Friday, June 5, 2015

masa depan penuh celaru

aku nak seorang lelaki yang mempunyai perancangan masa depan dan he's currently on the right track

tapi, aku sendiri?

jeng jeng jeng


baru-baru ni, kawan baik aku, tiqah dapat panggilan kerja jadi pegawai sains entomologi di sarawak.
i'm so HAPPY for her.
so, geng kitorang dah 2 doktor, 1 pegawai sains, 1 kerja di pusat sains negara, 1 tengah habiskan tesis tahun ni sebab nak dapatkan biasiswa TPM UiTM dan..

aku, yang masih kumpul data, satu poster conference tak hantar lagi, apatah lagi tesis dan jurnal ISI.

aku agak freak out ye, di sini.
Everybody is leaving me behind, tapi aku masih dengan lazy bum tak menulis tesis dan paper lagi.
*freaking out!!!!

dan disebabkan kontrak RA aku habis akhir tahun ini, dan prof pun tiada geran nak gajikan aku, nak tak nak, aku kena habiskan eksperimen tahun ni juga
sebaiknya bulan 2 tahun hadapan dah submit tesis.

nampak tak, aku ada rancangan, tapi aku tak right on track *freaking out lagi
tapi macam biasalah, nurin, buat muka selamba.

lepas habis RA ni, aku tak tahu lagi apa perancangan aku
mungkin aku kena ambil cuti 1-2 bulan (tapi, aku kena bayar kereta tau)
sambil tu cari kerja RA yang melibatkan molecular work sebab aku nak dapat pendedahan pasal ni

sambil tu, cari peluang nak sambung belajar dalam human reproduction pula
or, aku nak sambung bidang agriculture biotech?
or, bidang stem cell?
or, bidang medical research yang lain?
or, 2nd degree, mungkin master in something related to social science (i don't think so)
or, cari kerja jadi embryologist, trainee pun takpe lah?

masalah bila kau dah kerja dan ada pengkhususan, kau dah takde hati nak belajar atau bekerja luar dari niche kau. Aku tak rasa aku boleh brain nak kerja bidang-bidang tak berkhusus dengan embryo, agriculture biotech, human reproduction atau stem cell. aku takda hati.

aku fikir2, aku rasa aku tak sesuai kerja yang statik sahaja
mungkin jadi researcher tu bagus untuk aku
tapi aku tak suka pula duduk di lab semata-mata, aku kan ekstrovert.

entahlah, bercelaru aku

aku suka je mengajar budak undergrad, i feel happy
aku pun suka research, sebab banyak ruang nak diteroka,banyak benda baru
tapi, untuk jadi lecturer...jadi RA sahaja sekarang ni, aku dah rasa hanya 45% (mungkin kurang) tanggungjawab lecturer
penat, letih otak..

bila orang tanya pasal kahwin, aku pun mempersoalkan "kenapa orang baya aku ni senang-senang nak kata ya untuk kahwin? aku ni punyalah pening mencorak masa depan, nak mencapai cita-cita yang tak pasti-pasti lagi"

aku rasa bersyukur bila aku takde boyfriend, jadi kurang persoalan dalam diri aku. aku fikir pasal aku sahaja.

aku tak tunggu dia. takkan. i'm not that stupid. walaupun aku rasa sedih bila ibu kata open up to other people, i'm not going to waste my youth for waiting that someone.
he is, i just wanna say, if he ask properly, i will break all my walls around me and invite him into my life. itu sahaja..

sebab, aku lebih pentingkan apa yang aku nak buat dan nak jadi masa hadapan.


 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger