Sunday, November 30, 2014

masa hadapan

aku sekarang berada di semester 3


kalau aku ni master by coursework, maksudnya aku tinggal satu semester sahaja lagi
atau kalau ikutkan tahap rajin dan dedikasi aku (woaha!!), mungkin aku sudah mampu habiskan dalam masa setahun setengah sahaja

namun...kisah hidup aku lain

aku kan hipster, mana suka nak sama dengan orang lain
nak belajar pun, nak bidang yang lain

aku belajar mod penyelidikan
sambil jadi pembantu penyelidik
buat pengklonan kambing lagi, bukan setakat hendak blastocyst sahaja
tetapi ke tahap embryonic stem cell lagi (haa..google la apa yang aku merepek ni untuk tahu lebih lanjut)

jadi, kisah aku tak seindah budak genius
yang mampu habiskan master dan phd secepat mungkin

dengan masalah sampel, dengan masalah holder buat hal
dulu-dulu masalah skill
itu belum lagi cerita mengenai aku yang sudah putus asa, depresi, nak berhenti, lemah semangat pada tahun lepas

alhamdulillah, memang hidup aku begini agaknya
mula-mula tu, susah sangat, insha Allah akhir cerita akan berjaya juga
ya, aku anggap ini adalah cara Allah nak ingatkan aku
aku ni tak lain tak bukan hamba Allah
segala yang orang pandang baik dan hebat pada aku ni, bukan apa-apa

sekarang ni, walaupun belum berpuas hati dengan result, aku sudah mula cinta akan bidang aku
aku rasa, aku sudah jelas memang ini, insha Allah untuk aku

aku harap, aku boleh teruskan bidang ni, tapi sebenarnya aku malas nak sambung phd di lab ni
kalau nak sambung oversea, aku harap aku ada "kawan" dah untuk tinggal sana
ada orang nak buat lawan cakap melayu..hahaha

papepun, doakan aku candidature defense akhir januari depan
dan harap dapat habis dengan cepat!

Tuesday, November 11, 2014

hey,

you know,

you can care for someone without romantically involved with them

i am the living proof

Friday, November 7, 2014

Ada apa dengan cinta 2014

Detik tidak pernah melangkah mundur, tapi kertas putih itu selalu ada

Waktu tidak pernah  berjalan mundur, dan hari tidak pernah terulang

Tetapi, pagi selalu menawarkan cerita yang baru

Untuk semua pertanyaan yang belum sempat terjawab

Waduh, kok pertanyaan Cinta-Rangga itu ambil masa selama 12 tahun?




Dah 12 tahun, eh? Aku tengok AADC rasanya masa umur 13 tahun..muda remaja lagi masa tu
Baru nak up, orang kata

Ada apa-apa persoalan selama bertahun-tahun yang belum ketemu jawapan?

*eceh, aadc 2014 membuatkan aku hendak menyambung penulisan novel terbengkalai aku sejak 2010. dalam novel itu pun sebenarnya aku cerita pasal persoalan hero-heroin bertahun tak bertemu jawapan #cliche


 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger