Monday, January 3, 2011

kisah perang yang terlampau!!

assalamualaikum

baru aku perasan, sejak dua menjak ni, semedang aku dok tulih pasal perasaan dan hati..rasanya korang yang dah baca kisah aku (ada ye?? trimas!!) dah tahu apakah yang telah berlaku.

dan salah satu penyebab segala ________ (please fill in the blank) ialah condition bilik aku di kolej.

okey, meh duduk, jemput makan oreo tu, cik paan nak bercerita ni...

alkisah, hikayat dikarang bila cik paan mendapat kunci. pintu bilik dibuka. jeng jeng jeng...

"walaweyh!!!busuk habis ni!!!"

bilik kami telah diserang oleh KENCING TIKUS!!!!

oh yeah!!! memang cik tikus selalu datang menjenguk bilik kami terutamanya pada waktu malam. dan cik tikus ini ada konsep self-service: makan makanan di atas meja, rak makanan, pendek kata, apa saje yg ade semua disapu...tiap kali cuti panjang, memang bilik akan dihujani najis mutawasitah hasil kumbahan cik tikus (weyh, ko ingat bilik aku ni tanki Indah Water??)
tertuduh lagi besar berganda daripada ni


misi : mari mencuci part 1
tarikh: 31 disember 2010

aku rasa, aku tak nak upload gambar. nanti korang tak lalu makan seminggu, aku tak ambil port..cuma, korang bayangkan sampai ketam punya kaki pun ada atas katil..tu belum, bau kencing yang sangat kuat dan najis yang bergelimpangan.katil pun dah bau semacam.kemuncak cerita, kitorang terjumpa 2-3 ekor tikus didalam tilam. aku pun boleh terjerit kecil tanpa sempat control macho lagi...

misi: mari mencuci part 2
tarikh: 2 januari 2010
masa: 9.30 malam

akhirnya, operasi mencuci, sterilising dan mensucikan bilik berlansung. kitorang tunggu roomate lagi seorang balik, baru nak kemas.
ala2 cam ni lah aku pakai

dan dengan pakaian ala-ala nak membasmi kuman H1N1 (aku sekali headphone yang baru dan tersangat cool), kami cuci lah bilik kami tu..lama jugak bersihkan, siap taruk racun tikus lagi (matilah kau!!HAHAHAHAH)

tapi, bilik tu tak boleh ditiduri  nak tidur kat dalam lagi. sebab tilam pun telah menjadi taman tema cik tikus, so, terpaksa lah merempat ala-ala pelarian di bilik kawan sendiri..

esoknya, pergi minta tilam baru, tapi tiada response yang diharapkan sehingga kini (ayat nak skema)

dan cik paan masih merempat di bilik budak kechik....terima kasih

12 orang mengutuk:

Anisa said...

erkk..saye takut tikuss

euuww
geli

Nurin Farhanah said...

@anisa

paan pun dah menjerit kot...
habis hilang ayu, cool, macho..

NAZ said...

haha saaya tak suka tikus sebab busuk badan dia

budak kecik said...

kahkah.x leyh blah ko pnye uniform nk basmi kuman cik tikus...gagaga

okeyh.selipar kt blk ak sgt byk,cam ade kenduri je.pas2 kan ade selipar laki kt dpn blk ak nih.selipar sape ek??kahkah

cik-terompah said...

elex2... sabaq....

Nurin Farhanah said...

@naz

bau kencing dia pun memeningkan kepala

@budak kecik
hehhhee...outfit penting untuk keselamatan sejagat..

@cik terompah
sabaq..hehehhehe

Mohd Hazwan said...

letak racun tikus huhu

Nurin Farhanah said...

@hazwan
uh oh..dah taruk..harap mati

L said...

bhyer tuue, boleey bwaak maut kott. ish4

Nurin Farhanah said...

@L
taw xpe...agak2 kne buat surat wasiat tak??

Mr. Asada said...

giler ah. sampai tikus beranak pinak di dalam bilik bila ditinggalkan. bahaya air kencing diorang tu..

semoga permohonan tilam baru tu d luluskan. hehe ;P

Nurin Farhanah said...

ahmdlh...

dah dpt tilam baru dh.
boleh goelk2 atas tilam

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger