aku sekarang berada di semester 3
kalau aku ni master by coursework, maksudnya aku tinggal satu semester sahaja lagi
atau kalau ikutkan tahap rajin dan dedikasi aku (woaha!!), mungkin aku sudah mampu habiskan dalam masa setahun setengah sahaja
namun...kisah hidup aku lain
aku kan hipster, mana suka nak sama dengan orang lain
nak belajar pun, nak bidang yang lain
aku belajar mod penyelidikan
sambil jadi pembantu penyelidik
buat pengklonan kambing lagi, bukan setakat hendak blastocyst sahaja
tetapi ke tahap embryonic stem cell lagi (haa..google la apa yang aku merepek ni untuk tahu lebih lanjut)
jadi, kisah aku tak seindah budak genius
yang mampu habiskan master dan phd secepat mungkin
dengan masalah sampel, dengan masalah holder buat hal
dulu-dulu masalah skill
itu belum lagi cerita mengenai aku yang sudah putus asa, depresi, nak berhenti, lemah semangat pada tahun lepas
alhamdulillah, memang hidup aku begini agaknya
mula-mula tu, susah sangat, insha Allah akhir cerita akan berjaya juga
ya, aku anggap ini adalah cara Allah nak ingatkan aku
aku ni tak lain tak bukan hamba Allah
segala yang orang pandang baik dan hebat pada aku ni, bukan apa-apa
sekarang ni, walaupun belum berpuas hati dengan result, aku sudah mula cinta akan bidang aku
aku rasa, aku sudah jelas memang ini, insha Allah untuk aku
aku harap, aku boleh teruskan bidang ni, tapi sebenarnya aku malas nak sambung phd di lab ni
kalau nak sambung oversea, aku harap aku ada "kawan" dah untuk tinggal sana
ada orang nak buat lawan cakap melayu..hahaha
papepun, doakan aku candidature defense akhir januari depan
dan harap dapat habis dengan cepat!
0 orang mengutuk:
Post a Comment