Monday, January 31, 2011

Ya Allah, selamatkan kawan kami di Mesir..

assalamualaikum

rusuhan di Mesir, memang betul-betul membimbangkan. dari rusuhan di Tunisia, berjangkit pula ke Mesir.
rusuhan, of coz, menggulingkan pihak pemerintah.rusuhan mesir pula: menggulingkan si firaun Hosni Mubarak.

yang paling aku risaukan, keadaan warga Malaysia terutama pelajar-pelajar kita di sana. kebanyakan mereka sebaya dengan aku, kawan-kawan aku, saudara mara aku.. bila dah jadi macam ni, hanya doa sahaja yang dapat aku hantar, doa selamat sahaja mereka, dan doa cepatlah mereka keluar dari mesir tu

ibu aku selalu cakap: syukurlah akak dulu tak mintak medik mesir dulu..kalau tak, mesti tak tidur malam..
kesian ibu, ayah pun bukan sihat mana pun, the last thing i'd do is to make them worried..
ada hikmah bila i choose to be here not other parts in the world

kalau korang nak baca apa-apa info, aku recommend sini.

pengajaran:
1) pemerintahan kukubesi, zalim dan ala firaun takkan kekal lama, pemerintah sebegini, baik get ready  kena bunuh je..
2) jangan jadi di Iraq, orang luar gulingkan pemerintah, terus dijajah orang luar. sebaiknya revolusi dibangkitkan rakyat sendiri
3)keluar mengundi, undi pemerintah anda, nasib bangsa di tangan anda
4)kadang-kadang, demi agama, pertumpahan darah perlu.

oh, aku tahu pengajaran aku ni, takde kena sangat dengan tajuk entry aku, tapi aku saja nak bagitau apa kepla otak aku dapat rumus setelah berapa tahun aku hidup atas bumi ni.

doakan kawan kita di mesir, doa saudara seislam kita di mesir, doa mereka dan kita dapat pemerintah yang memperjuangkan islam, bukan memperjudikan islam

‎''Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.''-Al-Imam Syahid Hassan Al-Banna

2 orang mengutuk:

Bijen M. said...

Ya Allah.
Peliharalah keamanan di Malaysia.
:D

Nurin Farhanah said...

amin

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger