Tuesday, November 30, 2010

kisah riang ria di exam hall

assalamualaikum

minggu-seksa-exam

aku ambil 6 paper sem ni, err, sebenarnya 7 subjek, tapi english presentation tiada written exam..
di saat post ini ditaip (ceh!), aku baru lepas 3 paper.. another three to go! exam aku banyak gap yang cantik, so, masa terluang boleh digantikan dengan fb,blog,tengok wayang dan citer korea study. eh, aku memang study betol2 ye, masa tepu sahaja aku lagha sekejap. takkan nak study sampai muntah hijau..UWEK!!! (ha, kan dah muntah)

exam hall UM, terletak di atas bukit. nak jalan kaki dari kolej ni memang satu senaman yang bagus.hehe. adalah dalam 15 minit berjalan, dengan kadar kelajuan aku berjalan. yelah, aku mana reti jalan slow. dan selalunya, peluh mula merembes ala2 air terjun Niagara, tanda tubuh cukup bersenam, hebat!

masuk exam hall, sejuk bukan main. tapi ni kira okay lah, compare masa aku PASUM dulu, kesejukan boleh men-jammed kan otak ( salahkan air cond pula, kau memang tak boleh jawab kot). tapi, alhamdulillah, tak pernah lagi dengar orangmati kesejukan dekat exam hall.
aku paling tak suka perkara benda2 ni berlaku ketika di exam hall:

1) duduk dekat kawasan meja lecturer lepak2. mesti bising tahap tak boleh tahan
2) orang sekeliling aku tanya lecturer. gangguan konsentrasi betol!
3)orang tanya aku time exam
4)lecturer tengok answer script aku masa aku menulis. memang tarik rapat2 kertas tu ke aku
5) perut aku berbunyi!! KRIUK!!!

aku memang jenis kena jawab exam dalam keadaan sunyi sepi sebab tu lah masa aku nak korek segala benda dalam otak aku untuk dimuntahkan ke atas paper exam tu. even, kalau aku dapat tengok jawapan budak depan pun, aku akan blank. yang aku nampak cuma paper exam, jawapan aku, jam exam hall dan abang pembantu peperiksaan yang hensem. yang lain memang taruk tepi lah.
kalaulah diorang ni yang jaga exam...oh, bestnya!!
tadi masa jawab plant biotechnology ( aku memang goreng habis. yelah, elaboration dia aku lupa, nasib baik point ingat, alhamdulillah), tiba-tiba perkara no 5 tu berlaku! KUAT HABIS MACAM PAKAI SPEAKER PULAK! memang malu habis! cik orang sebelah tolong gelakkan. ceh, nasib baik kawan aku. buatnya crush aku, gila nak taruk muka kat mana??eh, lupa pulak, crush aku mana ada kat situ, dia kan kat korea..hehehe
crush saya..hehehehe
p/s: sepanjang paper2 aku, tiada abang pegawai peperiksaan yang hensem kelihatan (GATAL!)

4 orang mengutuk:

buDAK keCIK said...

wei, ade la abang ensem.

masa ak angkat kepala je, tros nmpk abg ensem.straight je dgn ak..kebetulan dia pn tgh tgk ke arah ak,tu yg straight je nmpk.kehkeh

*cis,patot la ak blank psl promoter tuh.hampesz

cik_paan said...

eh, ade eh???
mungkin kerana aku terlampau fokus mengawal bunyi perot aku, tak sedar hal sekeliling..
ekekeke

promoter tu memang lah...

d.A.o.U.z said...

motif letak gambar crush ?
hahaha..
exam bole tiru-tiru..
best !

cik_paan said...

motif???
saje, sebab dia hensem..
alasan yang sgt shallow...ade aku kisah???
hahahahah

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger