Thursday, March 7, 2013

kenduri tahlil

dulu
aku selalu fikir kenapa kena ada kenduri tahlil
sampai 3 malam, bukan menyusahkan keluarga arwah ke
lagi-lagi sekarang ni main pakai katering je

tapi, bila kenduri tahlil tu untuk orang yang paling dekat dalam hati

aku baru tahu
kenduri tahlil tu bukan hanya nak sedekah pahala dekat arwah je
tapi lebih kepada memberi sokongan emosi kepada keluarga arwah
masa kenduri tahlil, aku rasa kekosongan dalam diri sebab ayah pergi tu macam hilang
bila jumpa saudara mara yang jarang jarang jumpa
dengan keletah adik sepupu

bila hilang orang yang tersayang, rasa kosong itu memang bertapak dalam hati
rasa sedih yang mengikut ke mana sahaja kaki melangkah
bila berseorangan, mulalah leleh

sebab itu orang kita buat kenduri tahlil 3 malam, nak bagi kuat semangat untuk keluarga arwah
nak hiburkan hati
kalau orang dulu, gotong royong masak
orang sekarang hulur derma, duit derma tu salah satunya untuk kenduri tahlil lah

p/s: kalau kawan korang ada hilang orang paling sayang, yang terbaik sekali ialah doakan arwah, approach kawan korang tu dan beri semangat.. sebenarnya tak perlu pun kata-kata "kuatkan semangat", cukuplah berborak tanya khabar, bertukar cerita

p/s/s: aku berterima kasih kepada sahabat2 yang mengambil berat

0 orang mengutuk:

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger