Saturday, October 30, 2010

menghadapi kemarahan orang...

assalamualaikum

kalau kena marah macam ni????

aku ini, anak degil, anak manja, anak mengada2, anak keras kepala, anak pentingkan diri...
mungkin kamu fikir aku begitu...
dan aku mengaku...aku memang begitu
tapi pernah ke kamu menelah hati ini dalam dalam?
pernah ke kamu melihat ke mata ini?

kamu mungkin keluarga
yang bertahun mengenali diri ini
tapi walau sejuta tahun kita bersama
kamu tidak mampu menelah diri ini

ayah dan ibu, sayang ku tertumpah sepenuhnya ke atas mereka
adik-adik ku, saban hari aku doakan agar mereka lebih baik dariku
sakit mereka, aku harap biar aku sahaja yang tanggung
sedih mereka, biar diri ini yang terbeban
tahukah kamu, 
aku belum mampu melihat mereka satu-satu hilang dari pandangan mataku
keselamatan mereka sentiasa aku pohon

mungkin kamu rasa, aku pentingkan diri 
mempengaruhi mereka tidak ke sana
tahukah kamu, aku merelakan mereka ikut kamu bersama
walau hati ini penuh walang dan kerisauan
jalan licin, musim tengkujuh
sungguh aku risau

ini bukan kerana peperiksaan
ini hanya kerana hati seorang anak
hati seorang kakak
yang risau dan berbelah bahagi
bila ibu berat hati ke sana
aku sedikit bersyukur
walaupun terkilan

maaf, kalau aku membuat rancanganmu pincang
maaflah hamba yang hina ini


4 orang mengutuk:

buDAK keCIK said...

xpe.
ko kna prcaya konsep ni je: setiap yg brlaku pasti ade hikmahnya

cik_paan said...

sure...still ntah lah

+d.O.Y.A.h+ said...

saya mintak maaf ;)
jalan2 sinih

cik_paan said...

owh....
selamat datang....

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger