Thursday, February 10, 2011

korang nak Islam kena tindas ke?

assalamualaikum

ok, this time, it would be serious part..

look around you, korang ikot tak perkembangan ssaudara seagama kita dekat mesir tu? siapa yang participate prostest tu, it's the YOUTH, BELIA Egypt. apa yang aku respect dan tabik spring toink toink ialah semangat protest mereka yang sangat konsisten. ni dah masuk minggu ke berapa masih lagi berprotes supaya si diktaktor Hosni  Mubarak (mind the spelling) itu digulingkan.
tengok, belia yang ramai protes!!!
berita terbaru: mubarak kejam tu nak transfer kuasa ke vice presiden nya, Omar Suleiman

apatah lagi, meledaklah kemarahan para protestor (mind the rojak) di Tahir Square dan seluruh umat manusia yang menyokong perjuangan mereka. dan amat membanggakan bila semangat mereka makin kuat.

KITA NI BELIA MACAM MANA?


kita, maksudnya aku, kamu dan mereka yang masih di alam belia. ye, kita ni belia macam mana?

masih lepak tepi jalan, hisap rokok kepul kepul telan asap?

masih suka-suka duduk dua-dua dengan buaya-pren di tempat sunyi?
masih berangan nak jadi artis terkenal?
masih duduk tengok cerita korea sampai waktu solat pun entah ke mana?
dating je kejenye!!

atau, sibuk timba ilmu pengetahuan?

guys and girls, ada satu pepatah arab kata "setiap benda yang jatuh, pasti ada orang yang kutip"
tak percaya, ko letak handphone 33sekupang ko atas jejantas, ko rase seminggu lepas tu ada lagi ke benda tu? takdenya, aku rase letak sejam pun dah wassalam dah..
so, apa kena mengena kan?

umat Islam, zaman kemunduran dulu, mereka melepaskan ilmu, kekayaan dan kuasa, dan menganggap Islam tu hanya di dalam masjid. padahal mereka lupa, umat Islam pada zaman keemasan kita, mereka kaya dengan ilmu dan harta benda, kalau nak cakap pasal amal ibadah tak payah cakaplah, tip top habis.

dan bila ilmu, kuasa,kekayaan dilepaskan, siapa yang kutip?

kaum kafir yang kutip, dan lihat apa yang terjadi sekarang?
ada kita hidup aman damai macam masa Islam kuat dulu?
ada saudara kita di Palestin hidup bahagia aman?

bila kafir yang perintah, lihat apa yang terjadi, perang sana-sini, kita punya maruah diinjak, orang dah tak pandang Islam tu mulia, siap islamophobic  lagi(orang yang jahil, baca dan faham taknak)

even sesetengah orang Islam itu sendiri yang cuba jatuhkan saudara sendiri, cuba pesongkan ajaran agama

dan tak keterlaluan kata, hidup ramai orang yang dalam law kata dia Islam tu, cara hidup dibentuk oleh kafir, bukanya apa yang diajar oleh the best life manual, Al-Quran + Al-Hadith

PENGAJARAN


kita dah di motivasikan dari kita lahir lagi "marilah menuju kejayaan"
kejayaan DUNIA dan AKHIRAT
bukan kejayaan dunia sahaja, sebab dunia hanyalah penjara sahaja untuk muslim
dan bukan kejayaan di akhirat sahaja, sebab Islam bukan setakat hanya di dalam masjid sahaja

kejar ilmu, cari ilmu, niat kan hanya untuk Allah
kita pinjam semua nikmat atas bumi ni, bayarannya untuk beribadah dan berkhidmat untuk agama
buat korang masih di alam mimpi, bangun lah woi, kalau korang masih bermimpi, senang-senang korang kena pijak,kena tindas, hidup mewah pun, tapi dikawal oleh nafsu dan maksiat, tak guna weyh!!
bangun teddy!!!

kita belia weyh, masa hadapan kat bahu kita..kalau kita muslim ni tak terror,kau nak suroh siapa nak jadi pemerintah, si kafir?

weyh, silap-silap hari bulan, nak solat pun kena sorok2...

p/s: ni aku olah ikot style aku dari apa yang aku dapat sedikit sebanyak dari forum ustaz amirul vs dr.amirul semalam.




aku harap kita sama-sama dapat buka mata


5 orang mengutuk:

budak kecik said...

belia yg masih x sedar diri...

Nurin Farhanah said...

harap-harap adalah yang dah buka mata tu,
belia aset negara, tiang perjuangan

MKI said...

mantap!

Nurin Farhanah said...

@mki

thanx, just my humble opinion je

ekabukanmakcikkau. said...

aku tak layan citer korea dah skang ni . aku layan report fizik je okay sobs sobs .

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger