Monday, December 10, 2012

membebel: ibu bapa

aku memang orang yang tak sepatutnya bercakap pasal hal ini
ialah, nikah pun belum, apatah lagi menjadi seorang ibu
dan belum tentu lagi aku akan pegang tanggungjawab menjadi ibu
dan belum tentu aku akan jadi ibu yang baik

still,
aku ialah seorang kakak, 4 orang adik
dan kami adik beradik agak jauh sedikit perbezaan umur
aku pun bertanggungjawab atas hal ehwal adik-adik kecil aku

ibu ada cakap "emak2 sekarang ni kurang concern pasal anak-anak dia"

aku bersetuju dengan ibu aku.

masa MAHA hari tu, aku kena jaga booth lab aku
jadi dalam waktu tengah hari aku akan naik 3 tram pergi ke booth aku (jauh, wa cakap lu lah)
punyalah ramainya umat manusia, bersesak panas
aku rasa kasihan pada budak-budak kecil, mungkin bawah tiga tahun yang ikut
muka merah-merah sebab panas bersesak, siap melalak lagi
"they shouldn't be here" itu yang aku fikir
MAHA bukannya tempat taman tema, dan dalam keadaan macam itu, untuk budak-budak sekecil tu, sepatutnya tinggal sahaja di rumah atau bawa sahaja ke tempat yang lebih baik
oh, lupa, mak ayah nak sangat pergi MAHA kan, sampai sanggup kelek anak kecil macam tu
tak kasihan ke kat anak?

tu belum lagi kes parents shopping sakan sampai terlepas pegangan anak
kes berebut naim tram, tapi anak ntah ke mana
atau kes anak dilanggar orang ramai yang tengah bersesak tu
yang kelakarnya siap parents tu siap marah "hoi, tak nampak ke budak ni"
nak je aku cakap "puan, saya yang besar ni pun kena langgar, kenapa tak dukung je anak tu"
lain kali, dukung je macam ni

tu baru kat MAHA tu

aku masih ingat lagi masa aku keluar dari ktm-tin-sardin, nak keluar punyalah susah sebab orang sibuk nak masuk dalam koc, padahal orang nak keluar tak keluar lagi
aku pun main redah je lah
tiba-tiba aku perasan aku punya botol air terlanggar sesuatu, kepala budak
dan mak dia "hoi, tak nampak ke budak ni!"
aku tak rasa tu salah aku, sebab hak aku untuk keluar,
si emak pun tak jaga anak, sibuk pegang barang shopping, suruh anak berebut masuk koc
i felt sorry to the boy, mesti luka.
masa tak sesak
lagi satu, aku tak tahulah orang lain
tapi ibu ayah aku ambil berat pasal hal najis ni
kalau kami masih kecil dulu, kalau nak ke tandas, ibu ayah memang teman
nak pastikan istinjak betul-betul, lantai tandas dah bersih selepas guna
supaya najis tak dibawa ke serata rumah

tapi, bila ada tetamu datang beraya, suka-suka dia biar budak kecil tu pergi toilet sendiri, without any supervision
jadi akulah yang kena check, cebok (homai!)
ayah kata "masa tulah nak tunjuk akak ni suka budak-budak"
oh no, aku concern pasal kalau tak bersih betul, habis satu rumah dah kotor najis

                      WHAT THE HELL IS WRONG WITH PARENTS NOWADAYS?

ibu cakap, anak-anak tu tanggungjawab
menjadi ibu, maksudnya segala kepentingan diri dah tak penting lagi, anak-anak diutamakan
yang aku nampak, once you get married, get pregnant, kau kena bersedia, hidup kau paling utama sekali anak-anak
there goes your free time to surf internet, to gossiping your friends, even giving up watching your favourite drama, selagi hal anak-anak tak settle lagi
 
budak perempuan sibuk nak kahwin lah, cinta dua hati bertaut lah
dah bersedia ke nak jadi ibu?
dan jadi ibu tu bukan hanya bermain dengan dia je, kau kena jaga segala-galanya pasal dia, termasuk korban waktu tidur, mungkin korban kerjaya sekali
dah bersedia?


p/s: dah bersedia ke aku? tak, sebab aku nak kejar impian aku dulu


2 orang mengutuk:

budak kecik said...

ak pernah nampak, mak ayah busy dgn ipad memasing. tp anak2 dibiarkan main mcm tu je.

yep. ak rasa kawen bukan impian utama ak utk umur ak yg mcm ni. even dlm hati, ohh mama, saya mahu kawen! tp bila dipikirkan sedalam2 nya, byk lg bnda ak nk buat sebelum betul2 dh ready utk jd isteri dan ibu..

Nurin Farhanah said...

itulah, ibu pun menyampah tengok mak2 sekarang leka tengok ipad semua anak entah ke mana

tipulah kalau takde perasaan nak kahwin, aku pun ada, but still. aku tetap rasa sebelum kahwin tu, kena ada reality check

adakah kita dah bersedia?

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger