Sunday, September 22, 2013

pandangan aku

dah lama sebenarnya
takde roomate yang dah ada boyfriend

bila roomate ada boyfriend, macam biasalah,
DRAMA

dapat pula roomate seperti aku yang kurang emosi
roomate menangis bergaduh kuat suara pukul 3 pagi pun tak perasan
tidur mati la katakan..huhuh

and the usual comment will raise
"senang macam nurin, boyfriend takde, takde pening kepala"

aku dengar ayat ni dah bertahuuuun dahulu

aku kadang-kadang bosan juga pakcik (oh yes, my dear uncle) tanya pasal boyfriend lah, kahwin lah

entah, baru 23 tahun (ehem, baru yee)
hidup masih tunggang langgang lagi
ni dah lah ada ura-ura letak jawatan nak lari belajar tempat lain
tarbiyah diri pun sejak dua menjak ke laut

kadang-kadang yang tahu cerita ada tanya "kenapa tak approach orang tu?"

pada aku, lebih baik macam ni
simpan rasa, tak perlu nak bertukar hati (ceh, perasan,macam lah hati orang tu berlagu benda yang sama dengan aku)
aku cuma harap dia akan dapat lebih baik, lebih cantik, lebih muda, lebih alim dari aku
dan mungkin ada yang lebih baik untuk aku
buat masa sekarang, biarkan kejar masa hadapan masing-masing
kalau memang jodoh, insya Allah

sesetengah pasangan, jenuh nak bersatu secara halal sebab jalan selepas belajar tu tak seiring
bukan aku tak tahu cerita cinta putus macam tu sahaja sebab mengejar cita-cita

bak kata cik housemate

"kan bagus tak pernah berjumpa si dia, bila betul cukup sedia nak kahwin baru jumpa si dia"

dah berapa ramai cakap couple tu susah, kan?

p/s: masih menimbal balik keputusan untuk UM


3 orang mengutuk:

budak kecik said...

mcm kes ak. huhu. tp takde tarikh tetap lg nak kawen. ajak kawen tahun depan kanggggggg

err nurin sebenarnya ak pun tak brapa setuju dgn idea ko nak stay kat um. ak taknak ckp pape dulu sbb ak taknak influence ko. ak nk ko buat keputusan sndiri. please jgn bg prof influence kputusan ko. buat kputusan dgn kata hati ko sndiri.

Nurin Farhanah said...

itulah

aku ni senang sangat kena influence..
aku pun dah rasa macam dah takde hati lagi dah ni
dah hilang dibawa angin lalu~~~~

Bijen M. said...

Keputusan atas kau je.
Nak kahwin atau tak.
Kalau betul nak kahwin - cari orang, ngurat terus kahwin.
Heheh!

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger