Tuesday, December 2, 2014

back to december

it's december baby!!!!

my oh my, i wonder why after i left my BSc years, the clock ticking so faaast!!
it's in the end  of the year, again..

that means

1) Progress report e-science grant (this is suppose to be kak linda's responsibility, but, of course, i had to SORT-OF-MONITOR it)

2) Progress report UMRG grant (alhamdulillah, this is the first report, so, not-so-pening-kepala-punya-report) (tapi, it's suppose to be Fathil's responsibility because he got his salary from this grant, but, of course, it's part of my project, thus, again, MY RESPONSIBILITY)

3) Progress report of HIR grant (THIS IS MY REAL RESPONSIBILITY)

not to mention

4) Experiment on MEF for no. 2 grant, the treatment should be included (hmm..)

5) Candidature defense (although it;s schedule at end of january, I HAVE TO WORK HARD TO GET BETTER RESULT!!)

6) A lot of consumables need to be purchased (WILL SIT DOWN IN PROF OFFICE FOR HOURS, tak guna punya sistem baru)

7) Undergrads' lab reports (Prof macam nak minta tolong tanda mid semester pula!)

8) Undergrad lab practicalsss (3 classes)

9)Other admin works

Oh gosh, there's a lot of OTHER things to be done, i wonder how the LECTURERS survived?
Dengan kerja penyelidikan, tulis jurnal yang berkemungkinan BESAR kena reject, dengan MQA nya, dengan grading papers, dengan set soalan lagi
Not to mention, politik office

Aku yang buat master (ada orang kata aku punya kerja dah macam budak phd) cum RA pun nak pengsan tolong prof selesaikan kerja admin dicelah-celah research

Sometime, i feel that i don't want to be uni's lecturer, i think research officer is enough
MARDI, can you hire me after i'm graduating? but please put me under NAEC, with Dr. Habsah, don't put me under anything except the embryo work




Sunday, November 30, 2014

masa hadapan

aku sekarang berada di semester 3


kalau aku ni master by coursework, maksudnya aku tinggal satu semester sahaja lagi
atau kalau ikutkan tahap rajin dan dedikasi aku (woaha!!), mungkin aku sudah mampu habiskan dalam masa setahun setengah sahaja

namun...kisah hidup aku lain

aku kan hipster, mana suka nak sama dengan orang lain
nak belajar pun, nak bidang yang lain

aku belajar mod penyelidikan
sambil jadi pembantu penyelidik
buat pengklonan kambing lagi, bukan setakat hendak blastocyst sahaja
tetapi ke tahap embryonic stem cell lagi (haa..google la apa yang aku merepek ni untuk tahu lebih lanjut)

jadi, kisah aku tak seindah budak genius
yang mampu habiskan master dan phd secepat mungkin

dengan masalah sampel, dengan masalah holder buat hal
dulu-dulu masalah skill
itu belum lagi cerita mengenai aku yang sudah putus asa, depresi, nak berhenti, lemah semangat pada tahun lepas

alhamdulillah, memang hidup aku begini agaknya
mula-mula tu, susah sangat, insha Allah akhir cerita akan berjaya juga
ya, aku anggap ini adalah cara Allah nak ingatkan aku
aku ni tak lain tak bukan hamba Allah
segala yang orang pandang baik dan hebat pada aku ni, bukan apa-apa

sekarang ni, walaupun belum berpuas hati dengan result, aku sudah mula cinta akan bidang aku
aku rasa, aku sudah jelas memang ini, insha Allah untuk aku

aku harap, aku boleh teruskan bidang ni, tapi sebenarnya aku malas nak sambung phd di lab ni
kalau nak sambung oversea, aku harap aku ada "kawan" dah untuk tinggal sana
ada orang nak buat lawan cakap melayu..hahaha

papepun, doakan aku candidature defense akhir januari depan
dan harap dapat habis dengan cepat!

Tuesday, November 11, 2014

hey,

you know,

you can care for someone without romantically involved with them

i am the living proof

Friday, November 7, 2014

Ada apa dengan cinta 2014

Detik tidak pernah melangkah mundur, tapi kertas putih itu selalu ada

Waktu tidak pernah  berjalan mundur, dan hari tidak pernah terulang

Tetapi, pagi selalu menawarkan cerita yang baru

Untuk semua pertanyaan yang belum sempat terjawab

Waduh, kok pertanyaan Cinta-Rangga itu ambil masa selama 12 tahun?




Dah 12 tahun, eh? Aku tengok AADC rasanya masa umur 13 tahun..muda remaja lagi masa tu
Baru nak up, orang kata

Ada apa-apa persoalan selama bertahun-tahun yang belum ketemu jawapan?

*eceh, aadc 2014 membuatkan aku hendak menyambung penulisan novel terbengkalai aku sejak 2010. dalam novel itu pun sebenarnya aku cerita pasal persoalan hero-heroin bertahun tak bertemu jawapan #cliche


Friday, October 24, 2014

pelik

walaupun perkara ni bukannya penting
cuma-cuma adalah rasa pelik sedikit

ada seorang rakan di fb ni, dulu dia add, dan atas sebab ramai rakan yang friends dengan dia, dan dia pun nampak seperti seseorang yang aktif dalam pro-m, jadi accept sahaja lah, lepas tu dia hantar pm salam ukhwah.

itu cerita tahun 2012.

Tahun ini, dia pm ucap selamat hari lahir. aku ucap terima kasih

semalam hari lahir dia, aku wish sahajalah di wall dia, memandangkan orang dah wish dan doa kita kan, kenalah berbudi bahasa

yang peliknya, dia balas guna pm.

kenapa aku cakap pelik. sebab pm ini ialah conservation yang kita tidak mahu satu dunia tahu. sama ada mengenai kerja atau pun peribadi.
aku terfikir juga, kenapa orang ni balas guna pm, kan senang kalau balas di ruangan comment sahaja.
sahabat2 aku pun tak buat begitu.

dan soalan lagi satu, adakah dia kenal siapa aku?

*bukannya nak perasan ke apa, dah umur begini, takdenya nak perasan apa-apa, cuma bila aku tak boleh bersangka baik sebab tidak nampak logik, aku persoalkanlah

Monday, October 6, 2014

kisah syahmi dan kakaknya 1

alkisahnya

Syahmi mengejutkan kakaknya yang pemalas-konon-penat-semalam-drive-kl-rembau-sakit-tergeliat-tangan yang tidur selepas subuh walaupun telah dijeling-jeling oleh ibu.

syahmi: kakak, bangun kakak, ibu suruh buat sarapan

kakaknya terpisat-pisat bangun teringat mimpi selepas subuhnya.

"syahmi tahu, kakak mimpi kakak dah bertunang, dapat cincin..."

syahmi mendengar dengan separuh hati. dia malas hendak dengar mimpi kakaknya.

"lepas tu, kakak curi 2 cincin orang lain.huuuu..best tak mimpi kakak?"

Syahmi menarik senyum terpaksa, yalah kalau tak buat macam tu, nanti kakak sambung tidur lagi

"cepatlah, nanti nak sarapan!" syahmi berkata akhirnya.


titik

Thursday, September 18, 2014

My favourite therapies

I don't know why,
since I became ABEL members, it looks like whenever I felt demotivated, down or angry,
I always accidentally met that person
And all of sudden all the down feelings are gone.
how can a person can bring that such effect?

Just like today....


However,
nothing beats the calmness:

After you pray to Allah, talking about your hardship
or
Reading randomly the verse of Alquran, and suddenly the verse felt that Allah answering you
or 
Listening to your mother's voice

p/s: funny, funny..kalau rasa gembira, tak jumpa pula



Sunday, September 14, 2014

menjelang 24

It's September, baby!!!

September maksudnya aku akan menggenapkan usia ke 24, insha Allah

*dan maksudnya Candidature Defense makin mendekat...huuuuuuu *insert spooky mood here*

September bermaksud cuti sekolah
makanya, sana sini kenduri kahwin
dan aku agak selektif nak pergi kenduri, sebab tidak mahu mengorbankan eksperimen *eceh, kata-kata bagaikan postgrad contoh*

dan september bermaksud, ramai menghantar jemputan maya untuk kenduri masing-masing


******

aku tengok gambar-gambar aku bergambar dengan pengantin (nampak tak narsistik *salah eja*-nya aku, orang tangkap gambar dengan pengantin, nak tengok pengantin, bukan nak tengok diri sendiri), betapa muka awkward aku kelihatan agak ketara

mungkin

teori 1: awkward sebab kawan aku ni pengantin, tak leh tangkap gambar gila-gila sangat
teori 2: awkward sebab kena berdiri sebelah pengantin lelaki , tak leh tangkap gambar gila-gila sangat
teori 3: awkward sebab tukang gambar tu lelaki, malu!
teori 4: awkward sebab sedara mare pengantin tengok, tak leh tangkap gambar gila-gila sangat


******

*rasanya agak selamat menulis di sini, sebab dah takde orang baca belog ni, rasanya *uhuk

Menjelang 24, ramai kawan dah kahwin, dah beranak, dah bertunang, paling tidak pun dah ada yang istimewa.
Bukanlah aku seorang yang tinggal forever alone, aku punya bestfriends masa UM cuma baru seorang yang berpunya, yang lain elok single sahaja.
Tengok orang dah berpunya, jujur aku cakap, takdelah nak rasa cemburu di hati, multu je cakap "untunglah"

tapi bila  tengok baby dan budak-budak, adalah rasa nak ada anak ^^

aku pun belum mempunyai kesedaran untuk berkahwin sebenarnya
yalah tengok lah life aku, memanjang lab (ni tengah berbelog di lab pada petang ahad yang indah)
sebab bagi aku kahwin ni kena ada sifat jaga-menjaga secara fizikal
kalau aku di sana, dia di sini, baik aku elok single je, tak payah nak bazir tenaga, emosi, duit

tapi, sejak aku war-war kepada keluarga aku yang aku nak sahut seruan supervisor aku untuk menjadi 20's yang kuat bekerja, nampaknya keluarga aku, agak, err, risau.

dan mulalah, nasihat-nasihat berkahwin, berkawan mula kedengaran sana sini.

kelakar la pula.

nenek aku siap pesan "berkawanlah kakak, jangan sombong"
but, i have a lot of friends, girlfriends, of course, and a couple of guys which i can tolerate and be friendly with.
bukannya aku ni anti-lelaki, seperti yang di-suspect oleh seorang housemate.

yang aku rasa sekarang ni:

I have to finish my Master degree
I want to go further in this embryology study, either be an embryologist or a researcher in this area
sebab sayang, bukan semua orang ada ilmu pasal embryo
aku punya azam, aku dah genggam ilmu ni, insha Allah dan aku percaya ini takdir aku.
Aku fikir, habis master, aku nak cari kerja di fertility centre, bila aku rasa aku dah tau apa aku nak selesaikan, i'll be back to embryo research area.

Dan aku taklah pandang lelaki tu mesti setaraf tahap pelajaran dengan aku dalam cari teman hidup. Cukup dia faham dan menyokong azam dan impian aku, tak kongkong dan takkan rasa insecure kalau aku nampak seperti lebih berjaya dari dia.
aku nak dia faham yang rezeki dan ilmu tu semua rezeki, Allah yang beri. Allah boleh tarik macam tu sahaja. Dan ilmu tu amanah, jadi haruslah digunakan untuk menolong orang lain.

Penyokong dan pembakar semangat untuk seumur hidup.
Pembimbing ke syurga.

Itu sahaja yang aku nak, kalau takde ciri-ciri ini, maaf kata, aku bersyukur aku rasa aku masih mempunyai kedua-dua faktor ini sekarang dari keluarga aku.

Tuesday, July 1, 2014

KANTOI

dah lamaaaaamya dah tak menulis!!
orang pun dah tak baca belog ni dah


anyway, saja nak cerita-cerita.

aku sebagai RA, selain buat kerja penyelidikan, kerja admin
aku kena juga tolong Prof mengajar kelas amali dan tolong tekan-tekan slide untuk lecture dia (ya, ya, aku tau, entah pape punya kerja)

 kelas aku ni, adalah seorang adik yang sangat comel, jambu (whatever you want to put)
dan jenis yang outspoken

jadi, aku dan kak linda memang sudah tahu awal-awal lah no matrik dia, no ic dia, berdasarkan rekod kelas (gatal!)

dan nak dijadikan cerita, dia pernah la angkat tangan cakap Prof. ajar laju sangat jadi dia tak dapat nak jawab soalan-soalan Prof.
sudahnya, Prof suruh dia mengajar kat depan. dalam masa yang sama, Prof tanya dia soalan-soalan sampai budak ni tak boleh nak jawab.
kau tau apa dia buat,

Budak tu pergi balik kerusi dia, ambil beg, cakap "i'm sorry, Prof" lepas tu keluar je kelas.
Just.Like.That

waktu tu aku tak jaga kelas, jadi aku tahu benda ni dari Kak Linda.

Hari ni, kami dengan Prof pergilah seksyen perperiksaan nak key in markah perperiksaan.
Prof tanya kami N***** punya markah, dan kami pun beritahulah dengan senang hati (dia dapat A).

Nak dijadikan cerita lagi, tiba-tiba ada seorang student ni tak boleh nak key in markahnya gara-gara masalah sistem. 3-4 kali buat pun tak boleh.

Prof : Nurin, ni siapa nama student ni?
Me: Entah, kitorang tak isi column nama dekat atas ni

lepas tu, soalan cepumas

Prof: "eh, nama N***** tu awak ingat pula no matrik dia"

Muka aku dan kak linda sangat-sangat berubah

"sebab N***** tu buat masalah, tu yang kitorang ingat tu" (jawapan penyelamat yang boleh difikir secepat mungkin)

Sunday, March 16, 2014

gara-gara air di vista kena catu, jadi terpaksalah aku berkampung di lab.

makan
mandi
urusan air besar air kecil


tidur je dekat rumah, sebab aku tak boleh tidur tanpa...er...bp aku (huahauhaua)


bila waktu time of the month tu jatuh pada hari air dicatu
lagilah merana aku dibuatnya

tadi ibu call, er sebenarnya aku yang call selepas ibu menghantar mesej saja-saja dia tu

sebagai anak manja, mestilah semua benda nak report dekat ibu
dan rasa nak menangis pula bila bercerita pasal takde air

hahaha

ingat Allah

"Sesiapa yang MENGENAL (mengingati & taati) Allah swt di ketika senang, nescaya Allah akan MENGENALNYA (membantu & memudahkannya) tatkala sukar". (Hadis riwayat Ahmad). 

Imam Hasan Al-Basri berkata : "Kerana amal soleh sewaktu senang, Allah membantunya akan membantu sewaktu sukar."


Aku jadi malu juga pada Allah, bila Allah bagi kemudahan yang sangat lah significant, contohnya baru-baru ni aku dapat berita aku tak perlu bayar denda sebab lewat daftar subjek, cepat-cepat Alhamdulillah

tapi bila benda yang dah biasa berlaku, senang nak dapat, takde pulak lah aku nak cakap Alhamdulillah


maaf Allah, sebab tak setia

Saturday, March 15, 2014

being a student

Sometime,

people around me and me too seems to forget about this crucial thing:

Nurin Farhanah IS a student.

Yes, I graduated with my bachelor degree, alhamdulillah, yes
but as a Master degree candidate, I am also a  student
the only thing is, I don't have to sit in exam hall anymore, attend several research methodology classes this semester, conducting research, starting collecting literature review and list goes on...


I am also a worker. UM gives me monthly allowances which in returns, I have to help my supervisors (yes, I have two) in admin work, research work, undergraduate class including practical class, and some so-called-high level skill work in farm (once a week).

So, if people ask, what are you doing now, I want to answer I am part time working and I am also a part time student,

but honestly, it is full-time working, full-time student.

My target is to end my experiment on December 2015, submit thesis on March 2016, graduate on October 2016, insya Allah.

If I can achieve it earlier, then, Alhamdulillah

p/s: secretly (well, since I posted here, it's not a secret anymore), I wish to get marry before the master graduation, or better, during the convo I already have someone developing in my womb..hahhahaha
just stick to produce the thesis and ISI journal plan, paan!

Wednesday, March 5, 2014

kenapa nak ke syurga?

dulu, masa kecik-kecik, kita selalu akan ditanya

"siapa nak masuk syurga?"
semua angkat tangan
"siapa tak nak masuk neraka?"
semua jatuh tangan

ya, zaman bila aku masih lagi bergelar ahli syurga (yalah, belum baligh, kalau mati masuk syurga)

bila dah baligh
bila dah banyak membaca
bila dah, err, nak tahu kenapa aku beragama Islam
hidup untuk apa
kenapa kena tutup aurat, kenapa kena solat, Al Quran ni sebenarnya pasal apa, dan macam-macam lagi soalan termasuklah soalan apa istimewa sangat Islam ni

aku pun bertanya "kenapa nak masuk syurga ya?"

sebab aku tak nak masuk neraka?
hahahahahha...kau dosa bergunung boleh demand tak nak masuk neraka ke?

yang kelakar sekali, bila perempuan demand lelaki boleh dapat ramai bidadari, dia dapat apa dekat syurga?
huiyoo,, sapa kau nak demand macam tu?

and the question haunted my life, quite a long time, not until I suddenly realise:




"Barangsiapa yang mencintai pertemuan dengan Allah, Allah pun mencintai pertemua dengannya, dan barangsiapa yang membenci pertemuan dengan Allah, Allah pun membenci pertemuan dengannya." Maka berkatalah Aisyah atau salah seorang istrinya: "Kita semua membenci kematian." Beliau menjawab: "Bukan begitu, akan tetapi seorang mukmin apabila akan didatangi oleh kematian, dia akan digembirakan dengan keridhaan Allah dan kemulian-Nya, maka tidak ada sesuatupun yang lebih dia cintai daripada masa depannya, lalu dia pun mencintai pertemuan dengan Allah dan Allah pun mencintai pertemuan dengannya. Adapun orang kafir apabila dia akan didatangi kematian, dia diberi kabar tentang adzab Allah dan siksanya, maka tidak ada yang lebih dia benci dibandingkan masa depannya, maka dia pun membenci pertemuan dengan Allah dan Allah pun membenci pertemuan dengannya." (HR. Bukhari 6026)

Cinta, mestilah rindu nak berjumpa
macam aku sayang ayah, rindu dekat ayah kadang-kadang sebut ayah pun rasa sampai nak keluar air mata

kata cinta akan Allah, sudahlah tentu kita hendak bertemu dengan Allah, dalam keadaan yang paling baik, cantik dan sempurna
sudah tentu pertemuan cinta ni masa kat syurga
masa tu nak tengok kecantikan Allah (Subhanallah, sebut pun rasa takjub, belum tengok lagi)

jadi, untuk itu, aku tidak berani mengharap apa-apa ganjaran di syurga
cukuplah aku harap, aku harap sangat aku dapat bertemu Allah dekat akhirat, rasanya itu dah cukup
dan aku harap aku boleh jumpa Nabi Muhammad S.A.W dan nabi-nabi lain

mesti seronok

Saturday, March 1, 2014

random

bukan main lagi sekarang ni,
bukak fb je, jemputan kahwin la, gambar bertunang lah, dah mengandung lah

*ok, jeles sikit

aku tengok gambar sahabat ni, dia dah ada anak dah pun, sekarang dah nampak kematangan muka dia.
kalau tengok gambar aku dengan dia masa 2010 dan sekarang ni
aku: tiada perbezaan
dia: sudah matang


friend: "kau cincin mana?"
me: memang lah aku dah bertunang, bertunang dengan research, heheh



Saturday, February 8, 2014

belasungkawa

dulu, aku pernah cakap dekat budak kechik, bunyinya lebih kurang

'aku bukan jenis yang rajin nak contact kawan-kawan lama, walaupun best friend'

tapi, aku selalu teringatkan kawan-kawan aku, sebab aku tak pernah lupa orang yang sudi berkawan baik dengan aku selama ini, walaupun aku jarang update cerita pasal diorang


aku ada sedikit rasa tak suka pada bulan februari, padahal aku tahu bulan februari tu cuma kebetulan sahaja, bukannya asbab kejadian sedih

tapi, aku tak boleh lah nak tipu kalau aku kata bulan februari bulan duka

aku hilang beberapa orang terdekat pada bulan ini, dan banyak kisah duka berlaku pada bulan dua

ya, kebetulan sahaja...

sebenarnya, aku baru hilang kawan baik aku, setelah 2-3 tahun menderita sakit kanser, arwah raidah kamari pulang menemui Kekasihnya

kawan yang baik, kawan yang rapat masa Munshi dulu
kawan semasa zaman awal remaja, zaman mula membentuk diri dalam keadaan yang keliru dengan identiti sendiri

aku pernah kata pada dia dulu, kalau dia meninggal mestilah aku melawat jenazahnya
itu kata-kata 9 tahun dulu, entah apa kami bergurau entah
tapi, hari ni, maaf, aku mungkir janji.

syukurlah, ada rezeki untuk contact dia sebelum dia tutup mata, tapi aku agak ralat sebab tak rajin nak berhubung lagi...

aku tak tahu hendak coret apa lagi...

Alfatihah


Thursday, February 6, 2014

Aku ada wali



Bila tengok cerita macam ni, mesti terfikir

entah bila lah nak berpakaian, berperwatakan sopan santun sebegini
yang jaga akhlak, yang jaga pergaulan, yang jaga aurat


entah bila nak bergerak ke arah cita-cita ini

p/s: cerita ni ada idea yang bagus, subhanallah, tapi plot cerita ini melompat-lompat, pening aku tengok nak cari kesinambungan setiap scene. ayat cerita ni agak skema.

Tuesday, January 14, 2014

ariana rose

sejak dua menjak ni, asyik tengok drama je...

tapi tengok online jelah, kesibukkan membatas aku nak melayan drama bersiri dekat kaca tv (wah, poyo bunyinya)

dan antara cerita yang aku tengok ialah


entah kenapa aku terasa membuak nak tengok cerita ni, macam lah masa banyak sangat nak bahagi untuk kerja lab, kerja admin, 2 cerita korea dan lain-lain..heheh

aku dah sampai episod 9 (sepanjang entri ini ditulis)

dan yang aku tak faham,

kenapa ariana ni boleh berbaik dengan perogol dia tu
tahulah hensem, kaya, tapi, tapi, tapi

kalau aku, hish, mau plan pembunuhan kejam kat perogol tu


*dengarnya orang tulis novel ni ada PhD. aku bagitau lah kat housemate aku,
boleh pulak housemate aku cakap "PhD tu pizza hut delivery ke?"
huahuahuahauhua..nampak sangat penat otak housemate aku tu

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger