Monday, December 23, 2013

rindu

aku rindu dia, teramat

betullah, bila kita hilang orang yang paling kita sayang, baru kita faham makna kehilangan
makna rindu

dah sepuluh bulan ayah 'balik kampung', berehat dari duniawi
doa aku, biarlah ayah berehat-rehat sahaja di taman syurga, setelah penat melawan barah bertahun

sungguh, aku rindu

aku boleh bercakap pasal ayah, macam ayah masih hidup
boleh gelak tawa bila bercerita pasal ayah

tapi, tipulah kalau aku kata, kadang-kadang ada malam yang aku berteman air mata
aku masih tak boleh dengar lagu pasal orang yang kematian seseorang
aku sudah pandai menangis bila babak cerita orang kematian seseorang

sebab diri sendiri dah rasa
melihat orang yang tersayang pergi depan mata

dan secara bodohnya, aku gembira bila kadang-kadang mimpi aku disinggah oleh bayangan ayah
mimpi kan mainan tidur..
entah apa akal tanpa sedar bermain dengan kewarasan aku

*senyum

bukan kah aku kata, rasa sedih itu akan bertapak dalam hati buat selamanya
tapi sama ada hidup dibayangi rasa sedih, atau terus hidup dengan membuang rasa sedih, atau meraikan rasa sedih dengan kegembiraan
itu untuk aku yang pilih
dan aku pilih untuk gembira
kan 'kegembiraan' nama tengah aku

hamya doa dan kenangan untuk ayah
 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger