Thursday, February 10, 2011

korang nak Islam kena tindas ke?

assalamualaikum

ok, this time, it would be serious part..

look around you, korang ikot tak perkembangan ssaudara seagama kita dekat mesir tu? siapa yang participate prostest tu, it's the YOUTH, BELIA Egypt. apa yang aku respect dan tabik spring toink toink ialah semangat protest mereka yang sangat konsisten. ni dah masuk minggu ke berapa masih lagi berprotes supaya si diktaktor Hosni  Mubarak (mind the spelling) itu digulingkan.
tengok, belia yang ramai protes!!!
berita terbaru: mubarak kejam tu nak transfer kuasa ke vice presiden nya, Omar Suleiman

apatah lagi, meledaklah kemarahan para protestor (mind the rojak) di Tahir Square dan seluruh umat manusia yang menyokong perjuangan mereka. dan amat membanggakan bila semangat mereka makin kuat.

KITA NI BELIA MACAM MANA?


kita, maksudnya aku, kamu dan mereka yang masih di alam belia. ye, kita ni belia macam mana?

masih lepak tepi jalan, hisap rokok kepul kepul telan asap?

masih suka-suka duduk dua-dua dengan buaya-pren di tempat sunyi?
masih berangan nak jadi artis terkenal?
masih duduk tengok cerita korea sampai waktu solat pun entah ke mana?
dating je kejenye!!

atau, sibuk timba ilmu pengetahuan?

guys and girls, ada satu pepatah arab kata "setiap benda yang jatuh, pasti ada orang yang kutip"
tak percaya, ko letak handphone 33sekupang ko atas jejantas, ko rase seminggu lepas tu ada lagi ke benda tu? takdenya, aku rase letak sejam pun dah wassalam dah..
so, apa kena mengena kan?

umat Islam, zaman kemunduran dulu, mereka melepaskan ilmu, kekayaan dan kuasa, dan menganggap Islam tu hanya di dalam masjid. padahal mereka lupa, umat Islam pada zaman keemasan kita, mereka kaya dengan ilmu dan harta benda, kalau nak cakap pasal amal ibadah tak payah cakaplah, tip top habis.

dan bila ilmu, kuasa,kekayaan dilepaskan, siapa yang kutip?

kaum kafir yang kutip, dan lihat apa yang terjadi sekarang?
ada kita hidup aman damai macam masa Islam kuat dulu?
ada saudara kita di Palestin hidup bahagia aman?

bila kafir yang perintah, lihat apa yang terjadi, perang sana-sini, kita punya maruah diinjak, orang dah tak pandang Islam tu mulia, siap islamophobic  lagi(orang yang jahil, baca dan faham taknak)

even sesetengah orang Islam itu sendiri yang cuba jatuhkan saudara sendiri, cuba pesongkan ajaran agama

dan tak keterlaluan kata, hidup ramai orang yang dalam law kata dia Islam tu, cara hidup dibentuk oleh kafir, bukanya apa yang diajar oleh the best life manual, Al-Quran + Al-Hadith

PENGAJARAN


kita dah di motivasikan dari kita lahir lagi "marilah menuju kejayaan"
kejayaan DUNIA dan AKHIRAT
bukan kejayaan dunia sahaja, sebab dunia hanyalah penjara sahaja untuk muslim
dan bukan kejayaan di akhirat sahaja, sebab Islam bukan setakat hanya di dalam masjid sahaja

kejar ilmu, cari ilmu, niat kan hanya untuk Allah
kita pinjam semua nikmat atas bumi ni, bayarannya untuk beribadah dan berkhidmat untuk agama
buat korang masih di alam mimpi, bangun lah woi, kalau korang masih bermimpi, senang-senang korang kena pijak,kena tindas, hidup mewah pun, tapi dikawal oleh nafsu dan maksiat, tak guna weyh!!
bangun teddy!!!

kita belia weyh, masa hadapan kat bahu kita..kalau kita muslim ni tak terror,kau nak suroh siapa nak jadi pemerintah, si kafir?

weyh, silap-silap hari bulan, nak solat pun kena sorok2...

p/s: ni aku olah ikot style aku dari apa yang aku dapat sedikit sebanyak dari forum ustaz amirul vs dr.amirul semalam.




aku harap kita sama-sama dapat buka mata


Monday, January 31, 2011

Ya Allah, selamatkan kawan kami di Mesir..

assalamualaikum

rusuhan di Mesir, memang betul-betul membimbangkan. dari rusuhan di Tunisia, berjangkit pula ke Mesir.
rusuhan, of coz, menggulingkan pihak pemerintah.rusuhan mesir pula: menggulingkan si firaun Hosni Mubarak.

yang paling aku risaukan, keadaan warga Malaysia terutama pelajar-pelajar kita di sana. kebanyakan mereka sebaya dengan aku, kawan-kawan aku, saudara mara aku.. bila dah jadi macam ni, hanya doa sahaja yang dapat aku hantar, doa selamat sahaja mereka, dan doa cepatlah mereka keluar dari mesir tu

ibu aku selalu cakap: syukurlah akak dulu tak mintak medik mesir dulu..kalau tak, mesti tak tidur malam..
kesian ibu, ayah pun bukan sihat mana pun, the last thing i'd do is to make them worried..
ada hikmah bila i choose to be here not other parts in the world

kalau korang nak baca apa-apa info, aku recommend sini.

pengajaran:
1) pemerintahan kukubesi, zalim dan ala firaun takkan kekal lama, pemerintah sebegini, baik get ready  kena bunuh je..
2) jangan jadi di Iraq, orang luar gulingkan pemerintah, terus dijajah orang luar. sebaiknya revolusi dibangkitkan rakyat sendiri
3)keluar mengundi, undi pemerintah anda, nasib bangsa di tangan anda
4)kadang-kadang, demi agama, pertumpahan darah perlu.

oh, aku tahu pengajaran aku ni, takde kena sangat dengan tajuk entry aku, tapi aku saja nak bagitau apa kepla otak aku dapat rumus setelah berapa tahun aku hidup atas bumi ni.

doakan kawan kita di mesir, doa saudara seislam kita di mesir, doa mereka dan kita dapat pemerintah yang memperjuangkan islam, bukan memperjudikan islam

‎''Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.''-Al-Imam Syahid Hassan Al-Banna

Wednesday, January 19, 2011

kau hidup atas bumi ni sebab apa?



assalamualaikum

cuti thaipussam..aku lepak bilik sahaja, yelah, takkan aku nak panjat Batu Caves pulak. cuti satu hari ni nak rehat minda, badan. aku tak tahu lah entah kenapa asyik letih semedang je. mesti kurang nutrient ni.

masa aku dok godek-godek fb, aku perasan seorang kawan aku share video di atas..really inspiring...

WHAT IS YOUR PURPOSE OF LIVING


aku respect mamat india kerana beliau sangat caring, thuoghtful, beliau seorang yang AMAZING!!

realiti hidup:
ramai orang boleh bagi derma, tapi berapa ramai sanggup turun padang tolong orang?
ramai orang boleh kutuk dosa, tapi berapa ramai sanggup basmi dosa tu?
ramai orang boleh bersyarah itu ini, tapi berapa ramai sanggup laksanakan apa yang diceramahkan?
ramai orang tulis dalam blog itu ini, tapi berapa ramai blogger take actions?

manusia boleh bercakap, semua manusia ada pendapat masing-masing,
tapi tak semua berani laksanakan..
bagi aku, lebih baik aku diam, tak pun cakap pasal benda lain dari cakap tapi tak buat apa

purpose of living is to give, so start giving..

berhenti cari salah orang, padahal salah sendiri tak sedar.
berhenti kutuk orang, padahal tak sedar mengutuk diri sendiri

berhenti ceramah itu ini, debat itu ini,
padahal nanti entah apa yang dapat dari debat dan ceramah

if you have ideas, said it, and do it...

Friday, January 14, 2011

miss seseri days...so much part 1


assalamualaikum

apa cerita?? i was going through the old album in my laptop, and of course, my seseri heyday's album..miss those memories and everyone in it...

form 4 till form 5, aku masuk Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, KL..(jangan samakan kami dengan SSP, kami berbeza)...yes, i was in girl school back then... some people said " sekolah sejenis tak best, co-ed la best", tapi aku boleh cakap "if your meaning fun is to have bf-gf relationship only, and your optimum goal only to have such lovey dovey story, your life IS SUCK and NO FUN at ALL!!"

sekolah perempuan BEST!! no silly boys around us, finally!!! kami bebas menjadi diri sendiri...and aku participate banyak benda yang i will not do it again in UM..


 oh yes, even we in the heart of KUALA LUMPUR, our school is REALLY cozy, cool, banyak pokok-pokok. dan tak keterlaluan aku cakap: aku tak pernah berpanas terik sebab sekolah kami sangat sejuk dan berangin..
dan view sekolah kami SANGAT CANTIK!! tengok gambar atas, komen sendiri...dan gambar bawah ni


the rules: ketat bagai dalam Azkaban (nasib warden tak seperti dementor). kami beratur nak pergi dinner masuk DM. we're even use fork and spoon to eat during breakfast, lunch, dinner and supper EVERYDAY!!
memang aku dah pakar pakai sudu garfu masa makan..fooh fooh..
nak masuk DM...

kami ada makan beradab (berkali-kali dengan tema tertentu)..dan kami suka adakan parti kelas, parti dorm..and during those time, kitorang akan dress up mengikut tema
parti dalam taman- 5 Dorisia
nama kelas : Adioda. Bakerara, Cattleya, Dorisia, Eliara, Fialaraa, Gastisia, Helpilia
nama rumah : Epidendrium (oren), Brassidium (hijau), Oncidium (kuning), Dendrobium (merah)
nama dewan: Dewan Gemala Puteri
nama gelanggang: Gelanggang Anggerik Sari (tempat PJ)
nama dewan makan: Dewan Graha Puri (somehow, kami panggil DM, tak guna nama ni)
warna tema:ungu

pelikkan namanya? oh lupa bagitahu, SESERI diinspirasikan dengan bunga ORKID. so,those terbelit-lidah nama kelas dan rumah merupakan nama saintifik nama orkid

aku punya station kat seseri:
nama rumah: Epidendrium
dorm: Epidendrium 2 (strategik habis: floor bawah, surau belakang dorm, bilik basuh, bilik tv, bilik iron sebelah je, toilet 2 dorm kongsi 1 toilet)
kelas: 4 Cattleya 2006, 5 Dorisia 2007
jawatan: budak biasa, Ketua Dorm (2007), pasukan koir...er, tak ingat lah
 
sebahagian ahli epi 2 2006

sehati sejiwa sejak 2006-2007
oh, aku malas nak upload gambar lagi, ada masa, aku cerita lagi..

saat bahagia budak2 straiht A's...^^,

Sunday, January 9, 2011

kisah sepetang di coach wanita

assalamualaikum

been a while, tak online, tak blgwalking, tak update...
weekend, cik paan balik nogoghi, teman ayah dekat hospital. couldn't say much about his health condition, all i can say that: alhamdulillah, bengkak ada surut sedikit, ayah seems to look a lot healthier (and bored)...tak perlulah cerita panjang dekat sini, aku kurang suka cerita benda sedih..

so, alkisahnya, setelah dua tahun jadi anak manja, parents hantar jemput, akhirnya, aku jejak kaki jugak dalam coach komuter yang laju bagai kura-kura tu. bila ingat balik, last time aku naik komuter, time aku kat PASUM dulu. dah masuk degree, mulalah gedik2 nak mintak parents tercinta hantar, heh!

so, aku agak eksaited la nak naik komuter, lagi2 naik ladies-pinky-coach, siap pakai baju pink lagi (gaya macam  boleh dapat diskaun je kalau pakai pink)..yelah, masa last time aku naik komuter mana ada coach pinky ni..
pakcik google bagi
so, dah duduk dalam tren (arah seremban), memang semua perempuan la.time tu duduk pun lepak habis, tak kisah lah naik sikit lengan baju sebab all ladies..sekali tetibe ada lah foreigner old guy dengan anak dia lepak kat coach kitorang. aku pun dalam hati berkata: wth!!! heh, nasib baik old guy..aku try la bersangka baik

tetibe, seorang caucasian yang hensem masuk coach pinky..siap duduk depan aku pulak tu!ceh! aku waktu tu nak je cakap kat mamat omputeh tu " can't u read? are u blind or extremely dumb?"
dah terang2 tulis ladies coach, takkan tak faham2 lagi..ceh, walau camne hensem pun mamat tu, kalau act as stupid as a cow, memang completely turn off la
kalau nickhun masuk ladies coach, memang turn off

aku balik ke UM balik pun perkara sama berlaku. siap ada mamat foreigner muka tak dipercayai masuk pulak tu. nasib baik ada aunty garang sebelah aku yang pergi sound..

aku nak cakaplah, guys, please respect women..ladies coach tu untuk KESELAMATAN perempuan, taknak tersentuh lelaki, taknak kena raba dekat sex-maniac, taknak kena pickpocket. sure, memang ada pencuri perempuan (wohoo, aku hampir kena)....i know, this is a daily common probs, but, still, tolonglah respect perempuan!!
ladies only at ALL TIMES!!
adakah anda buta huruf??
ketika aku nak turun stesen midvalley, terpaksa bergesel dengan lelaki untuk keluar dari pink coach tu...curse that guy!!tolonglah keluar bagi laluan!!

Tuesday, January 4, 2011

ingat budak sains tak kreatif ke???

assalamulaikum

ececeh, tajuk gaya macam nak bergaduh pulak (hehehhe)

entry ini aku tulis, sebab nak hapuskan streotaip orang yang selalu kata "budak sains tak kreatif!!"
lepas tu, ada pula mulut manis bagai lori gula tertumpah atas bibir cakap "budak sains kan nerdy"

sebagai pelajar fakulti sains, aku officially bengang!!!

dasar dan kreativiti ni amatlah luas. kita tak boleh nak kata "ko tak reti melukis, ko tak kreatif"..oh man, siapa yang cakap macam tu, that person is really narrow minded.
main gitar pun seni

memanglah korang tengok budak sains ni asyik dok menghadap buku siang malam, yang math pulak asyik tekan2 kalkulator sampai naik kematu tangan. kalau budak bio seperti paan, lagilah orang cakap "eeh, bio apa susah, hafal je lah. tak kreatif lansung"

dan sekali lagi, kepala paan berasap.fooh fooh fooh

in order to become a scientist, you need all these: brain ( a really good one), luas pembacaan (sure do), luck (semestinya), equipments (canggih), and CREATIVITY..
kita nak cipta benda baru, kenalah jadi kreatif, thinking outside of box. and scientist is  a problem solver :bukan cari jalan penyelesaian dalam  buku teks anda setebal 2 inch tu..
same goes to doctor..

dan kami pelajar sains juga, berbakat dalam bidang2 kreatif. some of us, memang sangat bagus melukis, ada yang pandai handcrafted, ada yang sangat pandai berbahasa...
motif gambar: tidak diketahui
dan cik paan pula: i celebrate good words..ahahhaa...ada orang puji gaya bahasa aku bila tulis sajak (terima kasih). dan aku tahu, tahap aku pun tak bagus mana pun. tapi aku memang jenis yang menghargai keindahan bahasa..kadang-kadang, boleh terkeluar falsafah sendiri..dan aku rasa seronok bila aku terjumpa ayat aku diguna oleh strangers...feel like woa!!

i used to have lots of compilation of poem, short stories, written by me. tapi banyak yang hilang sebab pindah randah..dalam blog ni pun aku pernah post poem aku..sekali je lah..itupun, takde orang baca..aku faham, tak semua orang hargai literature.

kalau korang rasa, korang tak kreatif, kenapa tak belajar buat sesuatu yang berseni. some of us are born with it, tapi kreativiti perlu dipupuk juga. aku dulu pun fail bab2 kerja2 keceriaan, tapi setelah terpaksa dan sukarela belajar, at least, aku boleh buat sendiri aku punya scrapbook, cover nota, etc.

apelah aku merepek ni....heh~


p/s: alhamdulillah, dapat tilam baru, tak perlu nak merempat lagi..

Monday, January 3, 2011

kisah perang yang terlampau!!

assalamualaikum

baru aku perasan, sejak dua menjak ni, semedang aku dok tulih pasal perasaan dan hati..rasanya korang yang dah baca kisah aku (ada ye?? trimas!!) dah tahu apakah yang telah berlaku.

dan salah satu penyebab segala ________ (please fill in the blank) ialah condition bilik aku di kolej.

okey, meh duduk, jemput makan oreo tu, cik paan nak bercerita ni...

alkisah, hikayat dikarang bila cik paan mendapat kunci. pintu bilik dibuka. jeng jeng jeng...

"walaweyh!!!busuk habis ni!!!"

bilik kami telah diserang oleh KENCING TIKUS!!!!

oh yeah!!! memang cik tikus selalu datang menjenguk bilik kami terutamanya pada waktu malam. dan cik tikus ini ada konsep self-service: makan makanan di atas meja, rak makanan, pendek kata, apa saje yg ade semua disapu...tiap kali cuti panjang, memang bilik akan dihujani najis mutawasitah hasil kumbahan cik tikus (weyh, ko ingat bilik aku ni tanki Indah Water??)
tertuduh lagi besar berganda daripada ni


misi : mari mencuci part 1
tarikh: 31 disember 2010

aku rasa, aku tak nak upload gambar. nanti korang tak lalu makan seminggu, aku tak ambil port..cuma, korang bayangkan sampai ketam punya kaki pun ada atas katil..tu belum, bau kencing yang sangat kuat dan najis yang bergelimpangan.katil pun dah bau semacam.kemuncak cerita, kitorang terjumpa 2-3 ekor tikus didalam tilam. aku pun boleh terjerit kecil tanpa sempat control macho lagi...

misi: mari mencuci part 2
tarikh: 2 januari 2010
masa: 9.30 malam

akhirnya, operasi mencuci, sterilising dan mensucikan bilik berlansung. kitorang tunggu roomate lagi seorang balik, baru nak kemas.
ala2 cam ni lah aku pakai

dan dengan pakaian ala-ala nak membasmi kuman H1N1 (aku sekali headphone yang baru dan tersangat cool), kami cuci lah bilik kami tu..lama jugak bersihkan, siap taruk racun tikus lagi (matilah kau!!HAHAHAHAH)

tapi, bilik tu tak boleh ditiduri  nak tidur kat dalam lagi. sebab tilam pun telah menjadi taman tema cik tikus, so, terpaksa lah merempat ala-ala pelarian di bilik kawan sendiri..

esoknya, pergi minta tilam baru, tapi tiada response yang diharapkan sehingga kini (ayat nak skema)

dan cik paan masih merempat di bilik budak kechik....terima kasih
 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger