Wednesday, November 10, 2010

nak cantik???? heh...

assalamualaikum

duh, memang aku ni cakap tak serupa bikin.. kata nak deactivate fb, tinggalkan blog, rupa-rupanya bertahan selama 3 hari je....chitporrrah la paan!!!!


kali ni, aku nak cakap pasal cantik..yup, sesuatu yang sangat subjektif. kalau keluar paper exam ni, jawapan kena berbentuk essay, tak boleh main hitamkan satu bulatan sepenuhnya dengan pensil 2B exam grade anda...huahuahua..(tak lawak pun, sila jangan gelak)


PERSEPSI MASYARAKAT
chantek???
ni persepsi mudah lah, aku malas nak taip yang muka lonjong bujur tu lagi cantik dari muka petak, ke apekah lagi trait yang di-expresskan oleh gene anda. 


1) kurus lebih cantik dari gemuk
2) putih melepak lagi cantik dari si hitam manis

okeylah, ni pengalaman aku sendiri, memandangkan aku ni berkulit gelap. aku dah biasa lah kena compare dengan orang sebab warna kulit. dulu, masa aku kecik2, zaman penjajahan dulu memang sedih tahap petala ke berapa ntah sebab orang ejek aku hitamlah, apelah...haish, zaman kecik2 kot...bila dah besar, kadang2 tu terasa gak aku nya self esteem tu turun. yelah, orang selalunya pandang yang lawa je...(self esteem turun pun, aku tetap terror bab2 buli orang..huahuahua)

masa kecik2 dulu, aku selalu lah harap aku dah besar bertukar jadi cantik, kulit jadi putih (ni sumer angkara citer2 dongeng yang aku baca, janganlah gelakkan aku, aku waktu kecik dulu agak inesen tau)
tapi, bila pemikiran dah berkembang, aku tak mengharap pun nak jadi putih..cukuplah kulit takde masalah jerawat yang teruk...dan asal sihat...(sekarang masalah kulit kering, atasilah dengan moisturiser cosmoderm..)

GILA NAK CANTIK?


berbondong-bondong orang pompuan, dari golongan mak joyah ke golongan adik2 bintang kecil berhabis ringgit mesia semata2 nak cantik...kalau kat korea, ramai betul artis2 buat pembedahan plastik nak jadi cantik dan hensem (hyun joong oppa buat jugak ke?)..kalau tengok pics lama sebelum surgery, hey, aku ni berganda2 lagi cun kot...

orang berhabisan beli make up, pakai berlapis2 krim semata2 nak nampak cantik, nak tutup jerawat, nak bagi mata nampak besar, yada yada...

ada orang berhabis beli baju lawa2, tudung dibelit2, kasi naik sanggul rambut tinggi2, semata2 nak nampak cantik..

pernah terpikir tak kenapa nak cantik? nak orang pandang. siapa orang tu? mesti lelaki kan?(buat bangga kaum adam je). kalau nak tingkatkan self esteem, lebih baik berpakaian yange selesa, tampak kemas...sebab bila kita selesa menjadi diri sendiri, lebih berkeyakinan

haish....kita tengok apa yang digariskan Allah untuk kita (ni aku taruk sikit je)

"Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur: 31)




"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab : 59)

dan kita kena ingat...
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah. (HR. Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
ni rama2 ke?? ntahlah..


biarlah aku tak cantik, asalkan akhlak cantik, aurat terjaga dan ibadah diterima...
dari jadi perempuan yang catik, aku nak jadi perempuan yang baik..


dari aku yang kurang cantik.....aku tau aurat aku masih tak sempurna mana tertutup, tau juga masih banyak lompong-lompong kekurangan, malah berkajang-kajang dosaku....dan aku juga terpengaruh dengan budaya nak melawa ni...


jadi, sebagai kawan, tolong ingatkan aku, sebagai mana aku tolong ingatkan korang...








harap boleh berjiran dengan kamu semua di Syurga...Insha Allah,,,

3 orang mengutuk:

Mynnie. said...

nurynn! thank you for following (:

dayu_myself said...

nurynn, i loike you post...
Setuju 100x..
Hyunjoong ada buat surgery la...uwaaa...sedeh tak???hahhaa....

Nurin Farhanah said...

shamin: olrite..keep posting taw..

dayu: ape? oppa ade buat ke??xpelah...asalkan dye hensem skrg...huahuahua

 

(c)2009 belog se-kupang dua. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger