Saturday, February 16, 2013

musibah kecil

tanggal 13/2/13 ialah tarikh di mana Allah telah kirimkan satu ujian untuk aku
satu musibah
menggigil pucat juga lah aku
dan aku tak perlu cerita apa musibahnya
cukup aku katakan, ini akibat kecuaian diri

bukan nak kata aku ni sentiasa positif orangnya
tapi, cukuplah aku katakan, aku mahu melihat musibah itu sebagai pengajaran berguna dari Allah
ia hanya musibah kecil, ya, musibah kecil
aku kuatkan hati, melihat masalah itu, masalah picisan
benda dah jadi, aku tak boleh nak undur masa
kalau aku menangis pun tak guna, lebih baik rancang jalan penyelesaian
dan ambil pengajaran

jadi, aku kongsikan di sini hasil muhasabah diri aku

1. Allah sayang aku
Jujur, selepas musibah itu, aku hampir ditimpa musibah lain, tapi Allah elakkan.
Allah juga bukakan pelbagai kemudahan selepas musibah tu

2. Jangan over confident
Ya, mungkin aku sedikit bercakap besar. sepatutnya aku berserah sepenuhnya pada Allah, dan yakin Allah yang jaga aku, bukan over confident dengan kemahiran aku

3. Terjalin ukhwah
gara-gara musibah tu, aku kenal seseorang, malah siap boleh bercerita banyak

4. Pengalaman
Lepas ni, kalau terjadi perkara sebegitu, aku tahu apa hendak buat

yang paling penting sekali

5. Don't get too attach to your belongings
Mungkin ini cara Allah nak ajar aku jangan sayang harta sangat, jangan terlalu sayang duit
mungkin aku jenis berkira sangat dengan diri sendiri,
mungkin sebab itu Allah turunkan ujian kurangkan harta atas sebab kecuaian sendiri, untuk ajar aku agar jangan terlampau 'attach' sangat dengan harta dan wang simpanan
lebih-lebih lagi wang simpanan

takpelah, setiap ujian itu Allah hantar untuk ajar kita jadi kuat
macam pak ngah cakap hari tu "settle the problem and laugh"
Alhamdulillah, aku berjaya selesaikan masalah dengan usaha aku sendiri
dan, pandangan serta nasihat orang sekeliling

*senyum

3 orang mengutuk:

dayu_myself said...

NURIN!!!!ape yang berlaku??..
Alhamdulillah, x berlaku pape yng bruk kt nurin...
lain kali hati2 ae (ttbe...wlupun x tu cerite..hehe)

Nurin Farhanah said...

buruk jugaklah

tapi, alhamdulillah, takde sebarang korban jiwa raga
insya Allah, kita akan lebih hati-hati

Liyaa Mf said...

Belajar drpd kesilapan, or boleh gak cakap belajar drpd kecuaian. Bagus la boleh fikir positif camtu. Dugaan yg kita terima tu, utk kita blaja something sebenarnya, bukan sbb Allah nak susahkan kita. Kan? :D

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger