Thursday, December 20, 2012

Research proposal

Allright

done presenting my project proposal to Prof Tunku
he didn't ask much, alhamdulillah
Prof Ramli reckon it's still early in the morning, so Prof Tunku is "cool"

Now, now
truthfully,
I'm all excited about my research
but still, scared

I'm afraid that I'm not good enough
do not meet the expectation

but still, some comfort word from Prof Wan
"first trial tak semestinya jadi, kadang 5-6 kali trial pun tak jadi, but the key is TO BE HARDWORKING"

first come to my mind is
"Nampaknya, disebabkan kena all out untuk habiskan master ni, jangan berangan nak kahwin"

huahuahuahua

p/s: please pray for me. I will be doing cloning goats and producing embryonic stem cell line

Wednesday, December 12, 2012

dewasa

#np: late autumn- innocent man ost (instrumental)

melihat fb, oh ya, beberapa rakan sebaya hendak meninggalkan zaman bujang nampaknya
wah, ramai dah nak settle down!

kadang-kadang aku rasa kelakar, tengok orang sebaya aku dah mula bertunang, nikah, dapat kerja tetap
dah settle down
bila banding dengan diri aku sendiri

kenapa aku cakap kelakar?
orang lain dah mula nampak semakin matang,
aku ni, aku rasa proses terkebelakang pula

sejak duduk rumah lama-lama ni, aku rasa macam dah berperangai budak umur 12 tahun
kalau sakit, ibu ayah yang bising suruh makan ubat
makan buah pun kena disuruh baru makan
sekali duduk tengok kartun dengan syawal syahmi
name it: phineas and ferb (siap claim aku suka ferb lagi), gumball, adventure time, spongebob, chibi maruko,  inazuma 11, ironman, spiderman, ninja warrior, etc.
kadang-kadang aku yang over tengok kartun
siap nyanyi lagu tema lagi -.-"
main sekali dengan budak-budak, oh no, bukan gaya orang dewasa yang cuba berbaik dengan budak, tapi bermain sebagai seorang budak
bergaduh dengan adik-adik, menyakat adik-adik
berebut makanan dengan adik (padahal punyalah banyak makanan)
sampai adik-adik boleh cakap "kakak ni macam budak-budak lah"

dah lah secara fizikal pun tidak bercirikan umur 22 tahun

the only part yang aku rasa aku dah besar ialah bila aku masak, kemas rumah, rotan adik dan bila aku tengok cerita orang besar je, oh ye dan bila aku tengok gambar aku konvo kat ruang tamu
itupun masih tak percaya yang aku sepatutnya dah dewasa

hahahahahhahahaha

iklan: apalah aku buat ni, sepatutnya aku taip proposal, not another blog entry!

Monday, December 10, 2012

membebel: ibu bapa

aku memang orang yang tak sepatutnya bercakap pasal hal ini
ialah, nikah pun belum, apatah lagi menjadi seorang ibu
dan belum tentu lagi aku akan pegang tanggungjawab menjadi ibu
dan belum tentu aku akan jadi ibu yang baik

still,
aku ialah seorang kakak, 4 orang adik
dan kami adik beradik agak jauh sedikit perbezaan umur
aku pun bertanggungjawab atas hal ehwal adik-adik kecil aku

ibu ada cakap "emak2 sekarang ni kurang concern pasal anak-anak dia"

aku bersetuju dengan ibu aku.

masa MAHA hari tu, aku kena jaga booth lab aku
jadi dalam waktu tengah hari aku akan naik 3 tram pergi ke booth aku (jauh, wa cakap lu lah)
punyalah ramainya umat manusia, bersesak panas
aku rasa kasihan pada budak-budak kecil, mungkin bawah tiga tahun yang ikut
muka merah-merah sebab panas bersesak, siap melalak lagi
"they shouldn't be here" itu yang aku fikir
MAHA bukannya tempat taman tema, dan dalam keadaan macam itu, untuk budak-budak sekecil tu, sepatutnya tinggal sahaja di rumah atau bawa sahaja ke tempat yang lebih baik
oh, lupa, mak ayah nak sangat pergi MAHA kan, sampai sanggup kelek anak kecil macam tu
tak kasihan ke kat anak?

tu belum lagi kes parents shopping sakan sampai terlepas pegangan anak
kes berebut naim tram, tapi anak ntah ke mana
atau kes anak dilanggar orang ramai yang tengah bersesak tu
yang kelakarnya siap parents tu siap marah "hoi, tak nampak ke budak ni"
nak je aku cakap "puan, saya yang besar ni pun kena langgar, kenapa tak dukung je anak tu"
lain kali, dukung je macam ni

tu baru kat MAHA tu

aku masih ingat lagi masa aku keluar dari ktm-tin-sardin, nak keluar punyalah susah sebab orang sibuk nak masuk dalam koc, padahal orang nak keluar tak keluar lagi
aku pun main redah je lah
tiba-tiba aku perasan aku punya botol air terlanggar sesuatu, kepala budak
dan mak dia "hoi, tak nampak ke budak ni!"
aku tak rasa tu salah aku, sebab hak aku untuk keluar,
si emak pun tak jaga anak, sibuk pegang barang shopping, suruh anak berebut masuk koc
i felt sorry to the boy, mesti luka.
masa tak sesak
lagi satu, aku tak tahulah orang lain
tapi ibu ayah aku ambil berat pasal hal najis ni
kalau kami masih kecil dulu, kalau nak ke tandas, ibu ayah memang teman
nak pastikan istinjak betul-betul, lantai tandas dah bersih selepas guna
supaya najis tak dibawa ke serata rumah

tapi, bila ada tetamu datang beraya, suka-suka dia biar budak kecil tu pergi toilet sendiri, without any supervision
jadi akulah yang kena check, cebok (homai!)
ayah kata "masa tulah nak tunjuk akak ni suka budak-budak"
oh no, aku concern pasal kalau tak bersih betul, habis satu rumah dah kotor najis

                      WHAT THE HELL IS WRONG WITH PARENTS NOWADAYS?

ibu cakap, anak-anak tu tanggungjawab
menjadi ibu, maksudnya segala kepentingan diri dah tak penting lagi, anak-anak diutamakan
yang aku nampak, once you get married, get pregnant, kau kena bersedia, hidup kau paling utama sekali anak-anak
there goes your free time to surf internet, to gossiping your friends, even giving up watching your favourite drama, selagi hal anak-anak tak settle lagi
 
budak perempuan sibuk nak kahwin lah, cinta dua hati bertaut lah
dah bersedia ke nak jadi ibu?
dan jadi ibu tu bukan hanya bermain dengan dia je, kau kena jaga segala-galanya pasal dia, termasuk korban waktu tidur, mungkin korban kerjaya sekali
dah bersedia?


p/s: dah bersedia ke aku? tak, sebab aku nak kejar impian aku dulu


Sunday, November 25, 2012

kpop, huh?

kecoh dunia twitter pasal kes group kpop kena boo masa shout award
and a girl yang nak tukar kerakyatan gara-gara kes ni

*facepalm berganda untuk dua kes berganda

tengok paper Pancaindera, tengok budak-budak sekolah sibuk kata suka idol yang itu, ini
ceh, semuanya newbie semata


ramai tahu, aku ni jenis dengar lagu kpop
aku pun bukan peminat profesional (peminat yang minat sejak awal lagi, sebelum virus gelombang kpop ni muncul )
baru lagi minat, sejak 2008, bila kawan kenalkan aku the awesomeness of bigbang

menginjak umur 21, mungkin sudah dewasa dari segi undang-undang
aku semakin cerewet dengan pilihan lagu-lagu untuk telinga aku
bila aku tengok kumpulan kpop yang tumbuh bagai kulat atas roti expired kat korea
lepas tu lagu pun lebih kurang sama je *boring
dancing pun sama rentak *boring
muka pun nak dekat sama je *boring
konsep kumpulan yang sama *boring
dan ramai sangat budak suka tengok kpop

aku rasa yang betul-betul boleh masuk dengan aku cuma bigbang
bagi aku, bigbang ni berada di kelas teratas,
unique in sense of fashion, music


yep, satu lagi post kurang bermanfaat dari aku

Thursday, November 22, 2012

kekalutan

-cari rumah sewa
-beli kereta
-praktis drive kereta
-siapkan proposal
-datang lab, praktis guna tools

huish, rezeki datang tiba-tiba, kalut aku dibuatnya

aku dapat jadi r.a, masuk bulan 1 (selepas minta delay)
cepat siap proposal, cepat aku secara rasmi masuk master
cepat boleh mintak scholar

aku dapat um
better um, selepas bincang dengan prof. untuk bidang yang aku nak ni
insya Allah, i'm an animal biotechnologist/ embryologist to be

Friday, November 16, 2012

The innocent man / nice guy

finally, habis jugak cerita ni
dan berjaya jugak aku habiskan, despite banyak kerja, broadband over limit


The innocent man

bagi aku, ini antara cerita terbaik
jalan cerita yang tak meleret
cerita penuh suspens
jalan cerita yang twisted and turn
yup, a melancholc drama
aku tengok cerita ni muka berkerut je, kadang-kadang je gelak
babak happy pun sekejap sekejap je, banyak konflik

but, still, the best

memang angkat ibu jari lakonan song joong ki, moon chae woon dan Park si Yeon
and other actors, the scriptwriter for amazing story, the director and the rest of the team (ceh, poyo je aku)


highly recommend, tapi kalau korang nak cari cerita light, ini bukan ceritanya
cerita ni heavy, bermain emosi

anyway, dalam kita menjalani kehidupan aman kita kat sini, jangan lupa doakan saudara2 kita di Palestin, Syria dan rakyat rohingya, termasuk lah semua saudara mara kita
doakan tu kan senjata mukmin, dan umat islam itu bersaudara

Wednesday, October 31, 2012

krisis pengalihan fasa

dulu, masa aku naik form one
masa tu kiranya beralih fasa, dari budak sekolah rendah ke budak sekolah menengah
dari kanak-kanak ke zaman remaja
dan sebenarnya, zaman peralihan itu ialah zaman paling sukar untuk aku
krisis diri sendiri

zaman kanak-kanak, aku tak payah buat kerja-kerja rumah, house chores omputih kata
bila form 1, aku kena tolong
jadi, aku memberontak, aku kan dulu anak manja
ini perkara kecil sebenarnya

itu belum termasuk masalah kulit, masalah pakaian dan fesyen, masalah aurat, masalah diet
masalah tanggungjawab

aku tak boleh terima masa tu aku sepatutnya menjadi seorang remaja
susah aku nak buang keanak-anakan aku tu
dan aku sendiri keliru, menjadi remaja itu apa sebenarnya

kekeliruan membentuk identiti
lama juga aku keliru

sekarang ni,

aku mengalami masalah krisis pengalihan fasa tu lagi
aku jadi sensitif bila orang tanya future planning
aku jadi sensitif bila kawan ramai dah ke sana sini
dan kadang-kadang aku rasa sedih bila kenang orang lain bertapak jauh dari aku, tapi aku masih lagi duduk di rumah

kadang-kadang aku rasa, aku nak sambung belajar ni, sebab aku belum bersedia masuk alam pekerjaan lagi
aku tak bersedia nak lepaskan title pelajar
aku rasa takut nak masuk alam kerja

entah...

betul lah orang kata terlalu banyak masa lapang akan membunuh kamu
tengok aku, semakin kurang rasional, banyak sangat fikirkan ketakutan

Tuesday, October 23, 2012

campus

i miss campus life......









no matter how busy i was with the study, i still had time to have fun a.k.a involved in projects

malangnya, aku tak ambil gambar fail pantun, ada ni je


i am really sure, i will not have all those experiences during master...

Saturday, October 20, 2012

bawah pengaruh dadah

tajuk nak gempak je kan

aku menaip ni di bawah pengaruh panadol cold and flu
and yes, aku seperti berada di awangan sekarang ni
padahal dah hampir 4 jam aku ambil ubat

punca: selesema
semalam punya lah demam lepas balik kl

aku memang kalah lah bab2 ambil ubat
ni nak ambil ubat lagi ni...


ngantuk

Sunday, October 14, 2012

aku bercerita: tanah

sejak duduk menganggur *ehem*  di rumah, aku banyak belajar pasal susur galur aku

aku bukan nak bercerita pasal adat pepatih, tapi lebih kepada kisah kampung aku
ni semua sebab aku baca GADISKU WAN ADNIN lah ni, semangat nak tahu kisah dahulu
aduhai, cerita ini manis sekali, pada jalan ceritanya, pada bahasanya

aku berasal dari daerah rembau, negeri sembilan, baik dari sebelah ayah mahupun ibu
wan belah ayah orang chembong, belah ibu pula bermastautin di sepri (ya, chembong dengan sepri ni satu daerah)
ayah aku suku paya kumbuh, ibu aku pun sama, tapi disebabkan suku dari berlainan kampung, jadi dikira tak langgar adatlah
adat perpatih mementing maternal line, jadi aku cerita dari belah perempuan lah ye
lagipun, keluarga ayah dah bermastautin di seremban

kalau korang datang Sepri (cakap kampung eh Spoghi), korang akan jumpa estet kelapa sawit, lepas tu nampak kawasan gunung-ganang (ke bukit bukau?) saujana indah mata memandang
kat sepri ni lah letak kampung aku: kampung air sekapas
dulu memang banyak pokok kapas kat kampung ni
kampung ni kira baru dibuka jugalah, dalam seratus lebih tahun

mengikut cerita makwan (read: nenek, panggil makwan sebab dia jadi nenek umur 41 tahun, cucu sulung dia tu aku lah), moyang makwan aku ni lah bukak tanah kat situ untuk jadikan tempat tinggal dan tempat bercucuk tanam
asal keluarga aku ni kawasan pedas (salah satu mukim di rembau), dulu tanah tak luas, jadi orang pergi buka tanah kat sepri nak bukak sawah padi
kalau datang sepri, kat kawasan ulu chuai tu ada lah penempatan orang asli
kawasan rumah nenek aku tu ada orang panggil hulu sepri, memang hulu pun

 
kalau tengok kawasan ni masih menghijau siap ada orang asli lagi, cuba bayangkan  lebih seratus tahun dahulu, macam mana keadaannya sepri tu
mesti hutan tebal, banyak harimau, ular dan binatang buas sebagainya
nak buat bendang tu bukannya senang, banyak kerjanya
cuba bayangkan penderitaan tu
kasihan moyang nenek aku tu

sekarang ni,tanah tu terbahagi kepada generasi seterusnya
cuma makwan, atok yang tinggal di situ, yang rumah lain kosong
cuma kadang-kadang menjenguk
kawasan situ jadi sunyi, dah lah banyak drug addict mencuri kat situ
kalau hidup seorang kat situ, agak menakutkan

aku jadi sedih fikirkan apa akan jadi pada tanah tu
sedih, orang semakin meninggalkan tanah tu, ibu pun duduk atas tanah ayah
sedih, bila tanah usaha moyang makwan akhirnya bakal tak berpenghuni
lagi sedih, kalau-kalau tanah itu dijual oleh kalau generasi mendatang



"tamakkan duit,  tanah yang susah payah nenek moyang usahakan dijual, akhirnya merempat harap subsidi nak beli rumah, paling malang akhirnya hidup di rumah flet sahaja"

Wednesday, October 3, 2012

happy graduating

esok, 4/10/2012,  konvo, petang
tak berani nak janji nak jumpa siapa esok
siapa yang sempat capai, kita tangkap gambar sama-sama


happy graduating


Monday, October 1, 2012

bila abang tengku nyanyi

ah yes
call me jiwang karat
angau overboard

i don't care

eheheeehhehe




spot ag coco in this mv huh? love him ^^

bila abang tengku nyanyi
cair ~~~~~




random 2

the truth is

i'm not so excited for my own convocation
people said i should looking forward for it "it's my D day"
the big C day

it's nothing actually, just an event
the scroll and exam transcript only available only AFTER i return the convo gown


p/s: tak excited pun, sempat beli kasut baru denga kamera baru

Tuesday, September 25, 2012

random

baru berapa hari umur aku cecah angka 22
dah banyak pula jemputan majlis kahwin aku dapat
aku tak boleh bayang umur aku 25-26 nanti
masa tu, mesti semua kawan kawan termasuk lah kawan-kawan baik aku sibuk layang kad kahwin

mesti punya lah

aku je lah yang duduk dalam lab sampai sakit pinggang duduk lama-lama depan mikroskop

^__^ \/

Sunday, September 23, 2012

coolpix s3300



ahem....
good things always come to those who is patiently waiting

i believe i have make a right choice ^^
cheap, practical, handy, light, high quality aaaaanddd it's purple *oh yeah


new love

saiz kompak



eheheehehhe

Saturday, September 22, 2012

unconditional love

assalamualaikum

siapa baca berita harian hari ni??

tadi aku baca pasal kisah encik Abil dan isterinya Fauziah



encik Abil sanggup berhenti kerja, nak jaga isterinya. Puan Fauziah mengalami kerosakan saraf otak akibat serangan asma yang kronik

UNCONDITIONAL LOVE

sejujurnya, aku percaya unconditional love ni berlaku antara ayah dan ibu kepada sang anak SAHAJA
jujur aku cakap, aku agak meragui cinta tanpa syarat antara
-anak kepada ibu bapa
-suami kepada isteri
-isteri kepada suami

skeptik? oh yes...

oh, kira kau skeptik lah kisah encik Abil-Puan Fauziah ni?

eh, tak lah.. aku bedoa agar cinta encik Abil untuk Puan Pauziah biar tak berpenghujung
biar Syurga kedua-duanya, sebab dugaan yang dihadapi teramat hebat

jadi kenapa aku skeptik pasal unconditional love?

jujur aku kata aku meragui orang yang kata sayang pada aku
paling aku ragui ialah sejauh mana aku boleh bertahan atas nama cinta

bayangkanlah, yang paling kau cinta, suami atau isteri kau tiba-tiba lumpuh
tak boleh bergerak
tak boleh beri nafkah zahir, batin
kau mampu jaga sampai akhir hayat?
jaga orang sakit ni, bukan setakat uruskan makan-minum-pakai-berak-kencing tau
kau kena tahan dengan karenah emosi dia, sebab orang sakit ni selalunya akan kurang 'waras;
they tend to lose their confidence, even blaming themselves
jaga orang sakit, kau sendiri kena kuat fizikal, emosi
bak kata ayah aku, bukan tunjukkan simpati, tapi kena show that you care about them also

dan bayangkanlah, suami/isteri kau kena degenarative brain damage
progressive parkinson ala-ala cerita love and other drugs tu
bayangkan dia akan beransur hilang keupayaan, jadi macam budak-budak
tak ingat kau, tak ingat yang korang sangat cinta antara satu sama lain

kalau tiba-tiba tunang kau accident, lumpuh
will you marry him/her despite of his/her disability?

cakap mulut senang, cuba berpuluh tahun akan datang?

ada orang nak somebody yang susah senang bersama
but will you become the somebody for that person, even he/she is paralyse/having brain disfunction

mungkin, kalau lelaki, bolehlah kahwin lain, tapi masih boleh jaga isteri yang sakit tu
kalau perempuan pula?
berapa ramai boleh tahan....

i've been questioning about this, doubt myself
sejak akhir-akhir ni, aku banyak terfikir
boleh ke aku bertahan
yalah, mungkin dalam bertahun lagi, fasa perkahwinan tu akan tiba juga
dan perkahwinan tu bukan untuk manis rasa cinta sahaja
tapi pahitnya hidup dan dugaan, yang boleh datang dalam banyak bentuk

kalau orang tanya, sudah bersedia jadi isteri?
bukan setakat kehandalan di dapur
bukan setakat kerajinan menguruskan rumah
bukan setakat sayangkan budak-budak
tapi lebih dari itu

sebelum menerima cinta orang lain,
tanya diri sendiri, kalau dia lumpuh, sakit teruk, kalau dia muflis, kalau dia hilang waras, kalau dia kudung
kau masih lagi di sisi dia?
you have a choice: leave or stay. what is you choice?

cinta itu tanggungjawab..itu kesimpulan yang sangat berat
manisnya cinta itu sekejap, bila pahit datang nanti, bersedia kah kau?

KISAH ENCIK ABIL-FAUZIAH

berbalik kepada kisah pembukaan tadi, kalau nak tolong Encik Abil dari segi bantuan kewangan

Nama : Abil Fikri Ahmad
Bank: CIMB Bank
Account No: 0506-0040577-52-1
H/P No : 016-2634258


sumber: sini  

Kisah Encik Abil ni boleh baca di sini. bukan calang-calang suami boleh berkorban hebat jaga isteri sebegitu rupa. moga di kurniakan kesabaran yang kuat, moga dikurnia syurga kedua-duanya
ketika sihat
 

Tuesday, September 18, 2012

ayah, ibu, anak


ok, sekaang ni kira aku di tahap keempat lah ni..hehehehe

hari tu, aku bertegas dengan pendapat aku pasal hal pergi interview uitm tu
lagi-lagi bila saudara mara cakap "susah nak dapat interview tu"

aku terdengar ibu cakap "susah nak cakap dengan orang dah besar ni"

heheheheh, aku gelak je
memang ibu ayah boleh bagi nasihat
yelah diorang pun niat nak bagi jalan paling mudah untuk anak-anak
ya, aku faham

tapi, si anak pun ada dia punya "goal" tersendiri

dengan ibu bapa aku ni senang, sebab ayah ibu jenis yang tak suka paksa anak tentukan jalan hidup
tapi, aku faham juga, sebagai ibu bapa, dia nak yang terbaik dan paling penting termudah untuk kita

kalau dengan ibu ayah, kalau aku berselisih pendapat dengan diorang, aku buat macam ni,
1) terangkan dengan rasional pendapat kita
2) terangkan kita punya jalan ke arah matlamat kita
3)gunakan suara yang lembut, tapi kena ada ketegasan
4) jangan nampak kita ragu-ragu dengan matlamat kita

selalunya, aku menang
kalau aku kalah, maksudnya aku nampak alasan ibu ayah lebih rasional berbanding aku

dan aku percaya komunikasi dua hala
aku bagitahu apa impian aku, apa rancangan aku
kalau takde rancangan, aku akan cakap "akak main terjah je"
kalau aku ada masalah, walau sekecil  kes printer aku buat hal pun aku report dengan ayah ibu
sebab, ayah ibu tu keutamaan kita, orang penting dalam hidup
jadi kenalah berkongsi suka duka segala kan?

p/s" alhamdulillah, ayah is getting better, muka pun dah berseri balik, still, kena haemodialisis
ramai tanya ayah sakit apa
banyak sakit ayah..........

Thursday, September 13, 2012

so so so so

so......


when was the last time i updated my belog? huh?

alhamdulillah, aku berjaya meng-graduasi-kan diri aku
the convocation will be on 4th october
aku gembira sebab berjaya dapat A untuk bioinfo tu
pergh, tak sia-sia amek sem khas, ulang alik rembau-kl tetiap minggu

so.....

raya tahun ni, soalan paling feymes aku dapat
"farhana lepas ni nak buat apa"
i kindly replied "nak sambung, insya Allah"

so....

cuti ni buat apa?
i'm not simply goyang kaki at home, ok?
lots of thing to be taking care of

a week after raya, memang pemalas tahap gaban
puasa ganti straight seminggu
and ayah admitted into hospital, again, after nearly two years
and now, the condition worsen
i must say i fought back tears during that time, accompanied ayah, took care of adik-adik while my ibu's turn to be at hospital with ayah
and lots more 
dua minggu yang mencabar

baru dalam dua tiga hari ni kami sekeluarga boleh bernafas
ayah dah balik rumah

so.......
aku dapat panggilan interview uitm (tenaga pengajar muda) punya biasiswa
tapi aku tak pergi pun
waktu tu kelam kabut dekat rumah
sebab ayah nak check out, nak pergi kpj lagi nak buat fistula, nak hantar buat haemodialisis lagi
memang ada rasa terkilan tak pergi
and my ibu, atuk, mak wan encouraged me to go
tapi, bila aku fikir balik, aku bukannya suka sangat benda yang ditawarkan tu
lepas tu aku terkilan pun sebab terkilan tak merasa pergi interview
terkilan sebab tak pergi puaskan hati sendiri, not for the sake you really, desperately need it
jadi aku fikir, that's selfish, because if you go, akan menyusahkan ramai orang
so, i choose for not going

so...
sekarang buat apa?
tunggang terbalikkan kepala nak siapkan proposal
nak hantar kat upm

so....
good bye ^^


Tuesday, August 21, 2012

salam aidilfitri

salam aidilfitri
maaf zahir dan batin

ucapan cliche hari raya
bagi aku, cukup ringkas dan padat
maaf yang merangkumi segala keterlanjuran fizikal, emosi dan mental kepada seseorang

raya ni, pertama kali raya di rumah sendiri
oopss, itu parents aku lah
aku dan alang dihantar ke rumah atok dan makwan sebagai orang kuat
yalah, rumah atok makwan tu tetamu nya ramai
lepas satu team, satu team datang

memang berkejar lah dari dapur ke ruang tamu
angkat gelas, cuci gelas
angkat balang kosong, isi kuih
refill air

dan jarak antara ruang tamu dan dapur, entah berapa puluh meter, mungkin 70 atau 100?

raya tahun ni, aku ambil keputusan tak mahu ikut beraya rumah orang
alasan: nak tolong atok makwan
realiti: malas nak gerak..heheheh

dan raya tahun ni aku berlegar dalam empat tempat ini: dapur-dining hall (kuih letak kat situ)-ruang tamu-ruang TV

malam balik rumah, tidur awal sebab penat habis

Tuesday, August 14, 2012

pisah

Ya Allah

sekejap sungguh masa berlalu
sedar tak sedar dah tiga tahun, huh?
final payyper: basic bioinfo alhamdulillah dah habis dijawab

tiga tahun degree
empat tahun aku di bumi UM ni'
sudah ramai orang aku kenal
yang dibuat kawan

lepas ni semua orang berterabur dah
yang sambung master, yang kerja

kali ni, dah masuk fasa lebih dewasa

*senyum

Wednesday, August 8, 2012

fasa baru

buka facebook

ha, hambek kau, satu lagi orang jemput ke walimah
dari kawan batch aku kat seseri

1 september- kahwin farah kat kolej 9 UM (ayah dia pengetua)
2 september-kahwin eqa dekat klang

oookey,

budak-budak Calyx (calyx ni nama batch kitorang) dah banyak yang bergerak ke fasa yang lain
ada beberapa yang bertunang, termasuklah kawan dorm aku sendiri
yang nak bernikah dalam masa terdekat ni 2 orang di atas
yang dah dapat kerja pun ada

yalah, sudah bergerak ke fasa seterusnya
umur pun sudah meningkat, kan?

aku pun kiranya bakal melangkah ke fasa lain juga lah ni
gementar juga lah, ada juga pemikiran "kalau aku tak boleh buat, macam mana?"

ibu pesan, kalau hendak, jangan main cakap sahaja, bertindak cepat

mula-mula, sempurnakan pengisian borang dulu

bismillah

Sunday, August 5, 2012

Dato' Lee Chong Wei

aaaaaaannnndddddd....
there goes our free BR ice cream

olalalala~
aku bukannya sokong lee chong wei sebab ice cream
lebih kepada semangat nak tengok emas pertama negara di pentas olimpik
malangnya, tiada rezeki, heh
perak

itupun lebih baik
berdasarkan tweet rakan-rakan di twitter
he put a good fight, especially during the rubber set
neck to neck tu
kita yang baca kat timeline ni pun dah ada gaya kena cardiac arrest

konon buat terawih solo sebab nak study esok ada test
last-last study ke mana, baca timeline #DLCW

anyway, congratulation Dato' Lee Chong Wei

#tengok majlis bagi medal, sedih tengok muka Lee Chong Wei

p/s: sambung study

teksi!

sepanjang sem khas ni,
aku tumpang kolej kawan dari ahad petang sampai rabu pagi
tiap-tiap minggu lah aku musafir kurang 2 marhalah dengan ktm
sampai stesen midvalley, aku ambil teksi ke kolej

dulu masa mula-mula kelas dulu, aku naik bas juga dari mid.
bila dah masuk bulan ramadhan, eh, bukn, bila terasa penatnya berjalan dari pondok bas ke kolej 5, aku terus bermurah hati nak tambah pendapatan pakcik pakcik teksi

panjangnya mukadimah *sigh

aku suka sebenarnya naik teksi.
iyalah, satu, sebab aku tak payah susah-susah naik bas
lagi satu, aku suka berborak dengan pak cik teksi
*dasar mulut murai

seronok tahu, berborak dengan orang yang kita tak kenal
macam-macam cerita boleh kongsi sepanjang perjalanan yang beberapa minit tu
tapi, ada je pak cik teksi yang senyap sepanjang jalan, jadi aku pun senyap sahajalah, melangut pandang luar

tadi, aku naik teksi ni,

pak cik: balik dari shopping ke dik?
me: taklah pak cik, saya dari rumah ni
 *sambil betul beg balik kampung **sambil hati kata "amboi, pakcik, beg besar macam ni pakcik kata shopping
pakcik: kampung kat mana
me: seremban, eh, rembau *see, aku still tak dapat nak biasakan cakap aku duduk rembau

pakcik: oh, ayah saya dulu duduk seremban, dekat labu, kadang-kadang datang jugak rembau tu dulu
me: oh, sekarang duduk kl je lah, pakcik
pakcik: haah, yelah, senang cari rezeki kat kl
me: yalah, rembau tu, bukannya ada apa sangat pun
pakcik: sesuai orang nak pencen

ok, aku malas nak taip sesi dialog. pakcik tu cerita lah, senang lah orang kerja kerajaan (merujuk kepada ayah aku), bila dah pencen tak payah susah, pencen masuk. aku senyum aja
pakcik ni ceritalah, dulu dia kerja berat, susah nak puasa penuah, iyalah, penat, haus.(aku suspect dia dulu kerja buruh, kot)
bila dia jadi pemandu teksi, dia dapat puasa penuh, hantar anak bini shopping

aku terfikir, susahnya lah ya hidup susah, iman nak kena kuat,
nak kena cari nafkah, nak jaga ibadah lagi
lagi-lagi hidup zaman duit itu raja

kita yang hidup senang ni, ibadah pun malas....

tambang teksi: rm 7.40, mahal? alah, anggap kita tolongorang cari nafkah, insya Allah, dapat balasan yang baik

dan, aku suka naik teksi sebab
pak cik teksi akan kata "pak cik doakan anak ni habis belajar, cepat dapat kerja"

aku suka orang doakan aku ^^

Thursday, July 26, 2012

time

woaha!

time really flies fast

tomorrow, will have theory test on bioinfo
in two-three weeks, will having an exam

i guess, it's time to shift the gear, and time to do some revision, heh?

time really flies fast...

Monday, July 23, 2012

compatibility



listening to this before zuhr

i agree with kak dina

most important things for marriage are
you and and the other person are compatible in terms of
-thinking
-planning for your future

to me these two things are important, most
after his iman, his akhlak

because, i don't think i can live with a man
whom i could not share ideas
whom i can't debate regarding something
whom completely 'katak bawah tempurung'
whose mind is so disclosed
 



Thursday, July 19, 2012

ramadhan

ramadhan tiba ramadhan tiba
marhaban ya ramadhan


hehehe
berkesempatan lagi tahun ni, insya Allah


 
credit: krayonjingga

nak share status our Yasmin Mohaged

As we enter this blessed month of mercy, I give you this advice to myself first, and to you all:

Don't let this Ramadan be just a holiday of rituals. 
-Don't finish reading the Quran without it transforming you. 
-Don't feed your body at suhoor, but starve your heart of Qiyam.
- Don't reduce this downpour of mercy to just a month of sweets and lavish iftars. 
Seek Him, you will find. Take a sincere step towards change, transformation, redemption. 
If you do, you will find Him in front of you. Find Him this month. He's been there all along. Closer than your jugular vein. Look and you'll find. Walk and you'll arrive.
 p/s: rumah full house hari ni, budak gemencheh turun rembau, it's about time..sejak pindah rembau belum pernah lagi rumah ni cukup ahli

result

alhamdulillah

officially, result dah keluar kat myum
tak payah nak hack2 lagi -.-'

pass with distinction
projek hari tu dapat A
kali ni subjek paling low pun b+ (ok, ade 2 subjek)

alhamdulillah
senyum

er,
kenapa waktu  hack ada tulis dalam senarai dekan
kali ni takde?

oh well, still,
one more subject nak maintain cgpa

p/s: pesta ibadah dah bermula

Tuesday, July 17, 2012

ramble

life...
is not ideal
have to take into account all the external factors

-meminjam kata-kata seseorang

\  
pinjam dari cik hlovate



 so, which game d'u wanna play, huh?
either taking risk

or, simply, follow the normal life template


in life
sometimes we'll facing gaps
which require you to jump to get to other site


so, which game d u wanna play, nurin...

Friday, July 13, 2012

keluarga iskandar

waktu cuti macam ni (cuti lah sangat, padahal tengah semester khas)
memang seronok lah
bila tumpang bilik kawan kat UM pun seronok jugak
memanjang tengok movie kat laptop sambil gelak-gelak
sampai kena sound kat jiran floor =.=''

bila habis kelas balik rumah
tengok tv, tolong masak, sapu rumah, makan dan makan dan makan
bertekak dengan ibu, bergaduh dengan ayah, bertumbuk dengan adik, rebut remote
akhirnya, aku dan angah berjaya mencapai kata sepakat
pembahagian jadual take over tv pada wktu malam
kenapa aku ngn angah je? sebab orang lain dah tidur pukul 10
tinggal aku ngan angah je lah duduk depan tv, laptop
sekarang ada satu kerja untuk aku ngan angah
"kejut syahmi bangun kencing"
sebab dah 2 malam berturut ada orang banjir atas katil..-.-''

aku nak cerita pasal cerita melayu yang aku tengok ni

KELUARGA ISKANDAR

baru ditayang kat astro prima 3 julai pukul 10 malam
cerita ni cerita bersiri (sitkom)
aku tengok ulangan hari rabu pukul 11malam jelah,
yelah, selasa tu aku kat UM lagi kan

cerita ni pasal keluarga mak jah dengan anak-anak dia, Abang Long yang bernama Aziz Iskandar (Hilal Azman) dan dia ada seorang anak, diikuti oleh Azman Iskandar (Sobri Anuar) yang berkahwin dengan Kamariah Abdullah (Susan Lankaster) dan Azura (Anita Baharum) yang bersuamikan Kamal (Azhar Sulaiman). Tiga lagi anak Mak Jah ialah Uda berada di luar negara, Azlan (Zain Ruffedge) yang beristerikan Nur (Kuni) dan si bongsu Adibah (Hiera Hassan)
aku suka tengok cerita ni sebab cerita ni macam REAL LIFE punya cerita
pergolakan biasa, macam pergolakan dalam family sendiri
macam kes beli makanan banyak-banyak masa nak berbuka
macam kes emak pening keputusan periksa anak
macam family biasa-biasa
pelakon-pelakon pun berlakon lepak, santai
macam memang tengok sebuah keluarga melayu betul-betul
 
cerita ni konflik nya tak mengarut sangat
dan lagi satu, cerita nya habis konflik dalam episod tu jugak
 
 
p/s: ibu saya beli tv baru, wehee!!!
p/s/s: angah dapat masuk UTeM, amek telecomunication electronic engineering...alhamdulillah, risau jugak kalau2 dia kena lelong ke ape

p/s/s/s: bab yang bergaduh dengan family tu, gaduh2 manja, ok...aku kan suka mengusik orang


Thursday, July 5, 2012

pening

tengah cari nama-nama lecturer dengan research expertise diorang

pening

aku pun masih berbelah bahagi sama ada nak buat stem cell research atau nak buat bahagian embryo work


pening

Friday, June 29, 2012

penyayang katanya

siapa suka bayi atau kanak-kanak?

ohoh, sungguh penyayang
jadi apa yang kamu suka sebenarnya?
masa dia comel, tak meragam

bila budak tu dah besar sikit, nakal
mula baling-baling barang
mula panjat sana sini
mulalah tak layan, tak suka

aku rasa kasihan pada budak begini
yalah, masa kecil dulu, bukan main disuap makan, dimanja
bila umur menginjak 4,5 tahun semua orang buat endah je

aku selalu nampak (terutama waktu kenduri) gadis-gadis konon penyayang
hanya layan yang kecik2 sahaja
yang berlari ke sana sini dibiar sahaja, nak sendukkan lauk ke pinggan tak mahu tolong

bias
penyayang sepatutnya universal
macam suka haiwan
babi anjing pun sepatutnya disayang

aku?
heh, aku kakak yang garang
aku layan adik-adik aku je

Thursday, June 28, 2012

dah lebih seminggu duduk rumah


enak-enak sahaja
semester kahs dah bermula, tapi kelas kami belum mula lagi

duduk rumah, menternak lemak je lah
hari ni pun, dah berapa banyak juadah aku sua ke dalam mulut

heaven...


Wednesday, June 20, 2012

it's time to say goodbye, then

teringat masa masuk 4th dulu-dulu
punya lah terkedu tengok bilik aku
walaupun aku dah cakap pada diri sendiri, 4th is not gonna be as comfy as 12th (aku PASUM dulu)

oh well, if i survived SESERI, i'm so gonna make it here

three years comes and go
aku masih lagi di floor yang sama, b200

dan tiba masanya untuk ucap selamat tinggal

untuk mereka yang dah ibarat adik beradik


ye, kita bergelak ketawa, bergossip, menangis, bergaduh, tarik muka
aku ucapkan terima kasih sebb tolerate aku punya perangai
sorry for being insensitive, ego, sarcastic, and all those jerky things
i am a jerk, yes...
i always love all of u guys
no matter what
 
untuk teman seperjuangan

terima kasih untuk semua
even segila mana pun subjek kita
sepenat mana lab kita
kita lagi gila




untuk projek-projek yang pernah aku masuk

aku belajar banyak benda, terima kasih

apa lagi ya

oh ye, nak masukkan juga lah

dan untuk seseorang yang aku simpan kemas kemas rasa manis selama tiga tahun ni...
rasa manis yang terlebih gula


memori yang banyak
susah untuk aku terjemah dalam satu entry ni

terima kasih,
buat semua yang mewarnai hidup aku selama tiga tahun ni
ibarat dihias dengan warna pelangi

alhamdulillah

kalau pandang ke belakang sikit

tahun akhir aku kat UM, banyak betul cabarannya

dari awal-awal masuk dengan kena repeat paper biochem
gara-gara lulus pinggiran
dengan fyp yang terpaksa 2-3 kali tukar spesies
duduk dalam lab, korban masa cuti tapi last2 tetap tak menjadi
dengan masalah result fyp tak dapat-dapat
kesuntukan masa nak taip thesis
dengan assignment dan test menimbun

itu tak termasuk masalah personel,
yang aku humban jauh-jauh buat menyemak kepala je

dan, akhirnya

ALHAMDULILLAH

hela nafas lega

revenge untuk biochem berakhir dengan A 
malam-malam di lab telah membuah hasil
presentation selama 12 minit telah dibentang dengan bergaya
soalan dr. sufian dan dr. lim telah berjaya di jawab dalam sesi QnA
thesis setebal 121 muka surat dah berjaya dihantar
4 paper untuk semester 2, alhamdulillah, selesai

payahnya usaha, pahitnya gagal, manisnya kerja dah siap
dan kini, hanya untuk menunggu keputusan
dan subjek bioinfo untuk semester khas

lega....
syukur

-terima kasih yang terlibat dalam hidup saya selama ni-

Tuesday, June 19, 2012

cloning

lepak kejap

esok exam last paper, bro!

kalau baca pasal cloning ni
bila aku tengok argument diorang yang sokong, bantah

anyway, it's all about ethics
and ethics based on what they believe is true

ada orang consider embryo yang baru 2,3 hari tu as human being
ada tu consider masa zygote tu lagi as a human being (gila kritikal)

teringat ibu cakap
"akak nanti jangan lah buat cloning2 manusia ni"

but, it depends on ethics, on what you believe what's right or not
kalau aku senang je, believe what Islam what had thought
jaga nasab keturunan, jadi cloning manusia, let say aku nak anak aku macam aaron aziz, aku amek cell aaron pastu letak kat aku punya ovum
tak boleh, bro, zina pun diharam sebab salah satunya penyebab kecelaruan nasab keturunan

so, regarding the killing-embryo-no-matter-how-old-embryo-it -is-illegal stuff,
aku baca dekat sini

Menurut para doktor, peringkat sebelum berbentuk ialah peringkat dari hari pertama hingga 40 hari seseorang itu mengandung. Majoriti para fuqaha’ berpendapat pengguguran yang dilakukan diperingkat ini adalah makruh dan disyaratkan dengan tiga syarat iaitu persetujuan daripada kedua suami isteri, tidak mendatangkan bahaya dan kenyataan daripada dua orang doktor pakar yang adil.


so, lepak lagi, baca lagi (nurin, ko ade exam esok, ni bukan masuk exam pun)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-67 yang bersidang pada 22 Feb 2005 telah membincangkan Hukum Pengklonan Terapeutik Dan Penyelidikan Sel Stem (Stem Cell). Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pengklonan Terapeutik untuk tujuan rawatan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu atau menggantikan organ yang telah rosak dengan mengambil kira langkah-langkah sempadan yang dibenarkan oleh syarak adalah diharuskan.
     
  2. Harus menggunakan embrio yang disimpanbeku atau lebihan embrio dari proses persenyawaan di luar rahim (IVF) untuk tujuan penyelidikan dengan syarat mendapat persetujuan pasangan suami isteri yang menerima rawatan dan kajian tersebut dilakukan sebelum mencapai tahap 'alaqah (blastocyst).
kalau nak tahu lebih lanjut

baca ini dan ini

Monday, June 18, 2012

random

call rumah tadi

mengadu kat ibu lah phone rosak
ibu selamba cakap "akak pun selama ni tak kisah phone tu jatuh ke apa"

lepas tu, terdengar suara kat belakang

"beli lah phone murah je"

suara, encik lawyer tulah, syawal

Sunday, June 17, 2012

bacaan

aku ni

kena banyak baca buku political science, current affairs, falsafah, sejarah
bagi terbuka lagi minda aku ni
yalah asyik menghadap jurnal sains
itupun tak banyak mana


aku pandang diri aku ni
macam orang tak reti beri pendapat sendiri
beri pendapat berdasarkan bacaan yang terhad
tak pandai nak kritik sesuatu pendapat secara berdepan
walaupun otak dah fikir, "eh, mana logiknya?"


tak dinamik langsung aku ni

p/s: aku rasa 'ditegur' Ustaz hasrizal....  ada siapa2 nak cadangkan bahan bacaan dari aspek sains sosial ni?

takde perasaan, takde mood

time exam ni lah banyak dugaan kecik
time nak berjimat cermat ni lah banyak barang mintak ditukar ganti

ye, henpon sayang rosak
hilang suku nyawa rasanya
mananya nak contact orang, ibu ayah
mananya nak kejut tidur
mananya,argh, macam-macam lagi

nasib baik roomate ada henpon lama bagi pinjam sampai balik nanti
ini pun entah siapa punya nombor mesej aku entah
sebab no dalam sim kad sikit je

mood aku memang tak berapa baik dah ni
lazy bum
pergi photoshoot memang takde mood langsong

lantaklah orang marah
bak kata orang marah 'mcam taik'

memang macam taik pun rasa, malas nak gerak
duduk atas katil, hafal nota, lepas satu chapter, tidur

oh, memang mcm taik

p/s: maaf, memang hari ni bahasa pun macam taik

Friday, June 15, 2012

thesis

alhamdulillah

thesis dah berjaya dihantar
121 muka surat, tak termasuk acknowledgement, bagai

leganya hati, Allah je yang tahu

menyambung saki baki perjuangan
2 paper lagi untuk semester ini
mohon diberi kekuatan untuk belajar

p/s: kurang seminggu je untuk bersama dengan kawan2

Saturday, June 9, 2012

i've been thinking

kalau kita download dan convert bacaan Al Quran dan selawat serta zikir dari internet

halal kah?

kalau tidak, di mana berkat nya?

Friday, June 8, 2012

orang kampung

apa salahnya jadi orang kampung?

oh, kiranya
kalau tidak berpakaian mengikut aliran fesyen terkini itu kolot
terus, dilabel kekampungan

kiranya kalau tidak fasih berbahasa inggeris itu kolot
lantas, dilabel kekampungan

jadi, bagaimana sifat orang bandar?
yang dibangga-banggakan
konon, up to date

peribadi yang hebat seseorang itu
dinilai dengan
-cara dia berfikir
-keyakinan orang itu
-kesantunan peribadinya

dan ini semua, ialah hasil dari didikan iman, kan?

lagipun,
tak guna berpakaian konon kebandaran
kalau bahasa diguna pun penuh caci maki
kalau inggeris pada bahasanya itu sekadar masukkan satu dua perkataan inggeris
kalau nak ke hadapan pun malu-malu
nak beri pendapat pun, susah

tak guna, kolot

aku rela jadi orang kampung
kalau setakat 'bandar' hanya pada pakaian
bukan pada pemikiran

Tuesday, June 5, 2012

rindu


aku jadi rindu

pada rumah besar di rembau


ruang tamu


bilik saya ^^

ruang makan keluarga
seronok belajar sini, angin masuk



pada ayah dan ibu
tengok lah kakak ni, pemalas


pada adik-adik yang nakal
sorry ye tak dapat balik cuti sekolah ni T-T


pada masakan ibu yang cukup rencah


pada atuk, wan, atuk, makwan

wan dan atuk belah ayah



pada 2 kucing yang menumpang teduh di anjung rumah (rindu ke?huh)


pada gunung belakang rumah yang disapa awan yang mesra

kadang kala melangut pandang gunung


hai cik nurin
thesis tak siap lagi
exam tak mula lagi

Friday, June 1, 2012

habis thesis defense



muka gembira semua orang lepas habis thesis defense

ni belom grad lagi, time konvo nanti entah-entah berseri-seri sampai silau dewan

row depan tu lecturers, lecturer yang paling kiri tu paling menakutkan, sebab dia memang tanya hampir semua orang masa Q&A

alhamdulillah

sekarang, thesis writing, study untuk 4 paper semester ni

dan semester khas 

insya Allah, lepas tu, pakai jubah konvo 

^^

Thursday, May 31, 2012

thesis presentation



tu dia,

senjata untuk perang esok


please pray for us, the final year students of Biotech UM


p/s: harap esok jengan tembak kaw2 lah

Monday, May 28, 2012

akan rindu nanti

biotch 09/10

snsd (tak cukup ahli)                               
                   








Friday, May 25, 2012

memperbaharu cita-cita

nak lihat Allah di syurga
nak jumpa nabi Muhammad di syurga
nak jadi mausia yang bermanfaat


insya Allah

usahanya, nurin..
Allah lihat pada usaha


Wednesday, May 23, 2012

tekanan akademik

dua test satu hari
dua presentations satu hari

yelah, rasanya Allah ajar aku untuk bersedia hadapi dua paper satu hari

aku masih tak puas hati, kenapa minggu terakhir ni ada 5 test
sepatutnya waktu macam ni minggu taip thesis

takpelah

things don't kill u, make u stronger

bertahan nurin

aku melalui fasa sukar dalam sebulan ini
tekanan akademik
takpe, semua ini akan berakhir selepas kertas terakhir

aku amat positif aku akan ada penamat yang gembira
tawakal pada Allah

^^

Tuesday, May 22, 2012

just me saying

"nurin ni, lagu pelik pelik di dengarnya"
"huh?"
"yelah, lagu band mana entah, tak pernah dengar pun"

friend, i'll take that as compliment

nama pun indie band
best tau lompat-lompat lagu tengok underground-band-dari-ceruk-mana

some of the songs are good
some, well, not my taste
some, er..maybe, at this age, i can't tolerate the screamo, heavy metal

kalau orang kata lagu indie entah apa-apa
aku cuma boleh cakap
kalau kau pandai cari band, ada je band yang lebih baik lagunya dari sedetik lebih (random)

malah, mesej yang lebih berguna dari kebanyakan lagu cinta

tapi kalau salah cari, kau jumpa ah lagu yang aku kelaskan "mengarut"

p/s: aku ada border line aku sendiri dalam berhibur
yes, aku dengar lagu hangguk kepala, band entah-ceruk -mana
yes, aku hangguk kepala, dengar lagu macam tu
tapi nak jejak kaki ke gig, konsert...
nak jejak karaoke
nak jejak wayang

that's the borderline
untuk korang, it's up to you
untuk aku yang terlebih hiburan, cukuplah nurin, ingat mati

Sunday, May 20, 2012

satu jun

1 jun - presentation thesis

aku punya turn, no 3
dalam pukul 9, insya Allah

eloklah awal pagi
aku ni bukan jenis tahan tekanan sangat
bila dah tertekan lama-lama
mulalah tak rasa apa apa
sampai nak present pun dah keluar gaya malas

ada kawan aku kata
aku ni dah pro bab presentation
*gelak besar sambil keluar air mata

pro lah, semester ni je sudah 5 kali aku ada presentation, ke 6?
ada aku cerita yang aku kena present 2 kali dalam satu hari?
memang hari khamis hari itu, aku rasa nak mintah gara-gara tekanan nak present

bukanlah
aku bukannya pro sangat pun
manusia biasa
darah gemuruh juga bila present

aku kalau present aku kurang gugup mengenai bilangan audiens
aku lebih takut kalau
aku tak present dengan baik
gagal jawab soalan
kena hentam cukup-cukup time present
tergagap sedikit
baca slaid time present

ya, aku mengaku aku ni ada penyakit perfectionism
kalau present aku tak perfect, aku akan sedih
(okey, mungkin orang kata poyo, tapi ini memang KELEMAHAN aku)

kalau nak tahu, aku seorang pelakon yang bagus
kononnya present dengan kofiden
muka senyum
tapi dalam hati, Allah sahaja yang tahu
dan aku betul2 tahu, betapa hancurnya aku menjawab soalan
ya, aku juga menipu untuk jawab soalan

aku harap, aku akan selamat presentation thesis kali ini
dapat present dengan baik
dapat jawab dengan  baik
dan selepas present, aku nak makan kuih banyak-banyak sambil minum teh
sambil tengok kawan-kawan aku present

p/s: all the best untuk kawan-kawan tersayang ^^

Friday, May 18, 2012

just saying

i hate it when my friend

have a boyfriend
a boyfriend who is over protective

"don't go here, don't go there"

pfft~


p/s: girls, he's not even your husband
it's okay if it's your ayah or ibu, just not let others do that

peace 


Sunday, May 13, 2012

mother's day katanya

kata hari ibu haram

tapi ramai 'anak soleh' buat status sayang ibu dekat fb hari ni



lagu ni cool, bro

belajar sains, kau appreciate banyak benda


appreciate ibu anda hari-hari
dan ayah juga, walaupun variable inheritance dari ayah tu sikit dari ibu


sekurang-kurangnya hari ibu ramai yang luang masa balik jenguk ibu
at least ada
ada siapa2 pergi church hari ni?
mother's day katanya

Thursday, May 10, 2012

muka tak malu

curi masa nak menulis..ngee

'why you look a bit moody today?'

ada seorang kawan aku tegur tadi
maybe aku tak senyum sangat waktu pass thermometer
yelah, selalunya aku ceria sahaja agaknya

aku akui
minggu ni fokus aku agak teruk
hari tu ada kawan tanya pasal eksperimen
entah apa aku jawab, nasib baik lah kawan aku tu tak tersalah eksperimen

maaf kawan

tu belum kes aku tak ingat orang pesan suruh buat sesuatu

haish

kawan aku pun tegur 'muka kau nampak penat'

penat otak
letih badan
tidur mati
selera makan pelik

ya, aku mungkin agak tertekan dengan kerja menimbun dan due date dalam masa yang sama

dan seorang kawan aku mengadu yang ibadah pun tak khusyuk sebab penat sangat
buat aku muhasabah balik
berapa banyak rakaat solat yang aku actually khusyuk
baca Al-Quran sehelai sehari pun macam terpaksa
solat sunat dah memang burn

tu belum galaknya gatal bercerita pasal orang itu, ini

tampar muka sendiri la nurin

Saturday, May 5, 2012

pesan

aku ingin berpesan di sini

belajar kawal hati, emosi
belajar buat pertimbangan dengan akal yang rasional
benar, kita tak sempurna
kadang kala emosi mengkaburi pertimbangan

aku juga
ada tindakan aku yang rasional nya tidak difahami orang lain

jadi

jangan terlalu negatif
jangan terlalu banyak fikir benda yang remeh

aku kira sudah berkali mengulang pesan
mungkin salah sendiri tidak tunjukkan jalan

tetapi, akhirnya,
diri sendiri sahaja yang dapat menyelamatkan kamu sendiri

akhir pesan ini,

walaupun aku memilih untuk berhenti bicara denganmu
kerana terlalu letih
(ya, ada tindakan aku yang rasional nya tidak difahami orang lain)
atau kamu yang memilih untuk berkerat rotan

ketahuilah;

aku tak pernah melupakan kamu semua sebagai sahabat
salah kamu aku maafkan sahaja
dan kamu masih lagi tergolong dalam mereka yang ada dalam doa
semoga sejahtera selalu
dan aku doakan berjaya dunia akhira
aku ini orangnya
happy go lucky
dan satu tabiat aku
aku akan tinggalkan semua yang menyedihkan
untuk pastikan aku gembira

aku ada kelebihan
untuk tutup rasa sedih
dan turn on suis gembira alu
dan yang sedih itu memang akan hilang

kecuali kalau aku diingatkan

dan untuk tidak diingatkan
aku memilih untuk tinggalkan

tak faham?

motif di sini
tolong jangan buat aku sedih
tolong jangan buat aku letih

jangan sampai aku tidak peduli
dan melangkah jauh pergi

sebab sudah tabiat aku
kalau sudah sakit hati lebih sekali
tinggalkan sahaja

mungkin sebab nama aku, cahaya kegembiraan
menggembirakan orang ialah satu tanggungjawab
dan untuk jadi gembira juga satu tanggungjawab menjadi aku

Wednesday, April 25, 2012

*eh, blogger ada rupa baru!

pukul 9.30 malam, phone call

me: tengah buat apa?
syawal: awal ada gerak gempur tak lama lagi ni *dasar budak upsr
me: ha, buat elok2, banyak2 kan latihan tu *gaya kakak mithali
awal: kakak tengah buat apa tu?
me: baru bangun tidur
awal: HA!BARU BANGUN TIDUR! AKAK TIDUR PUKUL BERAPA?

hihihi..kalau cakap dengan syawal si lawyer tu (okey, kitorang cakap syawal boleh jadi lawyer sebab suka membebel dan suka bagi idea pelik tapi bernas), macam tu lah jadinya

sekarang ni tengah sibuk timbang callus. sedang sibuk ambil data untuk final year project, alhamdulillah
tapi, memang berjam-jam aku duduk depan penimbang tu
yelah, bukan sikit nak kena timbang

bila balik dari lab, i am physically and mentally tired
hasilnya, magrib dah panjat katil dah
a friend told me years back that sleeping after maghrib is not a good habit
but i think, after maghrib prayer, two pages of Al-Quran with the tafsir,
an hour of sleep would be nice, heh?

i need to recharge myself too, hee

p/s: i am a bit down when some of my friends still unable to get their results for fyp, the viva is just around the coner
and i feel bad for merungut tired of weighing the callus T-T
p/s/s: need to sleep again, it's 12am

Thursday, April 19, 2012

duit

hahahaahaha

jangan perasan
bukan anak raja bakal perwaris takhta kerajaan
bukan anak kaya harta cukup tujuh keturunan

jadi,
beringatlah
memang duit tak bawa ke keranda
tapi bukan lesen sewenang-wenang nak membuang duit
harta kamu itu satu amanah
nanti akhirat ditanya Allah "duit buat belanja apa?"
nak jawab apa?

p/s: anak muda sekarang hidup senang, tak pernah rasa susah tiada duit. aku pun anak hidup senang, tapi aku tau tak selamanya ayah boleh hujankan aku dengan duit.
aku sedar
sejak dua menjak ni
aku malas nak keluar
nak ke mall window shopping malas
nak pergi mana-mana pun malas
kot iye pun, rajin balik rumah

mungkin rasa kaki terikat dengan assignment, thesis
mungkin sebab duit tu sekarang aim nak kumpul sebab nak guna untuk belajar
mungkin sebab menyampah

cakap dengan ayah ibu
"baguslah, fokus siapkan kerja tu"

better get some work done

Wednesday, April 18, 2012

bersyukurlah

melawat blog lutfi fadil


selama ni, kita suka lihat orang yang mempunyai lebih nikmat dari kita
dan lupa akan saudara-saudara kita yang kurang segala-galanya

bersyukurlah nurin

walau kau tak kaya mana
sekurang-kurangnya kalau ada masalah, duit masih boleh diminta pada ayah ibu

walau tak genius
sekurang-kurangnya masih punya akal yang baik

walau tak mewah makan
sekurang-kurangnya kau tak berlapar sebab akaun bank kosong

bersyukurlah
kau masih ada keluarga
dan tak pernah kurang kasih sayang sejak kau hidup lagi
kau mempunyai kawan-kawan yang baik

dan kau masih ingat dosa pahala

tak semua orang beruntung, nurin

Saturday, April 14, 2012

pengurusan emosi

ada kawan yang cukup baik berkongsi
jadi aku taip sahaja di sini
untuk berkongsi
(dia dapat dari perkongsian Ustazah Fatimah Syarha)

ubat terbaik untuk mengurus emosi

1) Cara kita memandang masalah secara positif atau negatif
- kalau kita lihat secara positif, maka outcome nya positif, insya Allah
- bak kata Prof. Dr. Muhaya "reset minda, fikir positif"

2) Kalau kita jaga Allah dalam hidup kita bersungguh-sungguh, Allah akan jaga kita
-selama ni pun memang Allah yang jaga kita, tapi kita kena jaga HUBUNGAN kita dengan Allah
relationship dua haa tu kan lebih baik dari sehala

3) Mintalah dengan sabar dan laksanakan solat
ha, ni kan ada dalam surah Al-Baqarah ayat 45 kan?

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu’.

4) Ingat Allah
-ingat Allah hati tenang kan?

5) Banyakkan senyum
-pukk kena kat aku!! hehehhe, banyakkan senyum, nurin

"orang yang bijak, tak dikuasai emosi, tapi menguasai dan mengurusi emosi"

p/s: eh, ter-post dua entry pulak hari ni

pemikiran sempit

duduk-duduk rehat minda baca blog orang lain
baca pendapat orang dekat group facebook

kadang-kadang aku terfikir
ini ke mahasiswa, kononnya

aku paling kurang gemar bila ada orang yang kata

"buang masa masuk u, lepas tu, aku menganggur jugak"

oh ye, aku lupa
mentaliti orang kita
masuk u, lepas tu terus dapat kerja best-best gaji besar..pfft~

di mana ya rasa "masuk u sebab nak ilmu" tu

ingat, tiada istilah buang masa dalam tuntut ilmu
tiada istilah buang duit dalam tuntut ilmu

betul orang kata, kualiti mahasiswa dah makin kurang
p/s: oh, aku tak cakap2 sahaja kat entry ni, aku pun dah bagi pendapat aku, kalau dia nak terima, terimalah

Friday, April 13, 2012

better get some work done




jangan fikir hal remeh
fokus, nurin, fokus sampai garisan penamat

Thursday, April 12, 2012

antara dua jalan

menopang dagu
menghantar pandang ke langit kelam

senyum

teringat zaman masa pakai skirt
sapu tangan selit pada pinggang skirt
dan otak hanya perlu fikir
"nak main basikal ke nak main zero lubang tikus"

senyum kelat

enam belas tahun berlalu
dah dewasa
banyak perkara besar kena fikir

assignment bertimbun
thesis yang perlu dimulakan segera
kumpul data projek
lab report

dan tiba-tiba
"nurin, permohonan upm, ukm untuk master dah bukak"

Allah, awalnya dah buka
ini kemasukan bulan september
aku masih lagi menimbang-nimbang

aku pilih untuk sambung belajar
sebab usia yang masih muda
semangat yang menyala-nyala
akal yang masih segar
takde komitmen
sayanglah kalau tak sambung
satu perkara yang elok untuk ada tamak ialah tamakkan ilmu

aku juga berangan fikir hendak masuk unicef atau badan volunteer yang lain
saja, untuk merasa benda baru,
sebelum melangkah masuk ke alam post-grad

tapi, satu apa pun aku tak buat lagi
borang permohonan tak hantar
borang online kemasukan untuk post grad pun aku hanya lihat sahaja

masih menimbang-nimbang

dah dewasa, masa sibuk nak merencana masa depan
dan aku bukanlah orang yang "tunggu dan lihat"
aku jenis orang yang kena berusaha dan bertawakal
kalau guna tunggu dan lihat, aku tidak bernasib sebaik itu

p/s: untuk pengetahuan pembaca, tuan belog sekarang menggunakan konsep "monolog dalaman" dan konsep "mengingat dan menegur diri sendiri"..kalau nak ambil pengajaran dari apa yang ditulis, silakan

Tuesday, April 10, 2012

sensitif

tadi dengar kat IKIMfm

"orang yang sensitif, senang kecil hati, orang yang kecil minda dia" - Prof Muhaya

check balik diri sendiri
kalau sampai mood roller coaster
mula lah terasa hati pasal benda-benda kecil...haish

kadang-kadang marah pada diri sebab perangai tak matang

belajar besarkan minda
biarlah masalah tu jadi kecil

bukan kecilkan minda

Wednesday, April 4, 2012

rumah baru

betapa eksaited nya aku sekeluarga nak berpindah rumah baru


dan akhirnya
alhamdulillah, berpindah juga
rumah sendiri atas tanah ayah
selepas 6 kali berpindah rumah

6 kali?
ye, sebab tugas ayah sebagai pendidik
bila naik pangkat, naik gred gaji
mulalah orang atas hantar surat untuk pindah tempat
hasilnya, aku yang belum bekerja, berkahwin ni pernah duduk pelbagai jenis rumah

rumah baru
tanya saja pada kawan-kawan baik aku
betapa gembira aku hendak pindah
yalah, sebab kali ini, insya Allah memang rumah sampai bila-bila
bak kata ayah, rumah terakhir sebelum ke alam kubur

jadi beberapa hari ini, sibuk mengemas
dan masih banyak benda perlu ditokok
ibu kata perlu berdikit-dikit tokok barang

rumah baru
aku suka duduk di belakang rumah
melihat langit
elok sahaja awan menyapa gunung
pemandangan yang cantik

melihat langit malam berhias bintang
sambil meneman ibu menjemur kain
dengan sudip di tangan

aku rasa berat hati nak tinggalkan rumah ahad ni

Thursday, March 29, 2012

jerangkung

i must say

fighting your own skeleton in your very own closet is hard


restraining myself, from what i believe are cool stuff back then
 and fighting myself against what i  usually did

it's hard
must say, a lot of tears had been shed

and there's a lot of bad nurin farhanah to get rid of

saying to myself, path to Jannah is not easy
and still lots need to be changed
 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger