assalamualaikum
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa :
"10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T antaranya :-
- Orang lelaki yang sendirian tanpa membawa sesuatu.
- Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
- Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya
- Orang lelaki budak yang melarikan diri
- Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya.(TAUBAT)
Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya
Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung
- Orang imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya
- Orang yang suka makan riba
Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hasan r.a berkata :
"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu di anggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk
paan's said:
kita sendiri tahu, di mana tahap solat kita. solat ni amalan pertama yang Allah akan hisab. kalau fail solat, memang straight masuk neraka. haish...
jom sama2 perbaiki solat kita! solat awal waktu, fahami ayat dalam solat, hayati, biar bagi khusyuk, baru best nak solat...
0 orang mengutuk:
Post a Comment