hai..
dah lama tak menulis.
*********************************************************************************
aku sebenarnya, secretly (secretly lah sangat, padahal aku pernah gurau2 bagitau family dan bestfriends), aku nak jadi suri rumah sahaja.
bukan sebab aku malas kerja
tapi aku nak jaga anak-anak.
aku nak anak-anak aku diasuh dengan baik
makan minum terjaga
hal ehwal sekolah terjaga
yang paling penting, hal penerapan nilai-nilai hidup Islam tu
dunia semakin mencabar,
aku nak anak aku faham dan tahu, apa erti Islam, siapa Allah, dan macam-macam lagi
aku nak pentingkan aqidah
lepas tu baru masuk bab ibadah
sebab aku tak nak anak aku solat, puasa tapi tak faham kenapa dan untuk apa.
nak tekankan bab begini bukan sehari dua, tapi berperingkat
aku sekarang ni, semakin rajin baca ehwal keibubapaan, yelah, walaupun belum ada tanda-tanda nak masuk alam berkahwin
aku rasa ilmu keibubapaan ni bukan untuk didik anak-anak sahaja
memandangkan aku ada adik-adik yang masih fasa kanak-kanak-perasan-dah-matang dan fasa remaja-tapi-suka-membebel-macam-orang dewasa,
aku rasa diorang pun perlukan didikan dari aku juga.
tapi, sebenarnya, aku pun tak yakin aku suka jadi suri rumah sepenuh masa atau tak
aku pun ada cita-cita aku sendiri
ibu pun pesan, jangan tinggalkan kerjaya
yalah, zaman yang mencabar ini, duit itu satu keperluan
ibu pun tahu, aku ni, walaupun jenis low maintenance, tapi aku tak pandai hidup susah
jenis tak makan sebab nak simpan duit, bukan jenis tak makan sebab takde duit.
lagi satu, kita tak tahu suami kita ni baik ke tak
dan baiknya sampai ke mati atau lepas pencen cabut lari.
entahlah.
p.s: aku selalu berangan, dapat suami baik agama akhlak, kerja profesional kerajaan (supaya lepas bersara ada pencen tetap). jadi aku bolehlah sambung phd guna biasiswa, lepas tu jaga anak-anak kat rumah. lepas phd, aku terus jadi suri rumah sambil sibuk dengan kerja volunteer. bila anak dah masuk asrama, baru lah aku sibuk minta jadi pensyarah sambilan, sambil suami pun dah beli rumah banglo..hehhehe
tapi, dunia tak berpusing sedemikian rupa
0 orang mengutuk:
Post a Comment