Thursday, March 29, 2012

jerangkung

i must say

fighting your own skeleton in your very own closet is hard


restraining myself, from what i believe are cool stuff back then
 and fighting myself against what i  usually did

it's hard
must say, a lot of tears had been shed

and there's a lot of bad nurin farhanah to get rid of

saying to myself, path to Jannah is not easy
and still lots need to be changed

Monday, March 26, 2012

campaign

source: SUE ANNA JOE

Saturday, March 24, 2012

Al Quran yang beri rasa bahagia

assalamualaikum

kawan-kawan ramai yang pergi konvensyen bidadari dunia tu

aku? masa orang ajak dulu, aku berbelah bahagi sebab aku tau hari minggu sama ada duduk bertapa dalam lab atau siapkan kerja yang terbengkalai

alasan, nurin..kalau betul2 nak, tak kisah pun patutnya

jadi, seorang sahabat berkongsi sedikit

buka Al-Quran
surah Al Imran
ayat 133-135

baiklah, buka sekarang, baca ayat dan terjemahannya

133. dan bersegeralah kamu mendapat keampunan daripada TuhanMU dan syurga yang seluasnya langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa

134. (iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya), di waktu senang mahupun susah, dan orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan orang. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan

135. dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? dan mereka tidak lagi meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui

jauhnya aku dari sifat orang bertakwa tu

ada orang bagitahu,
kalau kita buat salah kat orang, berkali-kali kita minta maaf kat dia
kalau kita buat dosa, berapa kali kita rasa bersalah dan mohon ampun dari Allah

jangan buat salah, lepas tu minta maaf, lepas tu buat balik

p/s: cantik ayat Allah bagi kat kita....^^

Friday, March 23, 2012

tarik nafas
hembus

hirup teh vanila

mata tengok langit kelabu

senyum

mata pandang balik ke skrin
blog seseorang



“Kita bukan nak buktikan kita betul, kita nak bagitahu apa yang dia buat tu salah”


tak semua orang ada kekuatan tu
tak semua orang boleh terima bila kena tegur

sebab orang selalu pandang orang yang memberitahu
bukan dengar apa yang nak diberitahu

kalau orang kata, tengok cara orang tegur,
oh yeah? really? *skeptik
guna ayat semanis gula sekalipun, kalau dah terasa
terasa jugak

live your life well
buat salah tu normal
dan normal bila orang tegur balik

lagi teruk kalau sampai bila-bila kita salah, orang tak tegur
tu namanya orang sekeliling tak sayang kita




 

Tuesday, March 20, 2012

lihat sahaja pada cermin
lihat sahaja pada bayang yang terpantul dari cermin tompok itu
katakan 'padan muka'

baguslah, bertangguh kerja
tahniah
lihat mana akhirnya kamu berada

p/s: baru sedar, banyak benda hendak kena hantar minggu hadapan
hapuskan angan hendak ke mana-mana minggu ini
tahniah lagi sekali

Wednesday, March 14, 2012

nanti
bila aku dah ada anak nanti, insya Allah
aku tak nak ulit tidur mereka dengan cerita cinderella, snow white, rapunzel
juga tak nak jadikan tun teja tun fatimah sebagai serikandi

perempuan bukannya helpless, sampai tunggu lelaki jadi knight in shining armour
bukan sanggup jadi anak derhaka semata- mata nak lari dengan lelaki lain

mari jadi seperti sabarnya Fatimah
mari bercinta dengan ilmu sebagaimana aisyah

kenapa cerita fairy tale selalu tunjuk perempuan ni helpless and hopeless?
oh, nama pun fairy tale

Sunday, March 11, 2012

mabuk darat

WARNING: entri yang memalukan dan mual (ok, untuk aku je lah)

perkara yang aku sangat takut dah terjadi petang tadi

it's all started, masa aku nak balik UM, naik ktm dari stesen seremban
oh yes, packed with people
kali ni, memang gaya sardin terlebih kuota tin
bayangkan nak masuk tren tu pun gaya nak pergi ambush musuh

dan, akhirnya, kenalah berdiri dekat dengan pintu
dah lah dengan lelaki belakang aku (oh ye, lelaki. di. dalam. koc.wanita.sekian)
dengan kaki tak terpijak sangat atas lantai
dengan kaki twisted
dengan tiada udara segar
dengan bau perfume berbagai

dan akhirnya, aku black out, sekejap
dan dah buat bunyi orang nak muntah

dan sangat terharu bila seorang mak cik hulurkan plastik dan tisu
dan seorang cik adik tolong buka plastik untuk aku
siap tanya "nak ke mana ni, nak duduk tak?'

dan aku hanya mampu ambil plastik itu dan
buang isi perut
aku ingat ada orang urut belakang (beg) aku waktu tu

akhirnya, aku turun stesen batang benar
untuk teruskan muntah dan udara segar
dan tunggu tren seterusnya untuk pulang ke kl

terima kasih untuk yang tolong aku tu
semoga dirahmati Allah selalu

p/s: dan aku hilan payung lagi dalam tren, kali kedua untuk semester ni
p/s/s: ketika menaip, aku terasa pening lagi

Thursday, March 8, 2012

be harsh on myself

bila mulut terlampau banyak berbicara
mula lah terkeluar cerita entah apa
butir kata pun penuh dengan lagha

aduhai

bagaimana ya mengingat diri bercerita apa yang baik sahaja
bukan berbicara seenaknya

kalau lidah tidak dijaga, selayaknya akhlak diri ini di tahap mana?

p/s: selalu rasa nak tampar muka sendiri, kononnya kurang bergaul dengan lelaki, tetapi bila bercerita, wah! seenak-enaknya nama si polan ini, si polan itu yang keluar
dasar perempuan tak tahu malu

nak menjawab kat akhirat nanti, bagaimana, nurin?

Tuesday, March 6, 2012

memilih pasangan hidup

assalamualaikum

hendak tunggu sebuah download jurnal menggunakan wifi UM memang menguji tahap kesabaran
yang kelakarnya, kalau lagu kat youtube, laju pula

untuk 'membunuh masa' menunggu tu, aku duduk melayari blog Fatimah Syarha
dan aku tertarik mengenai topik 'bercinta sebelum nikah' (ah, biasalah)

aku tertarik mengenai salah satu point penting yang diusulkan Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan


Perkara yang sesuai dirisik ialah ---> adakah sesuai antara keduanya dan kemungkinan akan berhasil menikah jika dilihat dari 
- kemampuannya secara psikologi 
- kematangan akal 
-kemampuannya secara ekonomi 
- keadaan sosialnya 
-tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahannya dari salah satu pihak, atau keluarganya atau adat tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya 


bukan lelaki sahaja merisik perempuan, perempuan juga perlu merisik sang calon itu
ada orang kata, perempuan jangan terlalu memilih
tetapi, kalau salah pilih, ke mana arah perkahwinan itu, ye?


p/s:aku teringat kata-kata ibu bila melihat pasangan artis ni bercerai 
"orang lelaki sekarang kurang matang, kurang ilmu"

Sunday, March 4, 2012


If you want happiness for an hour, take a nap.
If you want happiness for a day, go fishing.
If you want happiness for a year, inherit a fortune.
If you want happiness for a lifetime, help someone else.

'b
bila tolong orang,
rasa bahagia 
lebih-lebih lagi bila tolong orang yang tak kenal

Alhamdulillah, Allah hantar orang untuk kita tolong, 
tolong orang untuk tolong diri sendiri juga
 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger