It's September, baby!!!
September maksudnya aku akan menggenapkan usia ke 24, insha Allah
*dan maksudnya Candidature Defense makin mendekat...huuuuuuu *insert spooky mood here*
September bermaksud cuti sekolah
makanya, sana sini kenduri kahwin
dan aku agak selektif nak pergi kenduri, sebab tidak mahu mengorbankan eksperimen *eceh, kata-kata bagaikan postgrad contoh*
dan september bermaksud, ramai menghantar jemputan maya untuk kenduri masing-masing
******
aku tengok gambar-gambar aku bergambar dengan pengantin (nampak tak narsistik *salah eja*-nya aku, orang tangkap gambar dengan pengantin, nak tengok pengantin, bukan nak tengok diri sendiri), betapa muka awkward aku kelihatan agak ketara
mungkin
teori 1: awkward sebab kawan aku ni pengantin, tak leh tangkap gambar gila-gila sangat
teori 2: awkward sebab kena berdiri sebelah pengantin lelaki , tak leh tangkap gambar gila-gila sangat
teori 3: awkward sebab tukang gambar tu lelaki, malu!
teori 4: awkward sebab sedara mare pengantin tengok, tak leh tangkap gambar gila-gila sangat
******
*rasanya agak selamat menulis di sini, sebab dah takde orang baca belog ni, rasanya *uhuk
Menjelang 24, ramai kawan dah kahwin, dah beranak, dah bertunang, paling tidak pun dah ada yang istimewa.
Bukanlah aku seorang yang tinggal forever alone, aku punya bestfriends masa UM cuma baru seorang yang berpunya, yang lain elok single sahaja.
Tengok orang dah berpunya, jujur aku cakap, takdelah nak rasa cemburu di hati, multu je cakap "untunglah"
tapi bila tengok baby dan budak-budak, adalah rasa nak ada anak ^^
aku pun belum mempunyai kesedaran untuk berkahwin sebenarnya
yalah tengok lah life aku, memanjang lab (ni tengah berbelog di lab pada petang ahad yang indah)
sebab bagi aku kahwin ni kena ada sifat jaga-menjaga secara fizikal
kalau aku di sana, dia di sini, baik aku elok single je, tak payah nak bazir tenaga, emosi, duit
tapi, sejak aku war-war kepada keluarga aku yang aku nak sahut seruan supervisor aku untuk menjadi 20's yang kuat bekerja, nampaknya keluarga aku, agak, err, risau.
dan mulalah, nasihat-nasihat berkahwin, berkawan mula kedengaran sana sini.
kelakar la pula.
nenek aku siap pesan "berkawanlah kakak, jangan sombong"
but, i have a lot of friends, girlfriends, of course, and a couple of guys which i can tolerate and be friendly with.
bukannya aku ni anti-lelaki, seperti yang di-suspect oleh seorang housemate.
yang aku rasa sekarang ni:
I have to finish my Master degree
I want to go further in this embryology study, either be an embryologist or a researcher in this area
sebab sayang, bukan semua orang ada ilmu pasal embryo
aku punya azam, aku dah genggam ilmu ni, insha Allah dan aku percaya ini takdir aku.
Aku fikir, habis master, aku nak cari kerja di fertility centre, bila aku rasa aku dah tau apa aku nak selesaikan, i'll be back to embryo research area.
Dan aku taklah pandang lelaki tu mesti setaraf tahap pelajaran dengan aku dalam cari teman hidup. Cukup dia faham dan menyokong azam dan impian aku, tak kongkong dan takkan rasa insecure kalau aku nampak seperti lebih berjaya dari dia.
aku nak dia faham yang rezeki dan ilmu tu semua rezeki, Allah yang beri. Allah boleh tarik macam tu sahaja. Dan ilmu tu amanah, jadi haruslah digunakan untuk menolong orang lain.
Penyokong dan pembakar semangat untuk seumur hidup.
Pembimbing ke syurga.
Itu sahaja yang aku nak, kalau takde ciri-ciri ini, maaf kata, aku bersyukur aku rasa aku masih mempunyai kedua-dua faktor ini sekarang dari keluarga aku.
0 orang mengutuk:
Post a Comment