Friday, October 24, 2014

pelik

walaupun perkara ni bukannya penting
cuma-cuma adalah rasa pelik sedikit

ada seorang rakan di fb ni, dulu dia add, dan atas sebab ramai rakan yang friends dengan dia, dan dia pun nampak seperti seseorang yang aktif dalam pro-m, jadi accept sahaja lah, lepas tu dia hantar pm salam ukhwah.

itu cerita tahun 2012.

Tahun ini, dia pm ucap selamat hari lahir. aku ucap terima kasih

semalam hari lahir dia, aku wish sahajalah di wall dia, memandangkan orang dah wish dan doa kita kan, kenalah berbudi bahasa

yang peliknya, dia balas guna pm.

kenapa aku cakap pelik. sebab pm ini ialah conservation yang kita tidak mahu satu dunia tahu. sama ada mengenai kerja atau pun peribadi.
aku terfikir juga, kenapa orang ni balas guna pm, kan senang kalau balas di ruangan comment sahaja.
sahabat2 aku pun tak buat begitu.

dan soalan lagi satu, adakah dia kenal siapa aku?

*bukannya nak perasan ke apa, dah umur begini, takdenya nak perasan apa-apa, cuma bila aku tak boleh bersangka baik sebab tidak nampak logik, aku persoalkanlah

Monday, October 6, 2014

kisah syahmi dan kakaknya 1

alkisahnya

Syahmi mengejutkan kakaknya yang pemalas-konon-penat-semalam-drive-kl-rembau-sakit-tergeliat-tangan yang tidur selepas subuh walaupun telah dijeling-jeling oleh ibu.

syahmi: kakak, bangun kakak, ibu suruh buat sarapan

kakaknya terpisat-pisat bangun teringat mimpi selepas subuhnya.

"syahmi tahu, kakak mimpi kakak dah bertunang, dapat cincin..."

syahmi mendengar dengan separuh hati. dia malas hendak dengar mimpi kakaknya.

"lepas tu, kakak curi 2 cincin orang lain.huuuu..best tak mimpi kakak?"

Syahmi menarik senyum terpaksa, yalah kalau tak buat macam tu, nanti kakak sambung tidur lagi

"cepatlah, nanti nak sarapan!" syahmi berkata akhirnya.


titik
 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger