Saturday, March 24, 2012

Al Quran yang beri rasa bahagia

assalamualaikum

kawan-kawan ramai yang pergi konvensyen bidadari dunia tu

aku? masa orang ajak dulu, aku berbelah bahagi sebab aku tau hari minggu sama ada duduk bertapa dalam lab atau siapkan kerja yang terbengkalai

alasan, nurin..kalau betul2 nak, tak kisah pun patutnya

jadi, seorang sahabat berkongsi sedikit

buka Al-Quran
surah Al Imran
ayat 133-135

baiklah, buka sekarang, baca ayat dan terjemahannya

133. dan bersegeralah kamu mendapat keampunan daripada TuhanMU dan syurga yang seluasnya langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa

134. (iaitu) orang yang menafkahkan (hartanya), di waktu senang mahupun susah, dan orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan orang. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan

135. dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? dan mereka tidak lagi meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui

jauhnya aku dari sifat orang bertakwa tu

ada orang bagitahu,
kalau kita buat salah kat orang, berkali-kali kita minta maaf kat dia
kalau kita buat dosa, berapa kali kita rasa bersalah dan mohon ampun dari Allah

jangan buat salah, lepas tu minta maaf, lepas tu buat balik

p/s: cantik ayat Allah bagi kat kita....^^

1 orang mengutuk:

hei_na said...

hey cik paan!saya suke,saya suke..:)

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger