Saturday, February 8, 2014

belasungkawa

dulu, aku pernah cakap dekat budak kechik, bunyinya lebih kurang

'aku bukan jenis yang rajin nak contact kawan-kawan lama, walaupun best friend'

tapi, aku selalu teringatkan kawan-kawan aku, sebab aku tak pernah lupa orang yang sudi berkawan baik dengan aku selama ini, walaupun aku jarang update cerita pasal diorang


aku ada sedikit rasa tak suka pada bulan februari, padahal aku tahu bulan februari tu cuma kebetulan sahaja, bukannya asbab kejadian sedih

tapi, aku tak boleh lah nak tipu kalau aku kata bulan februari bulan duka

aku hilang beberapa orang terdekat pada bulan ini, dan banyak kisah duka berlaku pada bulan dua

ya, kebetulan sahaja...

sebenarnya, aku baru hilang kawan baik aku, setelah 2-3 tahun menderita sakit kanser, arwah raidah kamari pulang menemui Kekasihnya

kawan yang baik, kawan yang rapat masa Munshi dulu
kawan semasa zaman awal remaja, zaman mula membentuk diri dalam keadaan yang keliru dengan identiti sendiri

aku pernah kata pada dia dulu, kalau dia meninggal mestilah aku melawat jenazahnya
itu kata-kata 9 tahun dulu, entah apa kami bergurau entah
tapi, hari ni, maaf, aku mungkir janji.

syukurlah, ada rezeki untuk contact dia sebelum dia tutup mata, tapi aku agak ralat sebab tak rajin nak berhubung lagi...

aku tak tahu hendak coret apa lagi...

Alfatihah


Thursday, February 6, 2014

Aku ada wali



Bila tengok cerita macam ni, mesti terfikir

entah bila lah nak berpakaian, berperwatakan sopan santun sebegini
yang jaga akhlak, yang jaga pergaulan, yang jaga aurat


entah bila nak bergerak ke arah cita-cita ini

p/s: cerita ni ada idea yang bagus, subhanallah, tapi plot cerita ini melompat-lompat, pening aku tengok nak cari kesinambungan setiap scene. ayat cerita ni agak skema.
 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger