assalamualaikum
wah wah
tarikh yang berlaku hanya empat tahun sekali
dan puaslah aku menjawab pertanyaan syahmi
"kenapa tahun ni ada 29 hari dalam bulan februari"
adik yang suka melihat kalendar itu semakin bijak
jadi, berkicau lah aku mengenai peredaran bumi megelilingi matahari
dan akhirnya dibalas
"tak faham"
tidak mengapalah, nanti fahamlah
bersyukur, masih lagi hidup untuk bertemu 29 februari
petang kuala lumpur dikunjungi hujan
enak-enak titis air membasahi bumi UM
waktu begini, pasti enak berselubung dalam selimut tebal
tapi, aku memilih untuk menikmati teh susu suam
sambil ditemani hidung yang berair, heh
dengar, bunyi titis air tidak sekata menhentam kepingan zink
lihat, langit kelabu tak jenuh menhadiahkan air
rasa, sejuk angin menampar pipi
mengapa hendak menunggu teduhnya hujan
semata-mata hendak melihat indahnya pelangi?
bukankah terselit satu kedamaian
disebalik riuhnya hujan yang sedang turun?
*menghirup teh suam sambil mengunyah biskut lemak
Tuesday, February 28, 2012
Sunday, February 26, 2012
masalah
kadang-kadang,
masalah kita sebenarnya ialah tak mengaku yang kita ni sedang dalam masalah
iyalah, aku memang orangnya
ciri-ciri orang kepala diamond
keras kepala,
sampai kelapa jatuh atas kepala, kelapa yang pecah
kadang-kadang, kita kena mengaku juga masalah kita tu
dan bincang cara penyelesaian dengan orang lain
bukan selesaikan sendiri
masalahnya,
aku risau, bila aku buat begitu
aku jadi sangat bergantung kepada orang lain pula
p/s: maaflah, semenjak dua ni asyik post pasal masalah sahaja

Tuesday, February 21, 2012
perfectionismingitis
ok, aku main reka sahaja tajuk atas ni
aku diagnos diri sendiri
dan aku rasa aku ada penyakit perfectionism
tapi, pendapat aku, masih di peringkat 'mild case' lagi
-aku kalau lipat baju, kena exactly same way.
kalau tak jadi, aku buka balik, lipat lagi sampai puas hati
-susunan baju dalam locker kena susun elok straight
-nota belajar kena cantik, tulisan kena lawa,
kalau tak aku tak nak baca
3 ni contoh je, aku pun malas nak taip ke-obses-an aku ni
dan lagi satu, aku tak suka apa yang aku buat tu ada satu kesalahan pun
aku nak perfect
lagi-lagi bila kerja yang akan effect orang lain
macam dulu, masa aku jadi s/u untuk pantun
orang baru, jadi banyaklah salah
aku merasa bersalah (sampai sekarang) dekat pengarah dan ahli2 lain
dan juga ms. ribena sebab nama dia salah atas sijil pantun
lagi satu, untuk projek final year ni
aku sangat berperang dengan diri aku sebenarnya
antara menjadi kuat atau mengalah sahaja
aku benci gagal
dan disebabkan itu aku jadi trauma
dah tak nak pandang lagi kerja-kerja s.u
dah malas sangat nak ambil kisah pasal pantun
dah tak nak ambil plant lagi untuk future research
p/s: aku gagal bercerita dengan baik mengenai tajuk entry hari ni <--- skematikus
p/s/s: tapi banyak je benda yang aku buat ni aku tak pentingkan perfect

Sunday, February 19, 2012
blog is a diary, anyway
mula semester dua
belum apa apa lagi, jumaat, sabtu dan ahad minggu pertama memang bertapa dalam lab
bukan buat apa sangat
nak buat media dalam 20 combination sahaja
500ml for each combination
yang memenatkan ialah nak menunggu 3 jam media di-auto-clave-kan
autoclave ni nak bunuh contaminants tu dengan wap panas
lepas tu bila dah sudah, dalam keadaan panas tu tuang dalam sterile tubes
memang penat
memang merah tangan pegang flask panas
memang kelaparan dalam lab
malam pun stay sampai tengah malam
cuma malam ni je aku rehat, nak prepare untuk kelas esok
esok, start culture pulak...
aku cuma berdoa, agar semua kerja keras ni berbaloi

Sunday, February 12, 2012
new semester, new chapter
assalamualaikum
weekend terakhir cuti semester 1, aku ambil kesempatan balik rumah
isnin, aku pulag ke UM, terus masuk kelas
dan khabarnya, beberapa kawan aku dapat senarai dekan
wah!! hebatlah
tahniah diucapkan
tipulah kalau tak rasa cemburu
lagi-lagi bila disebabkan satu subjek sahaja antara dekan atau tak
takpelah, bukan rezeki aku, kan?
dah cukup bersyukur dengan apa yang aku dapat
sekarang, misi aku nak naikkan lagi pointer supaya peluang nak sambung master tu cerah
kalau dapat scholarship lebih bagus
Ya Allah, terangilah jalan kami dalam menuntut ilmuMu
jangan main-main lagi, sekarang masa untuk fokus ^^

Friday, February 10, 2012
gemersik kalbu
heh
sebenarnya aku jarang layan drama bersiri melayu
kalau layan pun, tak ikut sangat
dan mesti sebab aku dah takde cerita lain nak tengok
bila TV3 umum nak tayang Gemersik Kalbu
aku ingat balik, novel dia yang mana
oh, kisah ana-sufian tu
aku memang dah baca karya Anis Ayuni tu, tapi tak terkesan sangat masa baca
mungkin, sebab aku cepat sangat nak habiskan buku tu
disebabkan cuti semester 1 ni, aku habiskan dalam lab
balik lab, aku cari entertainment
tiba-tiba terasa nak tengok Gemersik Kalbu (itupun lepas gelak2 sebab nama sufian tu sama nama dengan lecturer bioprocess tu...hihihi)
sekali tengok
jatuh chenta dengan aqasha!!
tak pernah aku rasa aqasha tu hensem, sampai lah aku tengok gemersik kalbu
tapi bagi aku
kekuatan cerita ni pada watak sufian tu
aqasha berjaya bawa watak sufian yang nakal, charming, sempoi, ikut kepala sendiri tu
seriously, ini kali pertama aku rasa cerita TV lagi best daripada novelnya
dan babak akhir nak tunjuk sufian-ana tu bahagia dibuat dengan santai, tak skema
aku bagi 4.5/5 lah
p/s: part 'ingin ku gigit gigit cuping telinga kecilmu' asyik berkumandang dalam telinga aku...must say, lagu tu catchy, no matter how pervert the lyrics are...

Sunday, February 5, 2012
kahwin tu bukan matlamat hidup, bro
assalamualaikum
situasi sekarang:
tengok news feed facebook : kahwin, cinta
tengok blog : kahwin, cinta
memang betul orang cakap :musim mengawan
tak boleh nak salahkan orang, remaja memang suka cakap bab kahwin
aku pelik,
tiada benda penting lagi ke hendak diutarakan?
memanglah,
kahwin tu sunnah nabi
tapi, boleh tak, JANGAN TERLALU OBSES BERKICAU PASAL KAHWIN
kalau kamu fokus kepada perkara yang lebih penting dalam hidup sekarang
kamu takkan fikir sangat pasal ibadah nikah ni
cuba fikirkan tanggungjawab anda terhadap ilmu
terhadap ibadah wajib, ibadah sunat
malah, rancang masa depan anda untuk berkhidmat kepada masyarakat dunia dan ummah khususnya
cakap pasal kahwin,
tapi
solat wajib tak pernah on time
solat tak pernah nak khusyuk
qiamullail, entah sebulan sekali pun tak lepas
puasa sunat isnin khamis pun tidak pernah
and the list goes on
cakap aku:
hidup kalau terumbang ambing lagi, jangan hendak bising bercakap pasal kahwin
betulkan diri dahulu,
tetapkan prinsip dan matlamat hidup,
kuatkan iman,
gandakan usaha cari ilmu Allah (agama+sains)
jangan sibuk fasal pasangan kamu
pelajaran entah ke mana
ini nak dijadikan contoh kepada anak-anak kamu nanti?
kahwin tu bukan matlamat hidup
tetapi satu keperluan untuk kita mencapai matlamat hidup
p/s: aku paling menyampah orang kata "saya nak pasangan yang boleh membimbing saya"
tapi, pada masa yang sama, langsung tak berusaha nak betulkan diri sendiri

Saturday, February 4, 2012
buka mata hati
kadang-kadang
aku terpesona juga
bagaimana peliknya situasi yang membuka mata tu
Alhamdulillah
lain cara Allah bagi kita buka mata
aku terpesona juga
bagaimana peliknya situasi yang membuka mata tu
dan
Alhamdulillah
sejak hari jumaat itu,
hati lebih tenang,
jauh dari rasa yang kononnya bertapak lama itu
mengurus hati dan perasaan akan jadi lebih mudah,
kalau kita minta tolong Pencipta hati kita tu
Thursday, February 2, 2012
nada dan irama
assalamualaikum
pesannya, bila awal bicara, doakan kesejahteraan orang lain
dan
itu juga tanda orang itu beragama, beradat, berbudaya
dan
aku mengaku di sini
aku bukanlah peminat butterfingers ketika zaman heavy grunge mereka
hey, usia aku masih mentah belia waktu kegemilangan mereka, bukan?
dan bila monoloQue keluar dengan jejaktanah sebagai anak sulung mereka
dan apabila aku jatuh cinta dengan karya mantap mereka
adakah kamu melabelkan aku wannabe
semata aku bukan pengikut butter dulu?
hei, tak salah kan kalau peminat mereka bertambah
sebab karya mereka memang di tahap hebat
pengangkat musik melayu, di tahap mereka sendiri
bagi aku, mereka lah pengangkat musik sebenar, selepas P.Ramlee
p/s:musik itu biar nada dan iramanya menjadi penyatu manusia, bukan senjata pencetus sengketa, faham?
p/s/s: berhibur itu perlu batas..maaf kata, aku tak pandang lagu-lagu hollywood berbaur lucah itu sebagai musik