Sunday, October 31, 2010

kim hyun joong vs cho kyuhyun..


kyu: paan!!!chaiyok!!!sarangahae!!!
paan: *blush*

hehehehe...jangan jeles... aku dapat wish dari kyuhyun oppa..ehehehhe...

hyun  joong oppa!!
asaalamualaikum

hahahahha..entry ni dibuat setelah aku dapat pujian kritikan kerana suka sangat dengan KOREAN'S ACTORS AND K-POP IDOL... ish, menyibuk sungguh!!!
kisah percintaan suka aku ni bermula sejak aku Form 1 lagi...tengok citer korea banyak sangat. dan setiap kali aku tengok citer korea tu, aku akan claim mamat paling hensem dalam citer tu ialah MY BOYFRIEND...
tabiat tu tak berhenti lagi, even aku dah menginjak ke alam 20-an...adeh...

tapi, sejak PASUM, aku dah upgrade, siap panggil oppa (abang) lagi...ahahhaha...dan aku mula lah suka BigBang, Super Junior, B2st, dan 2PM...yang lain tu aku malas nak dengar sangat

kyuhyun ni, aku suka sebab dia ni nakal, suka main game, antara ELFs (fan SuJu), kitorang panggil dia evil maknae sebab suka usik orang...aku suka betul trait dia nie...hahahha


ni pulak, kim hyun joong (yang kitorang dok kecoh2 tu). dia ni leader ss501. aku tak lah suka sangat ss501 ni.kalau korang tengok boys over flowers, dia jadi Yoon Ji Hoo... 
aku start suka dia nie sebab tengok Playful Kiss lah...dalam tu dia pegang watak Baek Seung Jo..sangat cool.
dia ni kelakar orangnya..paling suka tengok dia senyum...hikhikhikhik




Saturday, October 30, 2010

menghadapi kemarahan orang...

assalamualaikum

kalau kena marah macam ni????

aku ini, anak degil, anak manja, anak mengada2, anak keras kepala, anak pentingkan diri...
mungkin kamu fikir aku begitu...
dan aku mengaku...aku memang begitu
tapi pernah ke kamu menelah hati ini dalam dalam?
pernah ke kamu melihat ke mata ini?

kamu mungkin keluarga
yang bertahun mengenali diri ini
tapi walau sejuta tahun kita bersama
kamu tidak mampu menelah diri ini

ayah dan ibu, sayang ku tertumpah sepenuhnya ke atas mereka
adik-adik ku, saban hari aku doakan agar mereka lebih baik dariku
sakit mereka, aku harap biar aku sahaja yang tanggung
sedih mereka, biar diri ini yang terbeban
tahukah kamu, 
aku belum mampu melihat mereka satu-satu hilang dari pandangan mataku
keselamatan mereka sentiasa aku pohon

mungkin kamu rasa, aku pentingkan diri 
mempengaruhi mereka tidak ke sana
tahukah kamu, aku merelakan mereka ikut kamu bersama
walau hati ini penuh walang dan kerisauan
jalan licin, musim tengkujuh
sungguh aku risau

ini bukan kerana peperiksaan
ini hanya kerana hati seorang anak
hati seorang kakak
yang risau dan berbelah bahagi
bila ibu berat hati ke sana
aku sedikit bersyukur
walaupun terkilan

maaf, kalau aku membuat rancanganmu pincang
maaflah hamba yang hina ini


Friday, October 29, 2010

kalau aku malas belajar...

mode minggu ni: penat!!!!

assalamualaikum

haiya!!!!sudah lama tak update blog maa!!! trimas kepada my busy schedule and tons of works and tests.. (tepuk tangan sikit *clap clap clap). alhamdulillah, selamat sampai KL setelag bergumbira pergi bercuti field trip ke Langkawi (read: utara a.k.a perak, perlis,kedah, langkawi)...part jalan jalan field trip tu nanti lah cerita. lagipun budak kecik ada tulis kat blog dia

paan's ranting... topic: kalau aku malas belajar

disebabkan banyak sangat kerja kena siapkan (padah buat kerja last2 minutes), tiba-tiba sel2 otak aku dah malas nak buat kerja menghadap genetic segala bagai...ish, cik otak, jangan lah jammed!! dan masa2 ni lah beberapa pemikiran jahat muncul...virus penyakit M telah menyerang sistem immune cik paan dan cik paan akhirnya masuk ke alam ghaib fantasi....

merepek je...back to topic..what to do kalau cik paan malas belajar...

kahwin???? erk, skip part tu dulu boleh...

1) aku nak belajar buat kek dan cupcake yang lagi sedap...ala2 cam nie...so, aku nak kerja kat kedai kek mahal, nak belajar buat kek....kehkehkeh

kek besday ^^,
cupcake comey!!

2) aku nak belajar buat coklat!!!


3) bila dah master, aku nak bukak kedai kek dan coklat...sweet habis!!!
yang paling penting: halal dan sedap
mesti laku punya lah
ala-ala camni lah, interior design mesti english country style

dah tu, takkan aku nak bukak kedai kek je, tak berkembanglah nanti..tak inovasi sungguh..so, kat kedai aku nanti ada perkhidmatan nak organise parties...tak kira lah party apa, kahwin ke, birthday ke, orang bersara ke, mourning party ke (erk, ade ke??)...aku punya speciality : garden party!!
ni kek kahwin, cantik kan???


lepas tu, aku pun ada perkhidmatan nak wrap kek, kuih, cupcake, nak buat hadiah ke, hantaran kahwin ke..






 4) aku pun nak belajar gubah bunga, dah alang-alang bukak kedai organise majlis kan??nani boleh jadi florist sekali, tak ke comel dan ayu jadinya aku nanti...ekekeke 

nanti, boleh gubah macam ni

5) lepas tu, aku nak bukak spa pulak!!


dan akhirnya,

 alahai...macam best je...tapi semua ni pun kena ada hardwork and strong determination..nuthing in this world is easy..if u have a dream, achieve it...aku bukan tak nak benda-benda di atas, tapi, aku rasa, aku hidup ni untuk agama Islam, untuk berbakti kepada agama, dan aku rasa insya Allah bidang aku sekarang akan membantu aku menjadi khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi ni...( korang misti tak faham kan??)

p/s: siapa nak tempah kek, sila hubungi cik paan punya jiran sebelah kampung punya anak tiri...

Thursday, October 21, 2010

kisah follow men-follow...

assalamualaikum

follower??

alkisahnya....
aku ni, memang sukalah stalking baca blog orang. tak kisahlah orang tu kawan aku ke, musuh ke,ntah siapa2 ke, memang keje akulah blog-walking, blog-hopping, bersiar-siar di dunia blog. bak kata budak kecik, aku ni suka sangatlah stalk blog orang....hey budak kecik, i'm reading their entries, okay, not stalking!!!

berikut ialah reasons aku suka baca blog

1) tabiat suka membaca 
-aktiviti kegemaran aku sejak kecil

2) facebook membosankan
-entri blog lagi panjang berbanding notes dalam fb

3) aku suka baca buah fikiran, pengalaman orang 
-so, lebih terbuka la minda aku, takde lah terkongkong dengan dunia UM aku ni. walaupun entry-entry blogger kadang-kadang sengal..tapi isi entry tu not bad, aku akan selalu lah datang buat semak trafik blogger tu... hehehehhe




dan, kalau blog tu best, aku pun klik butang follow tu...kalau ada apa-apa update, takde lah ketinggalan zaman..adalah banyak blog aku follow..

kisah follower pula...kalau korang scroll page ni ke bawah, korang boleh tengok berapa juta orang follower aku tu..kesian tak??hahahhaha.segan pulak nak taruk,tapi kalau tak letak, macam mana orang nak follow, kan??

kisahnya, aku mula2 berblog ni, aku ingat nak buat blog ni sebagai private, kalau korang tengok oldest entries aku, kan banyak guna bi dan ada hikayat hati dan perasaan sikit. tapi, lama-lama, aku rasa better buat publicly, atas sebab yang aku sahaja ketahui. mula-mula, aku tak nak orang follow aku, tapi dah lama-lama tu, aku rasa better ada follower, kira ramai la kawan sikit kat dunia blog ni..eceh...

tapi, aku tak nak lah paksa orang follow blog ni, ingat ni macam fb , twitter ke, konsep request-approve / follow-follower ni??? bak kata mr.K" yang penting trafik blog, bukan follower".

 aku jemputlah korang datang jenguk2 aku kat sini, the plain paan in her own world... read me, you will understand me better...kalau nak follow, silalah follow...

muka penuh harapan
p/s: aku ada field trip ke utara weekend ni, tolong doakan ya perjalanan kami selamat pergi balik..trimas!!


Saturday, October 16, 2010

my funny ayah

paan: nak print this journal, but , ayah, what's wrong with your printer???
ayah: let me have a try...kak, which one is your journal??
paan: biopharming...tulisan macam ulat, pening kepala nak baca
ayah: owh...kak, why the writers are all Indians???
paan: *sighed* ayah, i'm suppose to read what the article is all about la
ayah: fine, it's your article, i don't wanna read it...

oh well, my ayah do not have any affection in BIOLOGY...he was never studying bio in his life, and i don't think he ever thought biology is such an interesting subject...hahhahaha..i remembered one time, my ayah saying that wound need the sunlight to heal, "cepat elok sebab luka cepat kering" he said, and i had to explain patiently to him about the action of Vit-K whatever (couldn't remember now)...

my ayah is a lecturer for engineering subjects including math...i remembered when  i asked him when i had received my PASUM's result, "ayah, if u were me, what course are u gonna take?".....oh well, he answered simply just "engineering"...

"sorry, ayah, not gonna take engine, had enough with those calculus and freaking physics"

that night, i had to call my mak ngah Aju and her hubby, just to ask which biology have better prospects...my mak ngah is a lecturer in UPM, currently doing research in UK for 5 months...wish could be like her...


p/s: BIOTECHNOLOGY BEYOND REVOLUTION...hhheheehehe

Wednesday, October 13, 2010

berbangga lah jadi orang melayu!!

..assalamualaikum...

masa tengah2 "blog-walking" (memang hobi saya), saya singgah lah sebentar dekat blog ni, adifstory.blogspot...salah satu entry yang menarik perhatian ialah " when you're think big" (eh, ni ke tajuk nya??alah, malas lah nak buat link).. ceritanya pasal seorang anak melayu, wearing those all branded thingy, speaking english, complainin our HOT weather dan perasan orang KL...padahal budak negeri lain...aigoo...ape cer???

sebelum pape hal, mari saya checklist diri dulu..(diagnos diri dulu sejauh mana kemelayuan anda)

1. bahasa melayu

kalau mereka yang kenal siapa nurin farhanah bt norzaiwin, sudah tentu tahu yang dia memang fasih dalam bm..ye, kadangkala berbahasa inggeris dalam beberapa siri perbualan dengan rakan2..kalau tulis blog/ status fb/status twitter (atau yang sewaktu dengannya) suka sangat guna bahasa inggeris...

hakikatnya...

saya suka sahaja guna bahasa melayu, dan meletakkan bahasa melayu, bukannya bahasa malaysia..lantaklah, pihak kerajaan kata bahasa malaysia, tapi bagi saya, bahasa saya ialah bahasa melayu...(saya rasis???tidak, tapi ini pendapat saya)..saya guna bahasa inggeris sebab nak latih lidah untuk bahasa kedua itu..saya tahu, saya bukannya fasih dengan loghat2 amerika, england...itu sebab kena berlatih dan sesuaikan diri..
dan, kalau tanya kawan2 baik saya, saya kadang2 terkeluar loghat negeri sembilan juga..hihihi

2. lagu melayu

banyak dengar lagu inggeris, banyak nyanyi lagu inggeris..
hakikatnya..
saya rasa lagu melayu sekarang dah ke arah ke-indon-an..saya pun kurang dengan lagu2 ala2 sentimental-jiwang-overboard..saya suka lagu rancak  buat peneman study, lagu2 keagamaan dalam kedua2 bahasa buat pembersih jiwa...

3. pakaian..
okay, saya memang tak suka berbaju kurung, saya mengaku...sebab: saya tak suka pakai kain (saya ni ganas orangnya).. tapi saya tetap menghargai kehalusan jahitan, tenunan masyarakat melayu, sangat cantik dan berseni...

4. bahan bacaan
memangalah, saya banyak baca karya inggeris, tapi saya suka je baca antalogi sajak, pantun, cerpen..saya tidaklah fanatik dengan karya2 sasterawan2 malaysia, tapi saya suka je membaca kalau ada masa lapang..indah sebenarnya lenggok bahasa orang melayu,penuh kiasan yang halus,
tapi, sekarang ni, saya memang kurang lah dengan novel2 cintan melayu (inggeris pun sama)...

5. asal negeri

den banggo ngaku den ni ongang nogori...suko den jo nak koba, biar 1 malaysia ni tahu yang den memang asal nogori..huhuhu
biarlah saya merantau di negeri orang sekalipun kurang fasih dengan loghat nogori, kl dah jadi tempat tinggal sejak umur 16 tahun, saya tetap berdarah negeri sembilan, bersuku biduanda, asalnya dari Rembau, Negeri Sembilan,


pasukan pemantun



MELAYU TAK NAK MENGAKU MELAYU


 ni memang dah banyak kes dah...tak payah pergi luar negara, kat kl ni pun dah banyak tak macam melayu lagilah...yang kelakarnya, perangai melebihi mat salleh, tapi bila speakin, hampeh je...yang perasan orang kl pure pun ada, tapi bila bercakap keluar jugak loghat negeri lain...kelakar je.manusia oh manusia..

sebenarnya, tak kisah lah, kita ni fluent in english, korean, japan or french, yang penting, dalam jiwa kita tetap melayu...kalau dah lidah memang biasa dengan belacan, budu, tempoyak, jangan tak mengaku melayu...tak salah kalau kita suka keju, pizza, hamburger, spaghetti or blueberry cheesecake, tapi jangan lupa keenakan nasi lemak dan masak lemak cili padi...tak kisah kalau kita suka baca shakespeare, woodsworth (alahai, tim ni lupa lak), tapi jangan lupa baca hikayat hang tuah, pantun budi, dan lenggok merdu gurindam...

anak melayu itu,
sederhana orangnya,
besar jiwanya,
tinggi budinya,
indah bahasanya,
kuat tekadnya,


p/s: seperti biasa, kalau rasa entri ni offensive, sila pergi ke entri yang lain...

Sunday, October 10, 2010

jangan bersedih, sahabat, Allah bersama kita

...assalamualaikum...

one of may favourite past time is blog-walking...such a 'healthy' lifestyle...hahahha..oh well, i love to read, blog-walking is kinda reading. there are alot of blogs, sum of them are just a diary, some of them discussing some ideology, some sharing their passions, some sharing knowledge. my favourite type is the one who share islamic knowledge..the more "sempoi" it is, the more frequent i visited them..

i learnt a lot of people experiences from their blogs, gain new knowledges, and it is very good for helping me to see the world in a lot of new ways. i also saw a lot of "the stupidity of human" through their blogs. some of the bloggers love to criticising some opinions or wateva, but a lot of them just typing without any knowledge on that area. and there are people thought that their opinion are right, others are wrong... mengutuk sepenuh hati mereka yang berlainan pendapat, but talking with no correct informations..

kadang2 tu, terbaca blog yang penuh dengan kesedihan..oh well, i'm not in that person shoes, tak boleh la nak menyampuk sebagainya (kang kena hempuk pula)..berdoa agar dia kuat menghadapi tekanan hidup dan sentiasa turn to Allah no matter what..sebenarnya, kunci kebahagiaan kehidupan di dunia ialah apabila kita meletakkan akhirat di hati...bila kita selalu bersangka baik dengan Allah, hidup lebih tenang, even come hell or high water...



i maybe just have seciput life experiences...ape la  sangat dengan hidup umur 20 tahun, ujian hidup pun biasa2 je..tapi, walaupun nampak saya happy,gelak2, tegok cerita korea, nyanyi kuat2, saya tetap ditimpa ujian dari Allah, pelbagai...samalah pada kawan saya itu...jangan bersedih, Allah bersama kita...


p/s: sebenarnya post ni dibuat selepas saya bersimpati atas kehidupan seorang rakan blogger tu, yang zahir tampak indah, kadang2 batinnya menampung seribu kemurungan..

Wednesday, October 6, 2010

dua test yang penuh bergaya

assalamualaikum

THAT'S IT!!!! i'd got two test today!!! ulang suara... 2 test..OMO!!!! test plant physio pada pukul 11 dan seterusnya plant biotech pada pukul 12... TERBAIK DARI LADANG!!!!

ku selak2 kertas soalan plant physio (padahal 1 page je), PAP!!ko, keluar soalan 'give 5 examples of climacteric plants and 5 examples of non-climacteric plant'..tahap senang punya soalan,tetapi, MALANGNYA, terlupa angkara simptomp membaca secara sekilas (ingatkan tak kuar soalan tu)...Aiseh...nak kata menyesal tu, tak lah sangat. banyak soalan yang dapat jawab, siap dapat thumb up from dr. sebab ada satu soalan tu dapat dijawab dengan bergayanya...hahahahahaha...harap2 bukan soalan tu je la yang dapat thumb up yang lain pulak thumb down...ish2 mintak simpang..

seterusnya, perang plant biotech dimulakan (tanpa sebarang rehat)..sebenarnya, test sepatotnya diadakan pada hari isnin lepas, tapi dah lecturer nak postphone, got no choice lorh...kuselak paper lagi (sekali lagi hanya 1 page), ambik ko, 3 essays...berikut ialah soalannya (yang telah diedit kerana malas nak menaip)..

1) steps of agrobacterium transformation, advantages and disadvantages..
2) advantantages of biolistic gun
3) central dogma...details please...

berikot ialah reaksi saya (mengikot soalan)

1) owh, yang nie, lukis diagram jap...mari mengingat nurin...( dapatlah jawab dengan bergaya sikit)
2) benda nie, oooookey...merepek jap, pastu baru diret ke jawapan, baru panjang cikit (muka dah berubah sikit)
3) apekehal central dogma ada kat test yang ni!!!!boleh tak kalau tak nak jawab soalan ni..eh2, dia kata answer all questions...AIGOO!!!!!( muka dah tak taw nak describe camne lagi)

lalu, melangkah keluar kelas dengan bergaya-nye, walaupun jawapan2 diberikan hampeh...
petang, tiada lab, melangkah pulang kolej dengan bahagia...
paan, macam mana nak dapat result penuh bergaya ni. kata nak further study oversea (harap2 bukanlah angan-angan cik paan semata2)....adeh..





p/s: soalan no 3 tu tetap dijawab, bukan main tinggal je.. ..

Sunday, October 3, 2010

CoUpLe tu CinTA ke???

...assalamualaikum...

ye, bertemu lagi kita dalam sesi seminit bersama cik paan...huhuhu
lama dah tak update.i'm quite busy with other things. ah yes, when u are in the college, u won't have so many time to write....

sepanjang hidup 20 tahun ni (alahai, dah 20..) i'd seen quite a lot of things, experienced a lot of things too...dari umur 9 tahun, dah tau dah apa itu 'boipren galpren', tengok kawan sini kapel dengan orang tu, terdetik jugak masa zaman penjajahan dulu, bestnya kalau ada boipren, kan? kan??
tapi, best ke??

jeng...jeng...jeng...yezza!! (ko merepek ape nie)

okay...mari kita lihat ape reasons yang munasabah bagi seorang cik paan ber'boipren'

1) AKSESORI!!!!boleh tayang kat orang lain... (ala2 iPhone baru, iPod baru, ipad baru ke??)
2)tukang mesej kalau nak kill the time (yang probability memang kurang, baik main game fon yang banyak tu)
3)tukang beli teddy bear (kalu boipren kaya)
4)tukang belanja shoppin (pun kalau b0ipren kaya gak)


ish2,,,seeing the list, langsong tak masok akal langsung dan tak matang nak berkapel...SERIOUSLY!!!
semuanya sebab atas dasar2 memuaskan kehendak diri sendiri..
kalau berkapel, serious la memang makan hati boipren saya tu...

sebab untuk tidak berkapel..

" ALLAH DAH LARANG UNTUK JAUHI ZINA..."

dah Allah larang, tak kan lah nak langgar..dh berapa banyak dah Allah suroh kita langgar..ini nak langgar lagi ke??? Allah larang bukan takat zina je, bunga2 ke arah tu pun Allah tak bagi..
memanglah, saya bukan baik mana pun. banyak dosa2 saya yang lain..tapi kalau benda yang saya kena jaga betol2 sekarang ni ialah ibadat, aurat dan ikhtilat (perhubungan). lagi satu, kalau before kahwin dah membelakangi Allah, dah kahwin nanti camne kita nak diredhai Allah...


antara sebab lain untuk say NO to COUPLE

1) buang masa- saya tak suka betul nak keluar selalu2, nak mesej sejam sekali, nak call tiap2 malam...buang masa..baik tengok citer korea...

2) terikat dengan orang yang tak penting
berapa ramai kawan perempuan saya kena control ngan boipren diorang. hey!! tak kahwin lagi pun.buat ape nak kawal pergerakan orang!!ada boipren tu siap boleh trace fon galpren dia lagi..ish!!! MENAKOTKAN!!!! ayah ibu pun tak pernah kawal saya lebih2, bayangkan tetiba ada mamat yang takda ikatan tiba2 nak marah sebab keluar tak bagitaw dia..hey, zakat fitrah aku pun my dear ayah yang bayarkan, taw x??

3)buang duit- kena call, msg selalu, kena belanja boipren (tak malu ke lelaki tu kena belanja kat pompuan)

4)kasih sayang yang melimpah ruah
kasih suci dari ayah ibu, adik2, bestfriends....dah terlampau banyak, sampai saya jadi manja..manja ke???geli aku..iron lady la aku ni...back to topic, doa dan redha mereka lebih bernilai

5) masa bujang ialah masa untuk hangout dengan kawan2 -dah kahwin dah tak banyak masa

6) cinta Allah pun tak dibalas lagi..Allah sangat2 sayangkan kita..


7)belum bersedia nak bernikah...banyak benda nak diperbaiki lagi


8)terlampau sibuk...nak balik rumah pun susah


9) saya tak selesa langsong bergaul dengan lelaki..(kalau cakap dengan lelaki, mesti ada monolg dalaman berbunyi:cepatlah habis conversation,nak main jauh2)


10) Allah marah, ayah ibu tak bagi

atas dasar2 di atas, saya dengan mudahnya menutup semua akses untuk lelaki2 ajnabi yang cuba menyibuk dalam hidup saya..yang berkawan pun, memang sebab dia kawan sekolah lama, kawan projek kolej, dan kawan biotech..

semoga Allah sentiasa menjaga saya dan seluruh muslimin muslimat...
 ~may Allah bless~
mari renovate hati dan serahkan pada Allah!!!
(kempen terbaru)


p/s:kalau ada yang terasa article ini offensive, saya minta maaf. sila beralih ke article yang lain...

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger