hari ini, sudah genap dua tahun ayah pulang ke rahmatullah
ayah yang penyayang
ayah yang bertanggungjawab
ayah yang memang ayah
waktu berjalan terlalu pantas
sedar tak sedar, hari-hari aku dengan ayah semakin jauh meninggalkan aku
tapi, aku tetap mengalirkan air mata bila aku sangat-sangat rindu
doa senantiasa dikirim untuknya
aku ini kan hartanya
tapi, aku tak mahu menulis sedih-sedih hari ini
aku ingin coretkan sesuatu yang indah
setelah ayah pergi, aku mengaku, sedikit sebanyak semangat untuk sambung belajar aku terus ranap
kau boleh baca post belog dahulu
kau tanya sahaja sahabat-sahabat rapatku
kau tanya sahaja ibuku
sampai aku harus meminta maaf kepada ibu, sebab aku membuatnya susah hati
tak, aku tak salahkan pemergian ayah
kau tahu, sebenarnya, bila kau hilang seseorang yang kau tak pernah hidup tanpanya
kau kata kau kuat, tapi kau tahu, tiap-tiap cebis hati kau tu, lukanya, hanya Allah sahaja yang tahu
tapi dua tahun ini, aku pulihkan hati aku sedikit demi sedikt
pulihkan semangat yang rapuh tu
aku belajar untuk redha dan bersyukur
Selepas ayah pergi, aku banyak evaluate diri
aku bersyukur, ayah pergi bila aku sudah dewasa
aku sudah faham dan hadam dan hadap apa itu erti positifkan diri dan minda
aku sudah kenal Allah
jadi proses untuk pulih semangat itu, tidaklah selama yang aku sangka
kau tahu, apa yang aku belajar daripada pemergian ayah?
Aku belajar untuk syukur
Aku bertuah, sangat bertuah, sangat-sangat bertuah
Aku dikelilingi insan yang sayang pada aku, yang bagus agama dan akhlaknya
Aku bersyukur, kerana untuk itu, aku sentiasa ingat kepada Allah
p/s: Adakah orang yang kita sayang, betul-betul mati?
Aku tak rasa begitu
Yang disayangi itu hidup dalam doa, dalam kenangan, dalam hati
*Al fatihah
1 orang mengutuk:
Al-Fatihah untuk allahyarham ayahnya tapi kalau dia tengok dari sana bahawa anak dia ranap selepas pemergiannya... alangkah sedihnya... dia nak anak dia tabah dan bersandar kepada Allah yg kekal abadi...
salam singgah
Post a Comment