Friday, December 3, 2010

malaysian's winter??

aku  mengintai dada langit..haish...
nampaknya awan kelabu masih setia menemani langit UM.
setiap petang, bumi UM yang permai tidak lekang dikunjungi sang hujan

sweater jingga ditarik rapat ke tubuh.sejuk..alahai, Paan, cuaca begini pun dah tak tahan. si dia yang berada di hemisfera utara lagilah kesejukan. ya, sekarang tengah musim sejuk di sana. awak, saya di tanah air pun sejuk juga. sekarang tengah winter, heheheh, sebetulnya musim tengkujuh. awak, sejuk khatulistiwa pun saya tak tahan, apatah lagi penangan ribut salji di sana. saya harap awak sihat sahaja di sana. 

pandangan ditebar ke luar jendela. Subhanallah, cantiknya pemandangan. bilik aku menghadap hutan, dan pemandangan hujan amat cantik
"tak nak tarik langsir ke?" roomate sedang memanjat katil bersuara
aku hanya menggeleng. tak mahulah, nak tengok hujan. waktu macam ni memang seronok berhibernasi bawah selimut, ditemani bantal yang empuk. 

seronoknya hujan...kalau pakai baju hujan dengan but getah, boleh jalan bawah hujan. merasa hujan jatuh di atas kepala.lepas tu main lopak air..heh, macam budak-budak, tapi itulah seronoknya.
bukan gambar hiasan?
nak buat ke?
tak payahlah, nanti demam.nak exam
my answer: nope!!
BUM!!!!
dah nampak kilat sabung menyabung di langit sana.sang guruh pun mula tunjuk kuasa.

langsir ditarik, nota ditutup. mari berhibernasi.. ^^,

2 orang mengutuk:

d.A.o.U.z said...

cik paan, aku suke tengok bear ko tido !
hahhaa
btw, aku tag ko la !

cik_paan said...

weyh, aku tak main sudoku la...

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger