aku sangat suka kan muzik
dan aku agak cerewet pilih lagu yang aku nak dengar berulang kali
sama cerewet macam aku pilih novel untuk dibeli
kita boleh dengar semua lagu, tapi tak semua lagu kita simpan dalam hati
kita boleh baca semua cerita, tapi tak semua novel kita simpan dalam hati
aku memang minat belajar muzik
dulu-dulu, aku sesuka hati minta ibu ayah masukkan aku ke kelas piano
dan ibu ayah cakap "mahal", "tiada faedah"
jadi pelajaran muzik aku hanyalah di sekolah rendah (main lagu mary had a little lamb) dan menyanyi ramai-ramai untuk pertandingan di sekolah
masa masuk seseri, aku masuk koir (secara tak sengaja), dan oh, rupanya aku ada suara yang, er, boleh menyanyi
dan, paling aku tak sangka sekali, aku boleh hit the right note (padahal aku hentam sahaja, hihi), bak kata cikgu koir aku. aku pun belajar lah sikit-sikit main piano, lepas tu lupa.
bila sepupu aku, syasya dan dedek tinggalkan keyboard diorang di rumah, aku suruh lah budak-budak ni ajar aku main dan baca not muzik. dan diorang ni puji aku berkepuk-kepuk "kak farhana dah pandai main tak sampai sehari!"
masa aku pergi workshop critical thinking di UM baru-baru ini, ada satu latihan active listening.
Sekali penceramah test aku punya active listening skill, jadi aku dapat jawab dengan cemerlang.
eceh, aku siap kena puji lagi, awak pendengar yang baik
Ini agaknya menjawab lah kenapa
-bila study group, aku suka dan senang ingat apa yang kawan cerita kat aku
-aku ingat apa yang orang cerita dekat aku, padahal dah lama dah (kalau benda tu penting)
-aku jenis dengar lirik lagu, bukan dengar lagu tu catchy ke tak semata-mata
-aku boleh tangkap not lagu yang mana
boleh pakai ke teori aku?
hehehhehe
tapi, bila aku praktis main keyboard (entah bila budak-budak ni nak amek balik entah), aku nampak riak kurang senang kat muka ibu. ibu aku kan agak tak suka anak-anak dia lalai dengan benda-benda begini.
nanti, bila aku ada anak, aku tak tahulah aku nak kenalkan dia pada muzik atau tak.
bila aku main keyboard, aku belajar koordinasi tangan, mata, telinga, sebab nak kena tengok not lagi, nak kena ingat not ni tekan yang mana, betul ke tak bunyinya, sumbang ke tak, laju ke tak pace dia.
padanlah orang main muzik ni pandai-pandai