai-ramai dengan wonder girls besties yang lain.

paan, in her real life pun memang agak tak ter-expose sangat. kat kolej bukan ramai yang kenal aku, suka buat kerja belakang tabir. kat fb pun profile pic gambar mamat korea, malu nak taruk gambar sendiri. gambar dalam album fb adalah, tapi cuma friends je lah yang dapat tengok...

tak suka orang tengok muka, lagi suka orang baca pemikiran kita..kalau kat luar pun, aku dress plain je, taknak ada orang tengok 2-3 kali...



alahai, bajet gadis melayu terakhir pulak paan nih!!
teka ni siapa???

erk??url blog aku??apekah??

assalamualaikum

ye, paan telah ditag lagi.huahuahuahau..teruja aku!!! (jangan cakap apa2, aku memang agak weng sejak hari ini)
kiwiblurr telah men-tag your url contest.. ececeh, adekah kiwi mahu mendedahkan rahsia super secret cik paan ni???

kalau korang nak masuk contest nie, arr ni dye punya logo (like the colour!!)
sungguh coolioo!!!

okey, back to stury....

plainpaan.blogspot.com

-plainpaan-

aku sebenarnya dah lama nak suruh orang aku panggil aku paan..ha, yelah, mesti ada cakap, nama parents bagi sedap, comey, maksud baik, sesedap oren je kau nak tukar nama...hey, i really proud with my name, SERIOUSLY.. and paan tu my alter ego...

and plain pulak, aku ni bukan nya lawa, comel pun tak, biasa-biasa je, plain...and hidup aku pun biasa-biasa, plain (but proud of it) dan nothing too special about me..paan cuma nak menaip apa yang rasa nak ditaip...so, it's the plain jane's diary, the plain paan...

dan aku juga ada kisah lawak pasal plain paan, baca sini..

and i tag :  cik candy A.N.A
                blogger kacamata

Friday, December 24, 2010

bisik-bisik di sini

assalamualaikum...


may Allah bless us..yup...

pejam celik,gosok-gosok mata, pejam balik lepas tu celik lagi..tengok-tengok dah hari jumaat. ahad ni dah kena balik ke kolej *sigh* biasalah, siapa yang suka tinggal comfort zone (read:rumah) dan pergi balik kolej. dah lah makan kena catu (sebab nak jimat duit, kenalah makan sikit2), baju kena guna tangan nak basuh, duit dalam bank pun makin kurang...(banyak membebel lah ko paan, tak reti bersyukur)


hari jumaat ni, kira dah seminggu hidung berlari-lari anak (read: running nose a.k.a selesema). dan dah empat hari  terbatuk-batuk macam atuk tua (uhuk!!uhuk!!). memanglah, cuti kali ni tak sihat langsung...
balik cuti ni, seminggu awal, sebab ada gerak kerja projek. event akan berlansung 4 sampai 6 mac 2011, dan terlampau banyak kerja perlu dibuat, banyak duit perlu dicari. seriously, MONEY IS REALLY IMPORTANT!! 


nampak macam freak out overboard, but indeed, kepala paan pening  dengan this project matter and thanx to my health condition, it getting worser..


Ya Allah, my Lord, give me strength and good health...amin...

Wednesday, December 22, 2010

i've been tag- My_minute survey



miss cutie pie telah tag saya!!

Starting time ; 1027
Name ; nurynn farhannah (nama glamour)
Brother(S) ; three heroes
Eye Colour ; super dark dark dark brown.
Shoe Size : 5 (soalan ni kenapa tanya?nak hadiah kasut ye?)
Hair ; i wear hijab, sure tak blonde
Piercings ; yang penting tak pierce lidah, ngee~
What are you wearing right now ; something decent
Where do you live ; pee-dee, n9
Favourite number ; 7, 9
Favourite drink ; choco-milk, juices
Favourite Breakfast ; err, mi kari ibu saya??(i have a lot)



Have You Ever ;



Broken a bone ; alhmdlh, never
Been in a police car ; nope
Fallen for a friend ; cerita lama
Fallen for a guy/girl in a short period of time ; ^,^ yup!
Swam in the ocean ; kalau berendam tu, bukan berenang ekk??
Fallen asleep in school ; sure do lah, budak asrama kot..sekarang upgrade tidur di dewan kuliah
Broken someone's heart ; kala ada, sorry..
Cried when someone died ; my late uncle.......
Sat by the phone all night waiting for someone to call ; entah, ada kot
Save e-mails ; yup, email berkaitan projek, asgnmnt
Been cheated on ; surelah...



What ;



Your room like ; romantic!really love the colour combinations!!
What is right beside youu ; err, haa!!printer!!
What is the last thing you ate ; pisang goreng



Who ;



Who did you last yell at ; angah
Who was the last person you dance with ; alang. lagu suju semua, kasi berpeluh
Who last made you smile ; my ibu



Final Question ;



What are you listening to right now ; beautiful- B2st
What did you do todayyy watch tv,blogging,fb'ing n cooking.
Are you the oldest ; i'm the evil big sister, muahahahha
Indoors or outdoors ; indoors



Todayy You Did ;



Talk to someone you like ; surelah
Kiss anyone ; nope..
Sing ; lagu phineas and ferb..hahhaha
Talk to an ex ; .....................
Miss Someone ; my besties..
Eat ; surelah..gila ke tak makan


Last Person Whooo ;



You talked to on the phone ; alang
Made you cry ; ..............
You went to the mall with ; ibu and Syawal
Who cheered you up ; family ^^, 




Have You ;
Been to Mexico ;tak naklah
Been to USA ; nak pergi taman tema Harry Potter, Disneyland

Randommm ;
Have a crush on someone ; oh, ramai, suju, b2st, nickhun, joong ki (adelah dlm 11 org)
What Book are you reading right now ; midnight children
Best feeling in the world ; peace and love
Future kids name ; hannah insyirah???hahahhahah
Do you sleep with a stuffed animal ; nope
What under your bed ; habuk
Favourite sport(s) ; tak main
Favourite place ; home
Who do you really hate ; hypocritenarcissistic,people who judge people by their cover
Do you have a job ; student, eternally
What time is it now ; 1055
with however long it took you to complete this
post as "My _ Minutes Survey" and tag 15 peoples :)


p/s: nak tolong ibu masak, siapa nak tag diri sendiri, feel free to do so...^^,

tak boleh bangun? gune jam ni!!

susah bangun pagi? tak suka jam loceng anda? meh cekedout alarm clocks kat bawah ni...

JAM LOCENG DUMB BELL
 jam ni akan terus bunyi sampai lah korang dah buat 30 kali angkat dum bell ni.baguih betul.korang bangun-bangun je dah terpaksa bersenam!


JAM LOCENG CLOCKY
 jam ni, boleh pusing2, lompat sejauh tiga kaki dan akan berbunyi sampai korang bangun. korang pun boleh snooze sekali je.so, kaki2 snoozer tak boleh lah snooze berkali2. kalau korang ada tengok cerita personal taste lakonan lee min ho, 1st episod, 1st scene, heroin gune jam ni nak kejut dia tidor.


JAM LOCENG PISTOL

korang benci bunyi alarm kan? ape lagi, tembak lah jam loceng anda sehingga mati!!hahahahhahahha!!!

JAM LOCENG HENTAK

sesuai jugak untuk pembenci2 alarm clock sedunia!!!hentak je jam anda bila ia berbunyi!!tapi takkan rosak dan boleh diguna semula!!

JAM LOCENG KERTAS
jam digital di atas kertas?? bila berbunyi, anda hanya perlu renyukkan ia...senang je kan??

p/s: mane nak beli jam macam ni ye???

Sunday, December 19, 2010

contest Deqlis:"gambar kenangan percutian 2010"


24 oct 2010-26 oct 2010

salam alaik

ececeh, tetibe rajin pula cik paan masuk contest. sebenarnya, dah lama nak post pasal percutian field trip ke utara tu. tetapi dah alang-alang ada contest, cik paan masuk lah ye DEQLIS??

info: sebenarnya, kami, pelajar kelas animal breeding ada fieldtrip tiga hari dua malam ke utara (read: perlis, langkawi, termasuk perak). tapi, kami dah ala-ala pergi bercuti release tension sebelum esoknya dihujani dengan pelbagai tests dan lab reports serta presentations.

kira, ala-ala, bersenang-senang dahulu, bersakit-sakit kemudian.

nama percutian: FIELDTRIP KE UTARA!!!

macam field trip lain, kami naik bas, singgah RnR untuk makan. disebabkan aku ni mabuk darat (jangan gelak), aku terpaksa menyalahgunakan panadol untuk pastikan aku terlelap sepanjang perjalanan.(nasib tak addict). kami sempat menjengah Gua Kelam, Perlis!
1, 2,3....pose!!

bergaya ala model

snap-snap gambar, lepas tu  check in hotel. bilik kami besar!!suke2!! malam tu kami makan di sebuah warung berdekatan. suka suasana romantik warung tu, makanan sedap, interior design pun cantik. warung ni terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki dan sederet dengan hotel.

pagi, kami breakfast di hotel (penginapan+sarapan). lepas tu bertolak ke jeti . naik feri ke Kuah, Langkawi.
aku agak excited nak naik sebab ni 1st time aku naik. ajaibnya, aku yang mabuk darat tak mabuk laut pun. dan terjadi pelbagai drama lucu di dalam feri, bila aku sakit perut (nature calling, =.='). feri tu memang sejuk habis!!
feri/bot kami!!
dah sampai, kami pergi ke KAMPUNG NYIUR BERCABANG. fieldtrip kami ni nak lawat ladang-ladang, so, kedatangan kami ke Langkawi nak lawat ladang kerbau. diorang pun buat cheese dari susu kerbau tau. SEDAP!! and kami berpeluang tunggang kobau
kobau cart- cik paan tukang tangkap gambar
lepas tu, kami check in di EAGLE BAY HOTEL LANGKAWI. petag kami memuaskan nafsu membeli coklat di pekan Kuah. malam kami berjalan kaki (sanggup tu) selama 15 minit ke dataran Lang sebab nak makan, sambil tangkap2 gambar.

esoknya, selepas sarapan (disediakan pihak hotel, memang SEDAP!!), kami ke jeti kuala Kuah. sambil tunggu feri, kami tangkap-tangkap gambar lagi di dataran Lang
dalam gambar ni, ada cik paan, teka yang mana satu??
disebabkan fieldtrip, kitorang berjimat cermat lah. lecturer kitorang, Dr.K dan Dr. Aida tolong support belanja kitorang (terima kasih, banyak2!!!). kami ada pergi ke ladang ostrich di perak, tapi memandangkan lebih kepada pembelajaran, cik paan tak nak discuss lah, nanti korang boring.

rating percutian fieldtrip ni 5 bintang!!yeah!!! sebab fieldtrip ni, kami lebih rapat dengan budak2 biotek (walau tak semua), aku ada baca yang seseorang tu, takkan kenal rapat dengan rakannya selagi tak berMUSAFIR sama-sama atau tinggal sehari bersama. in our case, we DO BOTH.

rate: hotel- 3 stars
       food - 4 stars
       kemudahan- 3.5 stars
       kebersihan - 3 stars
      
to DEQLIST : OOPSS, sorry, sebab citer panjang-panjang, ni kira masuk contest + cerita cuti sekali eh??

Saturday, December 18, 2010

mara ke final!!

assalamualaikum

riuh rendah rumah aku. dari ayah, ibu, aku (sambil ngadap laptop) ke si bongsu, semua kumpul  kat ruang tamu tengok MALAYSIA vs VIETNAM...dengan agregat 2-0 mule2 tu.. maintain telur-telur smpi habis game, dengan kad merah (padan muke),,,akhirnya MALAYSIA MARA FINAL

baju pemain kita tu kaler kuning hitam..macam baju prep sekolah aku dulu pulak..hehehhe

Thursday, December 16, 2010

saya nak kahwin!!!


assalamualaikum

semalam,masa selak-selak berita harian (ni, yang aku suka balik rumah, dapat baca paper), sekali aku terkesima dekat muka depan varsiti(sisipan berita harian). tajuk dia cinta kuliah. tapi aku lebih terkesima dekat gambar mempelai. aku kenal diorang.kenal macam tu jelah sebab classmate aku, siap satu lab lagi. tapi diorang ni seniior aku. tak sama kos pun, sama subjek plant physio je
ni mawi punya wedding..bukan kawan saya

KAHWIN MUDA


sesetengah orang, mesti tak approve kan bab2 kahwin muda ni. lagi-lagi waktu masih belajar ni. lagilah ramai tak approve.

antara sebab tak approve (alasan normal)
1) masih tak matang lagi
2)tak kerja lagi.nak bagi anak orang makan apa.
3)kenduri kahwin pun parents tanggung

try la cakap kat parents korang yang korang nak kahwin dengan kekasih hati, konpem kena tempeleng kan?
tu belum lagi cakap-cakap belakang dari masyarakat yang kononnya prihatin

para remaja, termasuk aku, kalau cakap bab kahwin awal ni, mest akan cakap "walawey, muda lagi la. aku nak enjoy habis-habisan.  ni nak kena jaga anak orang pulak, ape cer??" kan??

tu, namanya tak matang. jadi sila abaikan impian nak kahwn awal tu. or perhaps impian nak kahwin tu.

ada orang nampak, kahwin awal ni nak elak maksiat....jadi ramai pasangan lovey-dovey nak kahwin awal..

tapi, perkahwinan bukan setahun dua. dan bukan hanya hubungan fizikal suami isteri..

dan cinta tidak kekal selamanya....itu realiti hidup
shedapnye!!!
kalau kamu kahwin semata-mata kerana cinta kepada tersayang (uwek!!), selama mana ye cinta tu nak bertahan. sampai anak cucu? lepas dapat cucu bercerai..gitu?
ramai pasangan emas berbulu tengok pasangan masing-masing sedangan dahulu dah berjanji sehidup semati..

pernikahan, aku nampak satu je: kalau kamu bernikah kerana cintakan Allah, maka, binalah baitul muslim ke arah apa yang Allah dah rules kat kita. semua ada tanggungjawab masing-masing. bila tahu dan BUAT tanggungjawab tu,insha Allah, bercintalah kamu sehingga ke syurga..despite all the hell and high water, you'll stick together..

lagi satu, semua rumah tangga atas dunia ni, ada pasang surutnya. ada ujian Allah bagi, nak test sejauh mana beriman kita kepada Allah. korang tanyalah parents korang, tak pun observe sendiri. ada orang diganggu pihak ketiga, masalah kesihatan, masalah anak, masalah kewangan, yada,yada...dan yang menguatkan kita tu, bukan cinta kepada pasangan, tapi iman dan cinta kita kepada Allah...

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

Islam tu letaknya dalam semua urusan...kalau kita faham ni, insha Allah bahagia dunia akhirat

kalau masih muda, tapi kalau anda faham dan praktiskan hal di atas, dah sedia nak bertanggungjawab,dah ready nak bina baitul muslim, hati dah kuat pada Allah, dah pandai masak,kemas rumah..
pergi kursus kahwin dan cakap dengan mama "SAYA NAK KAHWIN!"


p/s: cik paan tak ready lagi nak kahwin ye...jangan pikir bukan bukan

p/s/s: eh, lupa pulak..buat kawan saya tu, semoga bercinta sampai ke syurga!!!

Tuesday, December 14, 2010

catatan dua kupang..

assalamualaikum

macam biasa, cuti ni, blogwalking, sekali terjumpa kat blog shamin pasal rahsia tarikh lahir. aku tak tau la kenapa aku berminat nak tau pasal personaliti diri sendiri (ceh gaya macam tak kenal diri je)..tapi, it's for fun kan???
err, tak jatuh bahagian khurafat kan? ala2 astrology tu.yalah, ini bukan tilik nasib ke apa...

so, mine is...


Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

1. Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.
-sure do..gila tak berperasaan aku ni..muahahaaha

2. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu.  
- wth!!! myth busted!!

3.Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah.
-yup...owh, no wonder orang selalu mintak nasihat dari aku

4. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. 
-sure, benda yang menyusahkan hidup, aku chuck it in the bin

5.Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. 
-tak pernah bercinta

6.Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan

-no wonder ramai kawan.hehehe

dan tiba2 aku nak buat  bedah siasat pula (wink wink)..


Friday, December 3, 2010

malaysian's winter??

aku  mengintai dada langit..haish...
nampaknya awan kelabu masih setia menemani langit UM.
setiap petang, bumi UM yang permai tidak lekang dikunjungi sang hujan

sweater jingga ditarik rapat ke tubuh.sejuk..alahai, Paan, cuaca begini pun dah tak tahan. si dia yang berada di hemisfera utara lagilah kesejukan. ya, sekarang tengah musim sejuk di sana. awak, saya di tanah air pun sejuk juga. sekarang tengah winter, heheheh, sebetulnya musim tengkujuh. awak, sejuk khatulistiwa pun saya tak tahan, apatah lagi penangan ribut salji di sana. saya harap awak sihat sahaja di sana. 

pandangan ditebar ke luar jendela. Subhanallah, cantiknya pemandangan. bilik aku menghadap hutan, dan pemandangan hujan amat cantik
"tak nak tarik langsir ke?" roomate sedang memanjat katil bersuara
aku hanya menggeleng. tak mahulah, nak tengok hujan. waktu macam ni memang seronok berhibernasi bawah selimut, ditemani bantal yang empuk. 

seronoknya hujan...kalau pakai baju hujan dengan but getah, boleh jalan bawah hujan. merasa hujan jatuh di atas kepala.lepas tu main lopak air..heh, macam budak-budak, tapi itulah seronoknya.
bukan gambar hiasan?
nak buat ke?
tak payahlah, nanti demam.nak exam
my answer: nope!!
BUM!!!!
dah nampak kilat sabung menyabung di langit sana.sang guruh pun mula tunjuk kuasa.

langsir ditarik, nota ditutup. mari berhibernasi.. ^^,

mencari identiti sendiri

assalamualaikum

sepatutnya, dalam umur 20 tahun ni, ramai yang cakap dah ada identiti sendiri. betul ke?

aku tak rasa pun begitu

hidup ini, Allah bagi chance nak duduk atas bumi ni, bukan saje nak suruh kita lepak2, makan cikedis, tengok cerita korea, usha awek..bumi ni penuh dengan tipu daya dan permainan. bagi seorang muslim, bumi ni highway nak balik ke kampung akhirat.
mesti tertanya, so, apa kena mengena dengan identiti diri?

ok, ni aku punya pendapat. remember, i'm no angel, neither an ulama.

selagi kita hidup, kita perlu membaiki diri. dari buruk ke baik, ke lebih baik. definisi baik kat sini, aku takrifkan ikot skema Allah dan rasul. follow apa dalam Al Quran dan As sunnah. bukan nya ikot majalah Cleo edisi bulanan mahupun majalah Dara.com.

dan bercakap tentang identiti, seharusnya, identiti seorang muslim ialah apa yang telah digarskan Allah. Allah bagi manual kehidupan yang cukup lengkap, tambah pulak dengan sunah Rasulullah S.A.W, patutnya kita ikut. percayalah cakap aku, hidup lagi tenang kalau ikut.

jadi, hidup ini, perlu sentiasa membaiki diri...

dan aku, bukan masih mencari identiti, tapi sedang membina identiti mengikut apa yang Allah dan rasul bagi.

nak jadi baik tu sakit, sakit sangat...harap2 berbalas di akhirat..

Tuesday, November 30, 2010

kisah riang ria di exam hall

assalamualaikum

minggu-seksa-exam

aku ambil 6 paper sem ni, err, sebenarnya 7 subjek, tapi english presentation tiada written exam..
di saat post ini ditaip (ceh!), aku baru lepas 3 paper.. another three to go! exam aku banyak gap yang cantik, so, masa terluang boleh digantikan dengan fb,blog,tengok wayang dan citer korea study. eh, aku memang study betol2 ye, masa tepu sahaja aku lagha sekejap. takkan nak study sampai muntah hijau..UWEK!!! (ha, kan dah muntah)

exam hall UM, terletak di atas bukit. nak jalan kaki dari kolej ni memang satu senaman yang bagus.hehe. adalah dalam 15 minit berjalan, dengan kadar kelajuan aku berjalan. yelah, aku mana reti jalan slow. dan selalunya, peluh mula merembes ala2 air terjun Niagara, tanda tubuh cukup bersenam, hebat!

masuk exam hall, sejuk bukan main. tapi ni kira okay lah, compare masa aku PASUM dulu, kesejukan boleh men-jammed kan otak ( salahkan air cond pula, kau memang tak boleh jawab kot). tapi, alhamdulillah, tak pernah lagi dengar orangmati kesejukan dekat exam hall.
aku paling tak suka perkara benda2 ni berlaku ketika di exam hall:

1) duduk dekat kawasan meja lecturer lepak2. mesti bising tahap tak boleh tahan
2) orang sekeliling aku tanya lecturer. gangguan konsentrasi betol!
3)orang tanya aku time exam
4)lecturer tengok answer script aku masa aku menulis. memang tarik rapat2 kertas tu ke aku
5) perut aku berbunyi!! KRIUK!!!

aku memang jenis kena jawab exam dalam keadaan sunyi sepi sebab tu lah masa aku nak korek segala benda dalam otak aku untuk dimuntahkan ke atas paper exam tu. even, kalau aku dapat tengok jawapan budak depan pun, aku akan blank. yang aku nampak cuma paper exam, jawapan aku, jam exam hall dan abang pembantu peperiksaan yang hensem. yang lain memang taruk tepi lah.
kalaulah diorang ni yang jaga exam...oh, bestnya!!
tadi masa jawab plant biotechnology ( aku memang goreng habis. yelah, elaboration dia aku lupa, nasib baik point ingat, alhamdulillah), tiba-tiba perkara no 5 tu berlaku! KUAT HABIS MACAM PAKAI SPEAKER PULAK! memang malu habis! cik orang sebelah tolong gelakkan. ceh, nasib baik kawan aku. buatnya crush aku, gila nak taruk muka kat mana??eh, lupa pulak, crush aku mana ada kat situ, dia kan kat korea..hehehe
crush saya..hehehehe
p/s: sepanjang paper2 aku, tiada abang pegawai peperiksaan yang hensem kelihatan (GATAL!)

Saturday, November 27, 2010

jiwang..heh??

assalamualaikum

tengah sedap2 aku makan oat krunch versi dark coklat cicah susu putih (sarapan aku), tiba-tiba aku tersedak bila nama aku tiba2 naik kat blog encik daun pudina..apasal mamat ni tak puas hati ke dengan aku? baru aku teringat lepas meeting aku gelakkan dia pasal entry dia banyak yang cheesy ala2 dalam hati ada taman..hehehehe..

dalam meeting semalam, ada perbincangan yang tiba2 masuk cerita aku tengok wayang jumaat tu. boleh pulak inche alep tanya " ko tengok cerita  romantik ke nurin?" HAH? BILA PULAK??



(aku malas nak cerita kenapa tiba2 keluar soalan begitu, ini hal meeting)

dan topik hari ni : sejauh mana kejiwangan aku..hahahaha

1) lagu jiwang
tolong jangan bagi aku dengar lagu2 jiwang karat pengoksidaan, tahap cheesy cholestrole kat aku kalau korang sayang aku. SERIOUSLY!! lagu macam ini aku bakul-sampahkan..termasuklah nasheed cinta anta anti, walaupun aku ada memori bahagia salah satu lagu begitu, NO! geli eardrum aku dibuatnya..budak yang terbiasa dengar lagu menggegar otak, bila kena lagu jiwang, boleh mengamuk tahu..

2)novel jiwang
sejak aku kenal Hlovate, aku dah anti cerita Alaf 21, cerita berangan, ayat tahap romantik, NO!

3)cerita jiwang
ooookey, aku fanatik cerita korea, suka part2 comel, suka hero-hero dia yang hensem..tapi bab sedih, aku tak nangis

4)pick-up lines
i hate pick up lines, tak kira betapa cheesy ayat  dia (UWEKK!!!)..i hate flirty guy..i hate harmless flirt..

dalam hati aku ada taman ke? ada salur darah ada lah, untuk proses coversion of sugar, yada yada...

p/s: tak payah jiwang2, jadilah umat Islam yang kuat, tahan dugaan hidup, tahan ancaman musuh Islam, remember, life is not about a love between a girl and a boy, it's to seek eternal happiness for akhirat..
 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger